Masa kecik2 dulu kebanyakan rumah kat kampung saya belum ada talipon, kalau ada pun cuma ketua kampung. Bila dah sekolah menengah baru masing2 ada itu pun setelah beberapa kali memohan. Rasanya semua orang tahu betapa bergunanya talipon pada setiap orang.
Masa silih berganti, zaman semakin moden, macam2 talipon ada dipasaran. Sekarang ni kebanyakkan orang dah ada talipon sendiri, boleh dibawa kemana saja. Kalau lelaki cuma masukan ke dalam poket manakala perempuan pula masukkan aje ke dalam handbag. Talipon pula berbagai jenis ikut kemampuan, lagi mahal harganya lagi canggihlah fungsinya.
Saya juga tak mahu ketinggalan walaupun suri rumah sepenuh masa. Kalau ikutkan satu pembaziran juga sebab bukan tak boleh guna talipon yang ada kat rumah. Kalau ada talipon yang boleh dibawa kemana saja kan senang tak payah tercari2 kalau pergi kemana2 contohnya kalau pergi ke shopping komplek, bagitau ada kat mana orang dah boleh cari.
Lagi mudah kalau talipon tu ada 3G ( vediocall ), boleh talipon lepas tu boleh tengok muka orang yang kita sayang atau rindu, tak kiralah jauh ke dekat. Hari2 pun boleh, berapa kali sehari pun boleh tapi jangan lupa cukup bulan bilnya mesti dibayar.
Dengan adanya benda2 yang canggih macam tu taklah kita rasa ditinggalkan atau rasa kesunyian. Hari2 mama dan baba ber 3G ke kata anak2....ya mungkin selepas ini ber SKYPE pula. Walaupun dah berumur tak salah kan kita lepaskan rindu2an melalui alat2 canggih ni.