Friday, June 28, 2013

Famous Tempat Makan...

Salam...

Salam Jumaat buat semua rakan2................

Saya nak cerita tempat2 makan yang sempat saya singgah masa nak ke Johor tempohari. Dari KL terus masuk highway selatan keluar tol Batu Pahat. Singgah di medan selera sebab nak makan nasi briyani Mohd Shah yang terkenal di Batu Pahat. Saya ambik nasi briyani ayam, acar buah dan keropok. Harga boleh dikatakan murah berbanding kalau ditempat lain tapi kali ini rasanya kurang ummmp. Rasanya agak berbeza dari yang dimakan sebelum ini. Bukan saya seorang saja sebab bila  tengok orang lain pun banyak yang tak habis makan.


nama kedai
 
 periuk besar2

acar buah



Malam pula saya singgah di Restoren Singgah Selalu di Johor Baharu. Disini saya diberikan kuasa oleh anak lelaki untuk order sebab dia yang nak belanja. Saya order ikan steam nyonya, tomyam campur, daging blackpepper, tofu teppanyaki dan sayur kailan ikan masin. Otak2 pulak minta 2 bakul. Kalau makan kat sini adik tak mahu miss mee tomyam ayam.




Esok pagi kami breakfast dihotel aje. Biasalah kalau makan di hotel secara buffet. Makan macam2 tapi dalam kuantiti yang sedikit. Makan tengahari sekali lagi anak lelaki belanja, makan Nasi Arab. Lupa pulak nama restorennya. Saya pilih nasi khabsa tapi tidak sesedap Nasi Arab Saba. Selepas makan kami bertolak balik.

Masuk highway keluar pulak tol Air Keroh, Melaka sebab nak makan malam disebuah restoren yang terkenal dengan roti naan. Nama Restorennya Pak Putra yang terletak di Jalan Laksamana, Melaka berdekatan dengan Jonker Walk. Saya order roti cheese naan dengan ayam tandoori dan satu lagi chicken Hyderabad. Rasa chicken hyderabad memang sedap dan pedas memang berselera jika dimakan dengan roti. Kepada sesiapa yang ingin mencuba bolehlah singgah kalau datang ke Melaka. recommended...sedap gila...Saya rasa the best roti naan yang pernah saya makan.



roti naan

chicken tandoori

chicken hyderabad


Untuk pengetahuan yang ingin berkunjung ke restoren ini... di buka sebelah petang hingga ke pagi. Restorennya macam kedai mamak tapi kepunyaan orang Pakistan. Pengunjung ramai warga asing.

Maaf... gambar.diatas adalah ihsan dari google sebab semua gambar yang diambil ada pada anak, belum diberikan pada saya.




Thursday, June 27, 2013

Singgah....

Salam...

Semoga semua rakan2 blogger saya sihat sejahtera. Buat yang sudi singgah dan meninggalkan comment ribuan terima kasih saya ucapkan.

Sambungan cerita JPO....

Hari Ahad sebelum balik ke KL sempatlah singgah ke Legoland dan Little Red Cube (Kitty Land). Saya tak sempat masuk ke Legoland sebab nak balik ke KL...kekangan masa huhuhu...


pintu masuk legoland

 
bangunan dalam legoland

kedai sekitar pintu masuk legoland



Gambar kat bawah sekitar Little Red Cube.


cantik2... tapi harganya agak mahal



 restoren Lat's dan ada jual sourvenier

beli gula2 buat kenangan

Puteri  Habour




sekeluarga...adik snap dari belakang. Jerebu kuat sangat... .



p/s: Little Red Cube bersambung dengan Traders Hotel...kepada sesiapa yang nak berkunjung ke sini bolehlah menginap dihotel ini. Gambar kat bawah ihsan dari google.






Monday, June 24, 2013

JPO Lagi...............

Salam....

 Hari Sabtu pagi2 kami sekeluarga dah menuju ke highway Selatan untuk ke Johor Baharu. Tujuannya nak ke JPO untuk shopping.


Sampai ke malam lah juga kami tawaf keliling outlet. Adalah yang dapat di tangkap terutama yang ada discount. Nak masuk ke boutique Coach kena beratur agak panjanglah jugak. Mulanya saya dah malas tapi kenangkan ada sale, kenalah kuatkan semangat. Nak harap beli di KL tanpa sale memang rasa kurang berbaloi dan harganya pula sangatlah berbeza.

Sebahagian barang yang di tangkap.................


 



Alhamdulillah hajat dah kesampaian.....


Wednesday, June 19, 2013

Rindu walau sekejap....

Salam...

Salam sayang buat semua rakan2 blogger saya. Buat yang singgah dan meninggalkan jejak ribuan terima kasih saya ucapkan.

Gara2 saya melayan lagu... Jangan Pisahkan... nyanyian Mayangsari dan Deddy Doress dari radio Era saya teringat dengan hubby...terasa rindu walaupun baru 3 hari ditinggalkan demi tugas. Bukan baru sekali berjauhan tapi sudah berpuluh tahun...begitulah rutin hubby. Jika hubby diperlukan untuk melawat projek dia akan menaiki company car bersama rakan setugas dan akan tinggal lebih lama disana tapi kalau hanya untuk meeting hubby akan pergi 2 hari dengan menaiki kapal terbang.

Kalau cerita dengan orang mesti orang akan kata bukannya jauh cuma Terengganu lepas tu pergi untuk beberapa hari saja. Tapi bagi orang yang menanggung berjauhan amat terasa. Dekat atau jauh, lama atau sekejap tetap terasa kesunyian. Allah jadikan setiap manusia mempunyai sekeping hati, mungkin sama tapi perasaannya mungkin berbeza. Ada isteri mungkin suka suaminya berkerja diluar daerah sebab ada ruang untuk dia membuat aktiviti yang dia suka.

