Monday, September 21, 2015

Tetamu.

Assalamualaikum...

Apa khabar rakan2 semua? Agak lama saya tidak mengupdate blog. Sibuk melayan tetamu yang datang dari pantai Timur. Mereka tinggal dirumah saya selama 5 hari. Dapat bawa mereka jalan2, makan2 dan shopping. Bila pergi IKEA banyak barang yang dirembatnya. Terpikat dengan katil dan almari tapi kena tunggu anaknya bawa kereta yang boleh masuk kotak besar. Barang2 IKEA semuanya dalam kotak dan pasang sendiri. Kalau nak buat penghantaran dan upah pasang melalui Ikea ke Pantai Timur terlalu mahal.

Tetamu yang datang sama macam saya kaki bunga. Saya bawa mereka ke Sungai Buloh. Macam2 dia jumpa. Seronok saya tengok bila dia dapat apa yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Hari terakhir saya bawa Melancung ke Melaka. Jalan2 dan shopping lagi. Masa datang bawa 1 beg bila balik jadi 3 beg.

Malam sebelum balik wajib bawa makan nasi arab diRestoren Saba Cyberjaya. Saya nak bawa mereka makan diRestoren Berputar Seri Angkasa Menara Kuala Lumpur tapi mereka menolak. Mungkin lain Kali boleh pujuk.

In Syaa Allah bila datang sekali lagi saya nak bawa mereka ke Penang. Nak bagi makan nasi kandar pulak. Ditempat sendiri selalu makan nasi dagang dan nasi kerabu.

Sabtu ini ada lagi tetamu yang datang dari jauh. Tetamu adalah pembawa rezeki.





Monday, September 14, 2015

Penantian... Dari Anak Pokok Akhirnya Berbunga.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...sekian lama menunggu akhirnya berbunga juga. Saya beli anak pokok masa expo kat Putrajaya. Beli 5 pokok tapi penjual tu bagi extra 1 pokok. Katanya dia bagi hadiah sebab saya beri salam masa masuk booth dia. Rasa macam nak tergelak sebab begitu ramai pengunjung tak kan tak ada yang beri salam. Salah satu taktik penjual kan....

Saya pernah pergi ke nursery orkid di Rawang. Disana mereka menyimpan orkid jenis ini didalam kelambu yang ada aircond. Semuanya sihat dan subur pokoknya banyak mengeluarkan bunga. Tak sangka pulak bila saya tanam dan letakkan bersama orkid2 saya dibawah rumah orkid ia hidup subur dan berbunga. Ke semua orkid yang saya beli dulu lain2 warnanya. Semoga orkid2 yang lain juga akan berbunga nanti.





Satu pasu lagi sudah mengeluarkan kuntum. Batang dan kuntum bunga kecik aje.


Gambar dibawah adalah spesis orkid yang saya beli tahun lepas.






Saturday, September 12, 2015

Vivix

Assalamualaikum...


Vivix...

Tagline... menjadikan anda muda 25 tahun.

Sesudu setiap hari selepas breakfast. Itulah yang saya amalkan. Tujuannya bukan hanya untuk awet muda tapi lebih kepada nak sihat. Kalau boleh amalkan makanan sihat selain mengamalkan suppliment. Kalau badan sihat boleh melakukan banyak kerja amal selain tugas harian.

Baik untuk pengidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Ia juga sangat baik untuk diamalkan oleh pesakit kancer. Kalau nak tahu lebih lanjut cubalah google.

Maaf gambar gelap sikit.



Monday, September 07, 2015

Terima kasih Allah

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah... diberikan anugerah dan nikmat untuk melihat kejayaan anak dan diberikan panjang umur dengan kesihatan yang baik. Dua nikmat dalam waktu yang sama. Tidak ada perkataan selain...Terima Kasih Allah.




Sabtu selepas convo saya sekeluarga pergi makan. Anak2 buat kejutan pekerja dan pengunjung restoren menyanyikan lagu happy birtday. Terima kasih buat hubby dan anak2. Syukur alhamdulillah.




Thursday, September 03, 2015

Cucuanda

Assalamualaikum...

Nak tepek gambar terbaharu cucuanda tersayang. Rindu bila tengok gambar yang dihantar maklumlah masa dia balik Msia dulu umurnya baru 3 bulan. Sekarang dah boleh berlari dan petah bercakap. Kalau ikutkan tahun ini sepatutnya mereka balik tapi disebabkan anak baru saja berpindah ke rumah baru. Banyak duit dibelanjakan untuk membeli kelengkapan rumah. Menurut anak dia membeli rumah yang lebih besar dan lebih selesa supaya senang bila kami datang. Tak tahulah bila boleh berkunjung. Nilai duit kita pun masih ditokok yang sangat rendah.







Psst....dahi sebiji ikut grandpa.






Tuesday, September 01, 2015

Junior Vs Senior


Assalamualaikum...

Mimi junior bersama senior Gobind Singh. Gobind Singh adalah seorang peguam anak kepada Karpal Singh dan juga seorang wakil rakyat di Puchong. Siapa tak kenal dengan Karpal Singh. Peguam yang sangat terkenal dan disegani kerana kebijaksanaannya mengendalikan tugas dan kelantangan beliau di dalam Mahkamah. Semoga Mimi dapat mengikut jejak langkah Karpal Singh satu hari nanti.