Saturday, March 29, 2014

MH0001.

Salam...

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat2 aje.


Adik di KLIA


Alhamdulillah akhirnya hari yang ditunggu sudah tiba...dari jauh sudah nampak senyuman meleret. Gembira tak terhingga dapat berkumpul semula setelah berpisah lebih dua bulan. Peluk dan cium entah berapa kali. Sembang bertanya khabar sambil berjalan untuk ke tempat letak kereta. Ayat adik  membuatkan saya dan hubby terkejut. Hihi Mama... luggage adik terlebih tau. Jangan terkejut katanya. Saya jawab berapa dik? Dengan selamba dia jawab 76 pound. Kalau nak tahu berapa duit RM darabkan saja dengan 5.5. Boleh sesak nafas dibuatnya. 

Walau apa pun, saya amat bersyukur adik selamat tiba ke Malaysia walaupun flightnya delay. Agak risau juga pada awalnya tambah lagi insiden MH370 masih bermain difikiran... Semoga kita semua dalam lindunganNya. Selamat hari minggu bersama keluarga tersayang.


Monday, March 10, 2014

Tolong Doakan MH370.

Salam...

Meruntun jiwa sesiapa saja yang membaca...air mata begitu deras mengalir. Rintihan seorang anak yang mengharap mamanya akan menjawab tapi hampa. Adiknya sentiasa bertanya manakala kakak tidak ada jawapan. Yang paling melekat dihati saya dia nak bersama mamanya mengambil keputusan SPM yang tidak lama lagi akan diumumkan. Dimana mamanya????????????? Ya Allah... kembalikan mamanya dengan selamat.

Seorang ibu pula mengharapkan kepulangan anaknya untuk makan sama2. Semua sedia maklum kalau naik kapal terbang telah disediakan makanan tapi ibu ini mengharapkan anaknya pulang untuk makan bersama. Kasih ibu tidak pernah lekang dari hati seorang ibu, bila2 dan dimana saja.

Diharap semua dapat mendoakan keselamatan semua yang terlibat dalam kapal terbang MH370. Semoga doa kita didengar dan dikabulkan oleh Allah swt, inshaAllah. Amin.






p/s...Adik akan pulang tak lama lagi menaiki kapal terbang MAS. Menjadi dilema apabila abangnya meminta ditangguhkan. Saya tak pasti atas sebab kejadian yang berlaku atau sengaja dia mahu adiknya tinggal lebih lama.

Wednesday, March 05, 2014

Happy Birthday.

Salam....

Salam rindu dan salam sayang buat semua...apa khabar? saya sentiasa mengikuti cerita rakan2 semua cuma kadang2 tidak meninggalkan jejak. Seronok baca N3 rakan2 semua tapi saya sendiri malas nak mengupdate. Banyak yang nak diceritakan tapi susah nak buang penyakit malas. Nanti kalau rajin saya akan update cerita yang dah basi itu pun kalau ada orang yang nak baca hahaha....

Hari ini nak buat N3 birthday adik. Orangnya jauh tak dapat nak celebrate sama2 cuma ucapan dari jauh saja yang dapat disampaikan itu pun awal 8 jam dari waktu disana. Nak tunggu lambat sangat wish aje asal dia tahu mama dia disini sentiasa ingat akan tarikh keramat itu.

Hari ini umur adik genap 18 tahun...dah besar anak mama. Mama, baba, abang dan kakak ucapkan SELAMAT HARI JADI buat adik. Semoga adik sentiasa sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang membanggakan seisi keluarga. Mama doakan juga semoga adik sentiasa diberkati dan sentiasa dalam rahmatNya, amin.

Gambar yang dihantar cukup banyak tapi nak kongsi sebahagian saja...


Stonehenge


Trafalgar Square


Buckingham Palace bersama besan


zoo...kat belakang ada kangroo


Madame Tussauds





kegilaan adik... disana pakaian berjenama cukup murah jika dibandingkan dinegara kita.


p/s lari sikit dari tajuk....Adik terkilan sebab di Westminster Abbey tak boleh tangkap gambar, sudahlah tiket nak masuk cukup mahal. Disitu adalah tempat Lady D dan Prince William kahwin, makam Queen Elizabeth 1 Queen Victoria, tempat orang naik takhta, tempat makan saintis dunia, Isaac Newton, Chales Dicksen, King George, King Henry III. Merangkumi semua tempat monarchy diraja dari tempat naik takhta, kahwin sampailah tempat pengkebumian.


HAPPY BIRTHDAY SAYANG......