Saya bersyukur sangat2 walau hubby selalu keluar daerah tapi dia sentiasa bertanya khabar dan kami akan berbual melalui talipon sebelum tidur. Kami akan berborak tentang apa yang saya dan hubby lakukan sepanjang hari. Perasaan dekat dan sentiasa disayangi itulah keistimewaanya. Walau hubby jauh adik tetap ada bersama saya dan selalunya kalau hubby outstation menantu saya akan selalu juga berkunjung ke rumah. Syukur kepada Allah swt dengan anugerah dan kasih sayang yang diberikan.


 


 Mengada2.................Uweeekkkk...................


 Gambar dari google...

Tuesday, June 18, 2013

Khasiat Madu & Goodies

Salam...

Apa khabar buat semua rakan2 blogger saya semoga semuanya sihat2 belaka. Buat yang kurang sihat rajin2lah makan ubat dan dengar nasihat doktor supaya cepat sembuh.

Pagi tadi tengok siaran tanyalah ustaz... tajuknya berkenaan dengan madu....banyak khasiatnya kalau diamalkan. Minggu lepas anak saya bawa balik dari Johor...katanya madu Tualang yang dibeli dari kawannya. Saya mengamalkan makan madu sejak saya beli semasa pergi umrah beberapa tahun yang lalu...alhamdulillah bagus sangat...jarang sekali dapat demam dan selsema.



 Goodies2 ini saya dapat masa menghadiri majlis kenduri cukur jambul cucu jiran.


biskut, bunga telor dan potpuri

biskut berbentuk botol susu

bunga telor

mufin, bunga telor dan potpuri


p/s: Masih belum terlambat saya nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA buat semua yang bergelar bapa.


Monday, June 10, 2013

Tuah Atuk....

Salam...

Sibuk semula...sekolah sudah mula dibuka...bagi anak2 yang akan menghadapi peperiksaan besar kena merempit sebab bulan depan kita sudah mula berpuasa...lepas itu hari raya. Bulan puasa kena pergi Terawikh...bila hari raya pula kena menziarahi keluarga dan tetamu datang bertandang....so syudy awal2 supaya nanti tidak terlambat untuk mengulangi setiap mata pelajaran.

............................

Cerita atuk...

Buat masa ini ayah tinggal dengan saya...kami adik beradik bergilir menjaga ayah. Umurnya sudah mencecah 86 tahun. Selepas arwah mak meninggal dunia ayah tinggal bersendirian sampailah dia mengalami 2 kali accident motor. Bukan dilanggar tapi dia sendiri yang jatuh gara2 dipukul angin kenderaan yang bersebelahan. Selepas kejadian itu kami adik beradik mengambil keputusan bergilir menjaga ayah.

Anak dan menantu saya juga ada dirumah...meriahlah sedikit...bertambah penghuni...pagi tadi ayah complaint... katanya lutut dia sakit...hubby suruh saya bawa pergi klinik selepas sarapan...Anak dan menantu cuba tengok...nampak bengkak. Si abang suruh isterinya ambik minyak bam... sapu dan urut lutut atuk. Anak tanya kalau dekat luar ada batu sungai...saya jawab buat apa? dia terus mencari dan bawa satu biji masuk rumah. Dibakarnya kat dapur...lepas itu minta kain untuk pembalut batu yang sudah dibakar. Abang menghampiri atuk lalu dituamkan batu panas diatas lutut. Agak lama dia suami isteri merawat atuk....

Bila azan berkumandang atuk sudah boleh berjalan dan lututnya sudah tidak sakit lagi. Atuk juga sudah boleh solat berdiri. Alhamdulillah dengan kerjasama anak dan menantu membuatkan atuk merasa seronok dan disayangi...Betapa bertuahnya atuk dapat layanan sebegitu rupa. Pernah dulu atuk sakit...anak, menantu dan cucu2nya berebut nak jaga sampai ada yang ambik cuti khas nak jaga atuk.

Saya tanya pada hubby mungkin kah esok kalau kita sudah ada cucu mereka juga akan melakukan benda yang sama.... jawab hubby... setiap benda baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran, In Shaa Allah...




Thursday, June 06, 2013

Fikiran terganggu....

Salam...

Apa nak masak untuk berbuka...hari tu dah buat kuih buah melaka. Kat rumah ada pisang, adik kata buat goreng dan kalau ada yang dah agak masak buat bubur. Bagus juga cadangan adik tambahan pula hari panas tentu sedap makan bubur pisang dicampur sedikit dengan sagu mata ikan.

Gambar kat bawah ini buah melaka yang saya dan Mimi buat tempohari.




Masa berfikir nak masak untuk berbuka petang ini dapat panggilan dari besan (mak menantu)... Dia baru dapat berita mengatakan adik iparnya sekeluarga ditimpa kemalangan jalan raya. Kemalangan berlaku di Termerloh semasa mereka nak datang ke Kl untuk menziarahi besan saya iaitu bapa kepada menantu yang kurang sihat. Menurutnya lagi hanya adik ipar dan anak bongsunya saja yang luka2 tapi yang lain parah dan seorang anak perempuan yang berumur 20 tahun meninggal dunia. Innalillahiwainnalillahirojiun....Al-Fatihah buat yang meninggal. Semoga mereka sekeluarga tabah dan sabar menerima dugaan yang sangat berat untuk ditanggung.