Salam...
Semalam dikejutkan dengan dua kematian....
Seorang remaja berumur 15 tahun bersekolah disekolah yang sama dengan adik meninggal dunia setelah beberapa hari dimasukkan ke hospital. Membonceng naik motorsikal dengan kawan2 yang berkonvoi. Salah seorang dari kawan yang sama2 berkonvoi melanggar dari belakang dan dimasukan ke ICU dan meninggal dunia semalam.
Satu lagi berita yang amat sedih buat saya dan anak2 diatas kematian seorang cikgu. Arwah adalah cikgu kepada 2 orang anak saya iaitu Mimi dan adik. Arwah meninggal dunia semalam akibat menderita cancer. Sudah melakukan 4 kali pembedahan tapi akhirnya beliau dijemput juga.
Al Fatihah buat kedua2nya. Semoga diampunkan segala dosa dan semoga roh mereka juga ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah.
...............
Simpati pada ibubapa seorang remaja yang dipukul oleh kawan sekolah yang terdapat dalam video klip yang ditayangkan di tv. Semoga 3 remaja yang memukul supaya insaf diatas perbuatan yang mereka lakukan.
Pagi tadi masa saya menonton tv kagum tengok 3 orang remaja dalam siri
Pesan Atok di TV9. Suara merdu, muka comel bertuah sungguh ibubapa
kepada Saleem, Abdullah dan Ahmad. Semoga menjadi tauladan buat remaja diluar sana.
6 comments:
Betul mati itu pasti pada yg bernyawa. Tapi kalau boleh biarlah ketika perginya dgn mudah bukan cedera-parah kerana kelalaian..
Moga roh-roh mereka yg tenang di sana.
bertuah ibu bapa yg mempunyai anak2 yg berbudi perkerti mulia.
al fatihah untuk yang sudah pergi.
moga kita pergi dalam iman, moga Allah mengampuni segala dosa.Amin.
Bila dengaq berita kematian, memang selalu terasa masa kita makin hari makin dekat...
Sedih bila tengok aksi2 remaja kita yang terlalu ikutkan nafsu dan perasaan.. bergaduh... berpukul.. bersukaria melampau...
Selalu terfikir macammana agaknya kita boleh membantu..
Al Fatihah buat kedua arwah..
masa kita kan sampai jugak kan zai
Post a Comment