Saturday, December 21, 2013

Tahniah buat Azalea.

Salam buat semua rakan2....

Terima kasih buat ummiross, Kakzakie, MulutPayau dan Acik Erna atas ucapan dan doa untuk Mimi. Semoga segala doa menjadi kenyataan dan diberkati Allah swt.


Dapat berita gembira dari adik lelaki saya , anak bongsunya mendapat 7A 1B dalam PMR yang diumumkan semalam. Alhamdulillah dan tahniah buat Azalea Mariah. Walau sibuk dipadang kuda masih boleh mendapat keputusan yang agak cemerlang. Setiap minggu dan kadang2 dihari persekolahan terpaksa menjalani latihan berkuda.

Sejak memasuki sukan berkuda sudah banyak kali menang dalam pertandingan. Bukan hanya pingat yang diperolehi tapi duit pun banyak juga. Semoga satu hari nanti dia menjadi seorang penunggang kuda yang berjaya dan terkenal. Minat sejak kecil dan bukan itu saja Azalea seorang yang agak unik. Tanpa ada memasuki kelas muzik dia juga boleh memainkan alat2 muzik terutamanya piano. Berlatih menggunakan Youtube dia boleh menghasilkan muzik yang bagus. Itulah kelebihan cucu bongsu ayah yang seorang ini.


  dalam The Star

Azalea

sebahagian dari pingat yang diperolehi dalam pertandingan.


Tahniah juga buat yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR semalam dan buat yang tidak berapa cemerlang jangan bersedih. SPM menanti anda, berusahalah dari sekarang untuk mendapat keputusan yang lebih baik.




Thursday, December 19, 2013

Selamat Hari Lahir.

Salam...

Pada tahun 1989 lahir seorang bayi perempuan yang sangat2 dinantikan. Sebelum ini sudah ada anak lelaki pastinya keinginan anak perempuan memang diharapkan. Tidak banyak ragam dan kebanyakkan masa ditinggalkan dengan pembantu rumah. Bermula ke sekolah seawal umur 4 tahun. Pra sekolah di Ukay Height berdekatan dengan Highland Tower yang pernah menggembarkan negara.

Senang berkawan tapi kadang2 ada orang tersalah tafsir mengatakan sombong sebab muka susah nak senyum. Kalau dah kenal dia seorang yang baik, peramah dan manja. Memilih kerjaya sebagai peguam In Shaa Allah jika tidak ada aral melintang. Sekarang menjadi sahabat baik kepada saya, apa saja cerita, masaalah atau rahsia boleh berkongsi.


Mimi sebelah kanan


Mama, baba, abang dan adik mengucapkan Happy Birthday buat akak semoga menjadi anak yang berjaya didunia dan diakhirat.



Gambar ihsan dari google.



Tuesday, December 17, 2013

Leed War Museum

Salam...













Cantik kan... cara sususan senjata yang dipamerkan di Leed War Museum,Uk. Hubby sempat melawat tempat ini semasa disana tempohari.



Wednesday, December 04, 2013

Minat Buku atau Penulisnya.

Salam...

Apa khabar rakan2 semua? Harap2 semuanya sihat. Cuti sekolah sudah bermula tentu ramai dikalangan rakan2 yang pergi bercuti. Kalau pergi ke Pantai Timur agak membimbangkan sebab sekarang banyak kawasan telah dilanda banjir. Harap2 sesiapa yang tinggal disana atau yang bercuti lebih berhati2.

.................................


Masa berkemas bilik Mimi terjumpa sebuah buku kepunyaannya yang agak lama sudah dibeli tapi belum sempat dibaca. Penulisnya siapa lagi kalau bukan Faisal Tehrani. Mimi terlalu minat dan banyak buku2 beliau yang diperolehinya. Kebetulan saya sudah kehabisan buku untuk dibaca, apa lagi baca sajalah tanpa minta izin dari tuannya.




