Assalamualaikum...
Kakzakie ada mencadangkan supaya saya membuat N3 tips menjaga pokok orkid. Sebenarnya tidak ada cara tertentu yang saya lakukan untuk pokok orkid saya berbunga selalu.
Apa yang saya buat sama macam kawan2 semua lakukan. Siram dan bubuh baja. Kalau hari panas siramlah dua kali sehari. Orkid tidak memerlukan banyak air. Waktu petang jangan siram lambat sangat takut air siraman bertakung dalam daun. Sekiranya banyak air yang bertakung boleh membuatkan daun dan batang menjadi lembik.
Orkid terbahagi kepada 2 satu yang tahan dengan matahari dan satu lagi memerlukan teduhan. Kalau membeli pokok orkid tanya pada penjual jenis yang macamana. Orkid yang tahan panas lebih mudah penjagaanya berbanding dengan yang satu jenis lagi. Cara menanamnya juga ada berbeza ada yang gunakan moss atau arang saja. Boleh Google untuk mendapatkan maklumat.
Saya gunakan dua jenis baja satu untuk pertumbuhan pokok dan satu lagi untuk bunga. Baja untuk bunga saya gunakan spikes dan cecair sembur seminggu sekali. Bila ada kerajinan saya siram dengan air beras atau air bawang. Menurut peniaga orkid diSungai Buloh boleh guna baja cecair dengan semburan 2 atau lebih dalam seminggu. Mungkin dengan banyak kali semburan membuatkan bunga2 yang dijual lebih banyak bunganya.
Satu lagi yang biasa saya lakukan suka bercakap dengan pokok sebab saya percaya tumbuhan juga perlukan belaian dan kasih sayang. Kadang2 sambil membuang daun2 yang sudah kering saya bercakap seolah2 ada orang lain bersama saya. Mungkin orang tengok pelik tapi itulah yang saya lakukan. Samalah macam kucing peliharaan dia akan bertindak balas dan mengikut apa saja arahan yang diberi walaupun dia tidak boleh berkata2.
Gambar kat bawah ini adalah baja yang selalu saya gunakan.
Kepada semua yang sukakan orkid cubalah mana tahu kalau lebih menjadi dari pokok2 orkid yang saya tanam.