Thursday, April 30, 2015

Buat Hal Lagi.

Assalamualaikum....

Ya Allah ya tuhan ku Kau berikanlah jiran ku ini hati yang bersih, jangan ada noda atau titik hitam dihatinya.
Semoga doa saya didengar olehNya.

Kalau sesiapa saja yang membuat atau memperbaiki rumah sudah semestinya kena sediakan tong yang besar untuk membuang segala benda buangan. Wajib ada, kalau tidak dimana nak diletakkan sampah buangan.

Kontraktor yang saya ambil untuk renovation diberi amaran supaya jangan meletakkan tong itu ditempat kononya parking anak dia. Rakan2 semua masih ingat tak N3 saya sebelum ini kalau tak silap saya ada dua tentang beliau.

Rumah dia seberang jalan tong yang diletakkan depan rumah saya. Logik tak dia beri amaran. Saya dah malas nak layan orang macam ini. Takanlah tong tu dibiarkan berbulan. Baru 4 hari tong tu disitu hari ini sudah pun diangkat. Kenapa nak bising2 sabar ajelah. Hari ini hari saya mungkin esok lusa hari dia pulak.

Saya mendapat tahu anak lelakinya yang nak langgar saya tempohari nak kahwin bulan June ini. Agaknya boleh tak saya sound dia pulak sebab dah tiga orang anaknya kahwin pasang khemah depan rumah. Kalau dipasang hari Sabtu dan dibuka hari Ahad tak apalah juga tetapi ini dipasang pada hari Khamis dan dibuka pada hari Isnin. Merewanglah dan macam2 lagi alasan.



 
Tong ini diletakan ditepi tanah reserve jalan.






Wednesday, April 29, 2015

Orkid & Pura Ulun Danu Beratan.

Assalamualaikum...


Mcm periuk kera





Saya jumpa orkid diatas dekat Ulun Danu Beratan. Cantik dan unik yang jarang2 boleh jumpa. Disini terdapat banyak pokok2 bunga yang ditanam disetiap penjuru. Mungkin disebabkan cuacanya yang dingin membuatkan bunga2 cantik berkembangan.

Dalam perjalanan kesini saya ternampak nursery orkid tapi sayang tak singgah. Hubby tak bagi singgah sebab kalau nak beli pun pokok2 tidak boleh dibawa keluar. Katanya nanti saya teringat2 dan tak habis2 bercerita tentang orkid tu. Kalaulah boleh dibawa balik dah tentu itulah barang yang saya angkut. Saya tak tahu kenapa pokok tidak boleh dibawa keluar terutamanya kalau menaiki kapal terbang.








Pemandangan disini sungguh cantik. Pura didirikan diatas tasik, dibelakangnya pula gunung ganang dengan cuaca yang berkabus dan dingin. Dimerata tempat bunga berbagai jenis dan warna berkembangan. Rumput karpet juga hidup menghijau. Terlalu indah untuk ditatap. Tidak hairanlah kenapa ramai pelancong yang suka berkunjung ke Bali.





Monday, April 27, 2015

Texas Chicken.

Assalamualaikum...

Sebut aje KFC semua orang tahu dan ia ada dimana2. Merata tempat ada dan tak ketinggalan juga dipekan2 kecil. Tak susahlah kalau terasa nak makan ayam goreng. Sekarang kalau nak makan nasi pun sudah ada dijual. Kepada sesiapa yang nak kenyang order yang ada package dengan nasi.

Persaingan perniagaan ada dimana2. Selain KFC sekarang sudah ada satu lagi jenama yang lebih kurang sama, Texas Chicken. Masih ramai yang belum tahu kehadirannya dan masih belum banyak franchise sebagaimana KFC. Hanya terdapat dishopping mall yang agak besar.

Rasa ayamnya lebih kurang sama cuma apa yang saya suka adalah wrap Texas Chicken. Isi wrap ada banyak sayur tanpa ada nasi didalamnya. Sesiapa yang teringin bolehlah mencuba.


Texas Chicken


Putih Lagi.

Assalamualaikum...