Walaupun dirumah ada banyak buku hasil tulisan Faisal Tehrani tapi saya jarang membacanya sebab bagi saya bahasa yang digunakan agak unik. Hanya ada sebuah buku beliau yang ceritanya memang saya ingat sampai sekarang. Buku yang saya maksudkan 'Tunggu Teduh Dulu''. Kalau sesiapa yang punya kekasih atau berkahwin dengan lelaki yang lebih muda akan tersenyum sebab panggilan yang diberikan buat lelaki itu adalah betik muda. Sesiapa yang berminat eloklah mencari, recomended.
 




Wednesday, November 27, 2013

Lega..................

Salam...

Lega, puas hati dan yang paling penting bersyukur sangat2 kepada Allah swt kerana memberikan kesihatan yang baik buat anak bongsu saya sepanjang menghadapi peperiksaan SPM. Hari ini adalah hari dan kertas terakhir buatnya, subjek Biology. Paper 3 akan berakhir pukul 3.30 petang nanti. Semoga segalanya dipermudahkan dan semoga adik dapat menjawab semua soalan dengan baik, In Shaa Allah. Amin.

Sebagai ibu saya amat bersyukur dengan usaha yang adik telah lakukan. Berjaga sampai lewat malam, bangun dinihari, mengejar cikgu untuk mendapatkan sumber diluar waktu pelajaran dan juga sanggup belajar ke masjid untuk mencari ketenangan. Mengapa ke masjid? sedangkan dirumah juga tenang tidak ada sesiapa melainkan saya dan my hubby. Kata adik disana jiwanya lebih tenang untuk menghafal dan kalau sampai waktu boleh solat berjemaah dan berdoa dengan kusyuk. Syukur pada Mu ya Allah kerana memberikan anak yang tahu mengatur masa pembelajarannya.

Selain dari usaha adik kami sekeluarga juga membantu dengan solat hajat dan doa2. Semoga apa yang telah dilakukan sebelum ini diberkati Allah swt dan jika selepas ini apa saja keputusan yang adik dapat kami semua redho.



siti syalini ashley

Dari anak pertama sampailah anak yang bongsu saya lebih suka menyediakan bekal untuk anak2 untuk dibawa ke sekolah. Wang saku juga disediakan kalau anak2 teringin membeli makanan yang dijual dikantin. Saya lebih suka makanan yang dimakan anak diwaktu pagi makanan yang saya masak sendiri, air tangan saya sendiri. Kalau dulu masa abang dan kakak sekolah saya sanggup bangun awal untuk menyediakan makanan berat seperti nasi lemak dan sebagainya tapi tidak dengan adik. Dia lebih suka dibekalkan dengan roti tapi dipelbagaikan konon macam makanan yang terdapat di Subway. 

Mulai tahun hadapan saya tidak lagi menjadi supir, tidak lagi menyediakan bekal untuk adik ke sekolah dan tidak ada lagi sibuk2 untuk membeli dan menyediakan pakaian dan peralatan sekolah. Semuanya sudah tamat dan kalau diberikan rezeki dan dengan izinNya adik akan ke tahap pembelajaran ke fasa baru...iaitu sebagai mahasiswi (berangan), In Shaa Allah.


Kepada sesiapa saja yang anaknya masih lagi dalam peperiksaan didoakan semoga dipermudahkan dan juga mendapat kejayaan yang cemerlang. Amin.



Tuesday, November 26, 2013

Novel Lagi.

Salam...

Baru habis baca novel kat bawah ini. Saya nak tahu sambungan cerita Adam & Hawa1. Ceritanya berkenaan dengan sepasang suami isteri yang hidup bahagia setelah terpisah selama 8 tahun dan mereka mempunyai seorang anak perempuan. Dalam novel yang kedua ini pula dipertengahan cerita ditimpa masaalah rumah tangga. Emosi sikit masa Hawa merayu supaya dia tidak diceraikan dan juga masa nak memujuk suaminya kembali rujuk. Rasanya kalau ada drama Adam & Hawa2 akan datang mesti banyak air mata yang berguguran gara2 scene ini. Kalau tengok drama Adam & Hawa1 dulu berlinang jugalah air mata masa Hawa dituduh berkhalwat dan paling sedih bila tengok dia dipaksa bernikah dengan Adam. Kalau nak tahu cerita selanjutnya carilah novel ini dikedai2 buku yang berhampiran.





