Tuesday, February 18, 2014

Minta Pendapat Atau Nasihat Dari Kawan2.

Salam...

Agak lama saya tidak mengupdate blog. Blog sudah jadi lemau tak tahu kenapa tahun 2014 ini agak malas untuk menulis. Kalau ikutkan banyak cerita dalam simpanan.

Hari ini saya nak cerita satu peristiwa dan kalau boleh saya nak minta nasihat atau cadangan dari kawan2 apa yang harus saya lakukan. Pernah berlaku satu ketika dulu kalau sesiapa yang pernah baca N3 saya bertajuk NYARIS, mengisahkan saya nak dilanggar gara2 menyiram pokok dan air siraman terkena ke kereta yang di parking dibawah pokok yang saya tanam, iaitu berdekatan dengan rumah saya.

Kali ini sekali lagi berlaku satu peristiwa yang melibatkan orang yang sama. Ceritanya begini. Semalam anak lelaki saya minta saya tolong siramkan porch sebab katanya ada air bateri. Setelah anak keluarkan kereta saya menutup gate dan mula menyiram lantai. Seorang lelaki yang saya kenali dan ibunya tiba datang terus bertanya... siapa yang punya kereta Satria. Sedia maklum dia sudah mengetahui kenapa dia masih bertanya dan kenapa tidak ke rumah orang lain saja kalau dia tidak pasti.

Disebabkan saya terpempan saya tidak terus menjawab tapi dia bersuara lagi dengan berkata Jangan nak kurang ajar dan guna otak sambil menunjukkan jari ke kepalanya sebanyak 3 kali. Selepas itu baru saya bertanya kenapa? terus dijawabnya dia LANGGAR kereta saya, (parking keretanya dibawah pokok yang sama) rasa macam terkejut sebab tak dengar ada bunyi benda yang berlanggar. Saya suruh dia beritahu sendiri pada anak saya tapi jawabnya itu anak awak. Semasa pertengkaran berlaku Mimi muncul dipintu. Setelah dia dan maknya berlalu saya sambung menyiram lantai, bila siap saya ajak Mimi untuk melihat kerosakkan kereta. Saya dan Mimi mengelilingi kereta mencari tempat yang di langgar tapi tidak ada kesan dimana2. Dari gate rumah emaknya melaung langgar dekat side mirror. Alangkah terkejutnya saya calar yang berlaku cuma sedikit garis halus besar sikit dari kuman.

Petangnya anak saya balik saya tanya ada ke dia melanggar kereta yang diparking diluar pagar. Kata anak saya bukan langgar tapi semasa dia hendak membuang abu rokok dengan tak sengaja jarinya yang memakai CINCIN tersentuh kereta. Sentuhan cincin itulah yang dikata LANGGAR.

Saya mengadu dengan hubby kalaulah mereka datang dengan memberi salam dan ajak berbincang taklah hati dan perasaan saya menjadi tertekan. Rasa malu sebab semua jiran yang berdekatan keluar dan mendengar.

Terima kasih diatas cadangan yang diberi.






Thursday, February 06, 2014

Kerinduan....

Salam...

Sudah dekat 3 minggu adik tinggal di UK, perasaan rindu sudah mula menggamit dijiwa saya. Rindu pada wajahnya, rindu pada suaranya, rindu pada gelak tawanya, rindu pada mengada2nya, rindu pada bebelan saya padanya malahan rindu segala2 yang ada pada adik. Anak bongsu sememangnya ada kelebihan tambahan pula dia lahir selepas kakak berumur 7 tahun. Kelahirannya membuatkan kami sekeluarga sangat bahagia .

Walau setiap hari saya berhubung dengannya tapi hati ini kadang2 terasa sayu dan mudah sangat air mata ini mengalir. Sebelum pemergiannya ke UK kami bersarapan bersama, berborak bersama macam2 cerita. Saya dijadikan pendengar setia walaupun kadang2 ceritanya agak membosankan. Adik suka bersungut bila saya mula membebel, menegur sikapnya yang susah sangat makan nasi. Kalau diajak makan nasi punyalah banyak alasan tapi kalau kata nak breakfast di McD atau Old Town White coffee laju aje.

Adik bercerita banyak yang dia pelajari selama tinggal disana. Belajar membuat kek, membuat gravy/ black pepper sos, buat salad, menjahit/mengait dan yang paling terbaru dia akan mengikuti class bahasa Inggeris. Katanya class dia hanya ada 2 kali dalam satu minggu. Adik juga rajin ke masjid kebetulan pula rumah anak tidak jauh dari masjid membuatkan adik mudah untuk berjemaah. Ramai teman baru yang dikenalinya disana.

Adik berbeza dengan adik beradik yang lain, dia seorang yang ceria, peramah membuatkan ramai diantara keluarga dan rakan2 suka dan lebih sayang pada dia. Adik juga senang bersama sesiapa saja termasuk dengan orang yang lebih dewasa dan dia pandai membawa diri. Semoga adik dapat menimba sebanyak ilmu yang boleh dan dapat menafaatkannya untuk diamalkan bila balik nanti.

Kongsi sedikit gambar adik...









p/s:  dapat berita ayah mertua abang saya baru saja menghembuskan nafas terakhir. AlFatihah.


Tuesday, February 04, 2014

Pilihan Tempat Makan

Salam...

Kalau sesiapa teringin nak makan nasi dagang paling sedap yang pernah saya makan ada di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Gerainya betul2 berhadapan dengan Pantai. Pagi2 lagi orang sudah setia menungu dan sanggup beratur panjang untuk makan nasi dagang disini walau pun ada terdapat digerai lain yang berhampiran.


inilah dia tempat nasi dagang paling sedap


Satu lagi tempat makan yang sedap berdekatan dengan Masjid Terapung dekat trafik light. Kalau sesiapa menginap di Prinz Hotel atau TER (Terengganu Equestrian Resort) dekat sangat dengan tempat makan yang saya maksudkan. Nama kedainya restoren norliza kalau tak silap. Berbagai jenis makanan ada dijual disini yang boleh dikatakan sedap2. Yang paling membuat saya teruja saya menjumpai sambal nasi lemak disini yang sama ada direstoren (lupa nama kedainya) yang terletak diSection 3, Shah Alam. Tak tahulah kalau tokey yang ada di Shah Alam adalah kaum kerabat yang sama. Saya terlupa nak ambil gambar kedai makannya.

Satu lagi Restoren Ulam Cikgu di Kelantan terletak dalam kampung kraftangan dan berdekatan dengan pintu gerbang Sultan Ismail Putra. Bermacam2 jenis lauk pauk, ulam dan sayur rebus ada direstoren ini. Sambalnya sudah tentulah budu. Saya suka makan ayam goreng kampung yang ada disini sedap sangat.


Gambar restoren ulam cikgu adalah ihsan dari google







Restoren kat bawah ini saya kurang puas hati sebab harganya yang terlampau mahal bagi sayalah. Semangkuk mee berharga RM16.50 untuk 2 orang makan. Rasanya taklah sedap sangat macam mee bandung aje ada sedikit telur, ayam dan 6 ekor udang yang agak besarlah.



ada beberapa cawangan

 
Inilah mee setelah dibahagi 2 


Sesiapa yang rasa tak kisah dengan harga yang sebegitu bolehlah mencuba.
 
.