Saya bukan buat renovation rumah cuma membaiki mana2 yang rosak. Dah kebetulan bersepah dan berhabuk teruskan plan yang seterusnya. Mencat dinding yang dah kusam. Biarlah nampak ceria sikit masa hari raya nanti. Puasa pun belum dah cerita pasal raya.

Tak salah kan kita buat awal sebab kalau dah dekat puasa nanti tak ada orang pula nak buat kerja2 tu. Asalnya nak cat luar saja tapi alang2 cat satu rumah luar dan dalam. Bila siap mungkin tak perasan cat semula sebab warna yang sama iaitu putih.

Ramai juga yang tanya kenapa asyik putih aje? Entahlah... saya memang sukakan warna putih. Rasa macam bersih dan suci hehe...cuma bilik aje yang saya buat ada warna itu pun tak terang. Puas cari warna yang sesuai untuk bilik konon nak bagi striking tapi bila pergi kat kedai cat tunjuk warna yang mild juga. Tanya pendapat hubby dia kata suka hatilah cuma Mimi minta bilik dia nak warna putih jugak.

Selesai pilih memilih masa nak bayar tengok bil...banyaknya bila mata scroll ke bawah tengok GST sahaja dekat rm300. Duit sebanyak itu macam2 benda boleh beli kannn....





Semuanya ada 12 tong yang besar dan 4 tong yang kecil.




Saturday, April 25, 2015

Muscular Balm.

Assalamualaikum...


Inilah peneman setia saya. Rasa macam serasi kalau disapukan pada mana2 anggota badan yang sakit atau bengkak.


Muscular balm


Baru2 ini tak tahu kenapa tiba2 lengan saya sakit. Bila diperiksa rupanya lengan tu bengkak. Hubby ajak pergi klinik atau hospital tapi saya menolak. Saya dah tahu apa doktor akan bagi bila mengalami sakit macam itu.

Tentu kawan2 diluar sana pun tahu kan. Selain dari pain killer doktor akan bekalkan ubat sapu. Lepas tu kena bayar berganda2 dari bil sebelum2 ini. Macamlah saya ni doktor kan tapi melalui pengalaman yang selalu jumpa doktor begitulah selalunya.

Ada tak rakan2 tahu atau selalu gunakan ubat yang lebih baik untuk melegakan sakit dan bengkak?




Friday, April 24, 2015

Orkid Harimau?

Assalamualaikum...

Salam Jumaat.

Menurut yang menjual pokok, orkid yang dibawah adalah orkid harimau. Tengok dari rupa memang sama cuma pokoknya masih kecil. Beli masa expo MAHA dengan harga rm21 selepas tawar menawar. Saya tanam diatas tanah bekas tempat pokok mangga yang tumbang. Kebiasaanya orkid harimau pokoknya besar kalau tanam dipasu nanti tentu susah untuk mengeluarkanya bila dah sesak dalam pasu. Lebih baik terus tanam aje diatas tanah.

Baru beberapa bulan ditanam pokoknya sudah mengeluarkan beberapa kuntum bunga. Pokok dia pun tak adalah sihat sangat. Baja pun main campak2 aje cuma siram hari2. Kalaulah betul ianya orkid harimau memang saya sangat teruja kerana setahu saya orkid harimau akan berbunga selepas 3 ke 5 tahun. Saya kena tunggu bunganya berkembang dulu baru boleh tahu ianya betul atau tidak orkid harimau.


 Ada mcm orkid harimau


Saya harap biarlah ia berkembang cantik jangan ada yang merosakkannya.



Thursday, April 23, 2015

Sama Aje kannn...

Assalamualaikum...


Kulat

Bukan rezeki saya untuk hari ini tapi masih ada yang lain.


Abaikan piring yang selekeh tu


Tetap sama...roti dan butter...biskut dan butter. Syukur alhamdulillah.



Wednesday, April 22, 2015

Cekodok Pisang

Assalamualaikum...