Buku yang kat bawah ini pula baru nak baca, kisah pengembaraan ke Sepanyol. Penulisnya Nurisha sahabat baik Mimi seorang pakar mathematic. Buku pertamanya 'Oh London'. Beliau mengabdikan pengalaman pengembaraannya ke negara tertentu untuk dimuatkan dalam buku.  Kepada sesiapa yang nak pergi melancong ke negara tersebut elok kalau ada buku ini untuk dijadikan panduan.





Mimi salah seorang sahabat karibnya seramai 4 orang. Berkawan dan belajar dalam satu class sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Selepas mendapat keputusan SPM Nurisha melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang maths manakala Mimi menyambung pengajian dalam negara dalam bidang undang2. Sahabat yang 2 orang lagi masing2 melanjutkan pelajaran dalam bidang IT dan arkitek. Alhamdulillah masing2 sudah berjaya dan persahabatan mereka masih seperti dulu.


Monday, November 25, 2013

Salam Rindu...

Salam...

Salam rindu buat semua rakan2 blogger. Agak lama saya tidak berblog, banyak cerita saya tertinggal. Terharu dengan rakan2 yang sudi singgah dan juga yang sudi tinggalkan jejak. Terima kasih buat semua terutamanya azi selepas 2 bulan tak update blog, azi datang kat blog saya...rindu hehe. Kat sini saya hadiahkan bunga yang saya klik2 dekat laman rumah untuk semua.









Selamat menjamau mata...

Friday, November 15, 2013

New Comer.

Salam Jumaat...


Rumah saya sudah meriah dengan kehadiran 3 ekor kucing. Seekor datang tanpa diundang dan 2 ekor lagi kucing yang diberi kawan anak. Satu betina dan satu lagi jantan, dua2 telah dikasi. Namanya awai dan meymey...nama cina sebab tuan dia sebelum ini berbangsa cina. Rupa awai dan meymey lebih kurang sama tapi bukan seibu..Yang pendatang itu pulak kami panggil bubu sebab badannya berwarna kelabu.


meymey

meymey berbadan bulat dan pendek

awai

awai berbadan besar dan panjang



bubu...pendatang

 
masih kecil


Thursday, November 14, 2013

Jeruk.

Salam...

Kalau ke Pantai Timur wajib beli buah ini, beli dipasar masa ke Terengganu tempohari. Harganya murah berbanding ditempat lain. Menurut penjual buah jeruk kelubi datang dari Pahang manakala jeruk anggur dari Thailand. Hubby tidak menggalakkan makan jeruk tapi saya dan anak2 hantu jeruk hehe....


jeruk anggur & jeruk kelubi





Maaf kalau ada yang terliur....


Wednesday, November 13, 2013

Cerita Terengganu.

Salam...


buah keranji




Pernah tengok atau makan buah diatas ini. Namanya buat keranji. Saya selalu dengar tapi tak pernah tengok atau makan, nama aje dari kampung tapi sejujurnya saya tak pernah tahu. Buah ini saya jumpa dipasar masa saya ke Terengganu. Kalau nak tahu harganya RM30 sekilo, terasa mahal sebab buah ini cuma buah hutan. Mulanya saya nak beli tapi hubby mencadangkan supaya kami nak balik ke KL nanti baru beli. Saya nak tunjukkan pada adik dan menantu.

Hari kedua disana saya menziarahi sahabat yang tinggal disana. Rezeki datang bergolek bila saya dibekalkan buah keranji. Kalau beli saya tak tahu berapa harganya sebab terlalu banyak. Sahabat kami mempunyai beberapa pokok dan dia memberitahu sekarang tengah musim buah keranji. Menurutnya lagi pokok keranji memakan masa selama 10 tahun baru berbuah dan pokoknya juga sangat besar.

Konon seronok nak tunjuk pada adik dan menantu tapi terasa malu sebab menantu kata dia selalu makan  hehehe...

Saya ke Terengganu menemankan hubby sebab ada meeting yang sepatutnya dan selalunya dia menaiki kapal terbang. Disebabkan hubby yang terlalu 'baik dan murah hati' dia offer diri dia untuk menghantar kereta company untuk pertukaran yang sepatutnya dihantar oleh orang lain. Katanya tak salah kalau dia tolong lagi pun dia nak pergi tempat yang sama. Kalau ikutkan hati saya memang menolak sebab terpaksa meninggalkan adik yang sedang dalam peperiksaan tapi tak sampai hati tengok hubby memandu sorang2. Nasib baiklah menantu bersetuju untuk menemankan adik untuk beberapa hari.

Badan saya masih letih lagi sebab terlalu lama dalam kereta. Perjalanan yang agak jauh naik kereta Perodua 1.3cc. Kalau bawa laju sikit terasa bergoyang dan melayang membuatkan badan saya sentiasa menari sepanjang perjalanan. Selalunya kalau perjalanan jauh dengan isteri atau anak2 hubby lebih suka memandu Jeep sendiri, tayar besar dan 4000cc. Boleh tidur dengan nyenyaknya tau2 dah sampai atau pun singgah untuk berehat. Kami terpaksa tinggal 3 hari disana sebab terlalu letih. Masih marah dan geram sebab kereta yang sepatutnya dibawa balik tak siap. Makanya terpaksa memandu kereta yang sama untuk pulang ke KL



Thursday, November 07, 2013

Hubby sudah Balik

Salam...

Alhamdulillah my hubby telah selamat kembali ke tanah air. Agak keletihan maklumlah perjalanan yang agak lama. Tambahan pula dia transit di Dubai sebab menaiki kapal terbang Emirates



Anak2 seronok sangat bila baba mereka membawa balik buah tangan dari UK. Selain dari pakaian hubby juga ada membeli handbags, souvenir dan juga coklat, syukur alhamdulillah .


Tuesday, November 05, 2013

All the Best.

Bismillahirahmanirahim...

Good luck buat semua calon2 SPM tak kira dimana saja berada semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Dulukan langkah kanan dan banyakkan berselawat. In Shaa Allah semuanya akan berjalan dengan lancar, amin.

Buat adik mama sentiasa berdoa semoga segalanya dipermudahkan.



Tuesday, October 29, 2013

Ucapan dari Jauh.

Salam

Semalam hari jadi hubby tapi kali ini disambut bersama cucu pada hari ini mengikut waktu UK. Saya dan anak2 yang lain cuma menghantar ucapan dari jauh.

Selamat hari lahir buat my hubby semoga sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

We love you forever and have a great day.....


ihsan dari google

Kongsi gambar cucu...




Entah apalah yang disembangkan dengan Grandpa dia tu.

Sebelah kanan tu besan saya

Friday, October 25, 2013

Bukan Rezeki.

Salam...

Debaran bertambah kencang bagi murid tingkatan lima sebab tak lama lagi mereka akan menghadapi peperiksaan SPM. Kalau saya tak silap exam bermula pada 6hb Nov ini, hanya beberapa hari saja lagi. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

..............

Semalam adik balik dari sekolah nampak muram aje. Bila masuk rumah saya tanya... kenapa?

Adik: manalah adik tak marah dan kecik hati ma...orang lain yang bersusah payah tapi orang lain yang dapat anugerah dan hadiah.

Saya: Anugerah...hadiah?

Adik: Adik dan 3 orang lagi kawan yang pergi dalam pertandingan tu...last2 kita orang tak dapat apa2 pun.

Ceritanya begini...