Pagi tadi buat cekodok pisang jamu pekerja yang betulkan rumah. Sukanya dia orang. Rasa segan sebab bagi cekodok tapi menurut mereka makanan macam itu adalah kegemaran mereka. Alhamdulillah kongsi rezeki. Pisang tu pun kawan yang bagi. Kat rumah tak ramai lebih baik disedekahkan.


Cekodok pisang



Tuesday, April 21, 2015

Rezeki Lagi?

Assalamualaikum...


Ziarah rumah kawan saya dijamu dengan laksam. Punyalah sedap, kuah pekat dan ada kuih tiew dan laksa, pilih mana suka. Selalu buat laksa penang tapi laksam belum pernah buat.




Kelmarin kemaruk sangat nak makan kek black forest kat Secret Recepi. Beli sepotong aje, licin sedapnya. Rasa macam nak beli sebiji tapi takut tak berhenti makan, bahaya.

Gambar kat bawah ni masa makan direstoren nasi ayam penyet diBali. Mereka juga ada buat delivery.  Tekak saya lebih sedap nasi ayam penyet Wong Solo di Malaysia.






Monday, April 20, 2015

Makan, Makan dan Makan

Assalamualaikum...

Sejak akhir2 ini bertambah selera pula makan. Penghuni rumah bertambah seorang itulah menjadi2 seleranya. Masak makan masak makan sahaja aktivitinya. Hehe... Datang kerajinan bila ada partner yang rajin masak.

Kelmarin buat muffin pisang

Muffin pisang untuk minum petang

Alahai Kucing pun pandai timbang berat badan dan tahu istilah diet. Saya entah bila pula sampai serunya. Hihihi...





Friday, April 17, 2015

No Plan.

Assalamualaikum...

Pukul 7 pagi sudah keluar dari hotel. Jarang sekali saya lakukan. Selalunya selagi tak pukul 12 tengahari tak adanya saya nak chekout itu pun kadang2 terbabas juga.

Kenapa pulak cerita pasal hotel tak ada angin pergi holiday atau pun outstation. Ceritanya begini. Tengahari semalam hantar mesaj pada hubby bagi tau kemungkinan saya tak masak untuk makan malam sebab penat sangat. Ada panggil orang betulkan sikit rumah bukan renovation cuma betulkan yang dah rosak. Banyak jugalah yang nak dikemas semula.

Bila hubby balik kerja dia suruh saya bersiap. 'Abang dah book hotel' katanya.Terpinga2 juga sebab dah senja lepas tu tak plan pun nak ke mana. Rumah pun masih ada lagi yang nak dibetulkan. Makan malam pun belum lagi.

Bila hubby dah bersungguh2 terpaksalah ikutkan. Singgah makan kat restoren lepas tu terus ke Sunway Pyramid. Kami sampai hotel dekat pukul 11 malam. Tidur beberapa jam pukul 7 pagi dah chekout. Lepas hantar saya balik rumah hubby terus pergi kerja.

Begitulah perangai my hubby jarang nak bincang apa nak buat, apa nak beli atau nak pergi mana. Tapi kadang2 happy juga hehe...

Macamana dengan hubby rakan2 semua tentu baik2 kan.


Pyramid Tower



Thursday, April 16, 2015

Unik.

Assalamualaikum...



Baru tengok pertama kali tapi mungkin ada orang sudah biasa. Daun tumbuh pada bunga kantan. Sahabat saya yang tinggal di Terengganu hantar gambar ini. Katanya masa dia nak ambik bunga kantan nampak ianya berdaun. Dia ambik gambar dan hantar pada saya.

Unik kan...kalau boleh nak simpan lama2 jangan bagi dia layu.

Wednesday, April 15, 2015

Lima Rumah Ibadah Dalam Satu Kawasan.

Assalamualaikum...

Di Desa Dua Bali terdapat lima buah tempat beribadat didalam satu kawasan yang jarang jumpa ditempat lain. Ada masjid, gereja katolik, gereja proteston, temple Budha dan Pura. Betapa harmoninya didalam satu kawasan mereka boleh menjalankan tanggung jawab masing2. Disinilah juga ramai peniaga yang menjual cendul dan bakso. Mereka menggunakan motorsikal untuk berniaga.