 Adik dan 3 orang kawannya menggantikan murid (bidan terjun) yang sepatutnya pergi ke sebuah sekolah untuk pertandingan dalam satu persatuan. Sampai ke sekolah yang ditempatkan terdapat ramai murid dari luar daerah yang turut menyetai. Sangkaan mereka cuma biasa2 aje tanpa ada persiapan. Disana mereka dikehendaki masuk ke dalam dewan seolah2 menghadapi peperiksaan. Kerusi dan meja disusun satu2 dan murid yang datang dari satu sekolah diasingkan duduk jauh2. Kata adik ada 60 soalan untuk dijawab. Dengan ilmu yang samar2 dia menjawab ke semua soalan.

Rezeki berpihak kepada mereka dengan mendapat naib juara. Kata adik pemenang juara cuma menang tipis dari mereka. Tersangatlah seronok sebab tidak disangka boleh mendapat markah yang agak bagus berbanding dengan murid2 yang membuat persiapan rapi.

Part yang paling sedih bila penyampaian hadiah (di buat selepas beberapa lama berlalu) murid yang terdahulu dipilih untuk mewakili sekolahnya yang naik ke pentas untuk mengambil piala dan sijil. Hati siapalah yang tak sedih kalau terjadi macam ini. Sekurang2nya hargailah murid yang telah bersusuah payah untuk menaikkan nama sekolah.

Harap cikgu atau pengetua lebih prihatin.

Kalau terjadi macam ini agaknya siapalah yang patut diberikan anugerah.



Thursday, October 24, 2013

Aku Melayu di Kota Inggeris

Salam...


gambar dari google


Saya baru habis baca buku diatas, penulisnya Muhaimin Sulam. Berasal dari Teluk Intan, Perak dan pernah tinggal di UK untuk meneruskan pengajian  PHD.

Buku ini banyak menceritakan sikap dan budaya orang barat yang elok kita jadikan contoh atau panduan. Buku ini juga ada menceritakan perbandingan sikap orang melayu dan orang barat. Ada sikap baik dan buruk orang barat mahu pun orang timur atau orang melayu.

Kebanyakkannya orang barat agak peramah dan berbudi bahasa berbanding orang melayu. Salah satu contoh mereka akan beratur dan mendahulukan orang tua, wanita dan kanak2 kalau naik kenderaan awam. Murah dengan senyuman, suka bertanya khabar dan juga suka menghulurkan bantuan jika ada yang memerlukan.

Orang barat amat mengambil berat tentang masa. Selalu kita dengar orang cakap janji melayu, kenapa adanya perumpamaan sedemikaan rupa. Ini menandakan masa orang melayu tidak pernah tepat. Sikap orang barat yang juga suka mengamalkan kebersihan tak kiralah dirumah mahu pun diluar. Contohnya tandas kalau di negara kita agak memalukan bila bercerita tentang tandas terutamanya tandas awam.

Orang barat juga suka menggunakan kenderaan awam atau hanya menggunakan basikal untuk ke destinasi yang mereka mahu pergi. Ini bermakna jalan raya yang terdapat dinegara mereka tidak sesak dan tidak susah untuk mendapatkan parking. Laluan lorong khas untuk berbasikal juga disediakan untuk membolehkan mereka tidak bersaing dengan kenderaan lain.

Ada rakan2 kita yang tinggal diluar negara selalu menceritakan bagaimana mereka boleh makan buah2an percuma dari ladang yang diusahakan oleh orang barat. Kadang2 buah2an yang dimakan lebih banyak dari yang dibeli untuk dibawa balik. Kalau di negara kita ada nampak buah2an masak ranum bergayut diatas pokok tuan punya tidak akan mempelawa untuk menikmatinya selain dari ahli keluarga atau kenalan.

Jenayah dinegara kita sekarang agak menakutkan. Perompak dimana2 saja ada berkeliaran, mencari mangsa bila ada kesempatan. Jangan sesekali berjalan seorang diri ditempat yang sunyi atau diwaktu malam. Memakai barangan yang berharga contohnya memakai barang kemas perlulah berhati2. Orang barat selalunya bila keluar akan memakai pakaian yang agak mahal terutamanya wanita yang suka memperagakan handbag yang puluhan ribu harganya. Rumah mereka juga tidak menggunakan jeriji untuk cermin tingkap. Agak susah untuk mentafsir, bukan bermakna tidak ada perompak dibarat.