Masjid Agung




Gereja


Gereja


Buddha


Pura

Cuaca panas sedap kan kalau dapat makan cendul. Lagi sedap kalau ada campuran durian atau nangka. Saya tak pernah jumpa ditempat kita ada jual cendul yang dicampur sedemikian rupa tapi banyak terdapat diBali. Bakso yang dijual juga halal tapi kami tak makan cuma hubby saja yang membeli cendol.





Cendol Durian


Bakso



Monday, April 13, 2015

Tanah Lot Bali

Assalamualaikum....

Nak share dengan rakan2 gambar masa bercuti di Bali. Gambar kat bawah ni dinamakan Tanah Lot. Terdapat dua pura diatas batu, satu diatas bongkahan batu dan satu lagi diatas tebing. Pura disini untuk pemujaan penjaga laut. Disini juga kita boleh melihat matahari terbenam yang sangat cantik.






Macam batu belah batu bertangkup

Waktu petang air disini surut dan boleh seberang ke pura.





Gambar yang kat atas ni terdapat ular putih yang dipanggil ular suci. Dipintu masuk ada penjaga yang akan mengenakan bayaran setiap pengunjung yang nak melihat ular.








Sunday, April 12, 2015

Mandi Manda.

Assalammualaikum...

Semasa diTerengganu saya bawa Mimi pergi mandi sungai. Air sungainya berbatu, sejuk dan jernih sampai nampak pasir kat dalam air. Saya lupa nama sungai tu tapi tak jauh dari tempat air panas yang pernah saya masukkan dalam N3 tempohari.


Berendam sorang2.



Masa nak balik Kl dekat highway jumpa pula seekor kambing dalam 4WD. Kesian dia sebab belakang kereta tu tak bertutup. Mungkin kepanasan atau takut sebab kereta tu bergoyang2.


Kambing biri2




Thursday, April 09, 2015

Empangan Paya Peda.

Assalammualaikum...

Sekarang saya berada di Besut, Terengganu mengikut hubby outstation.

Selama saya ikut hubby outstation ke Terengganu belum pernah dibawa ke tapak projek yang dia kendalikan. Baru semalam saya berpeluang untuk melihat. Kebetulan semalam ada taklimat dengan semua yang terlibat. Dianggarkan 200 orang yang datang termasuk orang2 kampung.

Dalam sebulan dua atau tiga kali hubby akan ke sini selama hampir lima tahun. Setiap kali datang hubby akan ke Kuala Terengganu untuk menghadiri mesyuarat kemudian ke Besut untuk melawat projek.

Projek yang dilakukan adalah pembinaan Empangan Paya Peda. Banyak cabaran dan halangan yang ditempuh dan akhirnya projek ini sudah hampir siap. Kalau ikutkan perancangan sepatutnya siap tahun lepas. Kata hubby ia mengambil masa setahun untuk air penuh macam Empangan Royal Belum di Grik atau Empangan Timah Tasoh di Perlis.

Alhamdulillah selepas tugas disini hubby akan mengedalikan satu lagi projek pembetungan di KL pula. Sudah pun bermula beberapa bulan yang lalu. Mungkin tidak ada lagi jalan2 ke Terengganu selain kalau kami bercuti.









Gambar terbalik
Kegembiraan terpancar





Tuesday, April 07, 2015

Hendrix dalam Fast and Furious 7?

Assalammualaikum..

Semalam masa adik call suara macam serak2 macam lepas menangis. Tanya kenapa adik macam tak sihat. Katanya hari Sabtu dia tengok wayang Fast and Furiuos 7. Dalam panggung lagi adik dah mula menangis. Bila balik adik tengok gambar. Adik terus meraung. Adik rindu Hendrix. Kata adik lagi dia terbayangkan anak Paul Walker dalam cerita tu Hendrix dan Vin Diesel macam abang dia.



Bersama abang n anak buah


Owhhh....gitu kisahnya..rindu sampai meraung? Adik adik...