Perpustakaan dinegara mereka ada menyediakan bahagian untuk warga emas. Mereka boleh melayari internet, membaca buku atau sekadar membaca surat khabar. Boleh juga berkumpul dan berbincang sesama mereka berkenaan isu semasa atau topik2 yang boleh buat mereka gembira. Cara yang mereka lakukan boleh menghilangkan rasa jemu kalau hanya duduk dirumah atau hanya berbaring diatas katil bila sudah mencapai usia yang agak lanjut.

Ada satu sikap mereka kalau boleh saya ingin amalkan bila sudah menjadi warga emas nanti. Ingin terus menjadi merpati dua sejoli bersama hubby, romantik, berpegangan tangan bila berjalan. Masaalahnya boleh ke dipraktikkan dinegara kita yang lebih kepada budaya hormat dan tidak menunjuk2.

Saya cuma ambik sedikit contoh dari buku diatas untuk kita renungkan, kalau nak tahu lebih lanjut beli dan bacalah untuk panduan masing2. Saya juga harap jangan ada yang menganggap saya terlebih puji orang barat sebab saya mempunyai menantu omputih. Sekiranya terdapat kesilapan ampun dan maaf dari saya.


Monday, October 21, 2013

Harrods KLCC vs Harrods London

Salam...


Sebelum my hubby terbang ke Manchester saya bawa dia ke Harrods yang berada di KLCC. Saya bawa juga ke Marks & Spenser sebab nak usha2 kalau ada barang yang berkenan dihati. Nanti senang bagi hubby untuk mencari barang yang saya nak kirim bila sampai di London. Kebanyakan barang yang dijual disana lebih murah berbanding di negara kita.

Hubby ke Manchester atas urusan kerja tapi dia mengambil kesempatan menambah hari untuk tinggal lebih lama. Salah satunya hubby nak ke London dan yang paling penting nak ke Portsmouth untuk bertemu dengan cucu kesayangan. Jeles juga saya tak dapat ikut, berkorban menemankan adik sebab tak lama lagi dia akan menghadapi SPM.

Gambar terbaru cucu saya.

Sebulan setengah selepas balik dari Malaysia

Muka mengantuk. Hehe

Saturday, October 12, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam...

Lamanya saya tak mengupdate blog. Entah apa2 yang saya buat sampai tak sempat nak buat N3 baru. Banyak cerita kawan2 yang saya sudah tertinggal. Walau bagaimana pun saya harap semuanya sihat dan bahagia disamping keluarga.

Tak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Tentu ada yang membuat persiapan sama ada menyediakan kuih muih atau menghias rumah. Kalau yang masih ada ibubapa yang tinggal dikampung sudah semestinya pulang beraya disamping keluarga tersayang. Seronok kan kalau balik kampung. Dikesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan2 blogger saya dan juga yang berada diluar sana.



 Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami....



Monday, September 30, 2013

Orkid Hutan.

Salam...


Masa saya pergi rumah seorang kawan saya terjumpa dekat lamannya ada pokok orkid yang berbeza sedikit dari yang biasa. Kata tuan rumah orkid itu suami dia ambik dekat hutan. Dia tanam dalam tanah tidak menggunakan arang. Daunnya nipis dan panjang tidak tebal atau keras macam orkid yang biasa kita tengok. Saya cakap dengan hubby kalau pergi ke Sungai Buloh nanti saya nak cari.

Nasib memang menyebelahi saya sebab masa saya pergi ke Sungai Buloh untuk menambah koleksi orkid saya jumpa orkid itu. Saya beli dua pasu, satu warna purple dan satu lagi putih dan purple. Dalam satu tangkai bunga dia tidak banyak dan satu lagi orkid ini tidak tahan lama, dua tiga hari bunganya sudah mula layu.

Inilah dia pokok orkid hutan tu, saya sudah pindahkan ke dalam pasu. Masa beli ianya dalam polybag.


pokok orkid hutan

bunga purple


dua colour



Cantik tapi tak tahan lama.