Selalunya bila hubby dah hantar saya dan angkut kain kedalam kedai dia akan tinggalkan saya, kadang2 ada pelanggan lain adalah kawan untuk berborak. Semalam kebetulan tak ada orang hanya saya seorang kat kedai tu, selepas masukkan kain 2 load kedalam machine saya pun duduk termenung.Tiba2 saya dapat satu idea ...agaknya kalau saya buat business macam ni ok tak?
Dulu... dah lama dah... saya pernah buka kedai laundry tapi bukan yang self servive, kena ada pembantu dan sebagainya, rumit sikit tapi yang untungnya ramai jadi kawan selepas menjadi pelanggan tetap. Jual kedai masa tu pun atas sebab anak sakit dan kebetulan kakak yang menjaga kedai runcit terpaksa balik ke Perak sebab dia dah beli rumah sendiri di sana. Disebabkan kedai runcit lagi mudah menjaganya saya pun lepaskan kedai laundry.
Bila dah pasang angan2 macam2 dalam kepala, berkira2... boleh buat ke, kat mana nak buka dan entah apa2 lagi. Bila hubby datang nak ambik... dah tahu timing bila dah siap... saya pun bagitaulah angan2 saya tu.Nak tahu apa jawapan my hubby ...abang tak mau lagi isteri abang sibuk2 kan diri dengan business... duduk saja kat rumah...abang boleh bagi duit. Laaa... ke situ pulak... ini bukan masaalah duit tapi saya nak sibukkan diri sebab dah lama sangat tak buat apa2. Lagi pun business tu tak memerlukan kita sentiasa ada kat kedai cuma perlu dipantau saja.
Kadang2 rasa rindu bila teringat masa dulu saya mengendalikan kedai . Masa tu anak2 diserahkan pada pembantu rumah sepenuh masa sampai ada yang pandai cakap indon.Ada masanya saya terlalu busy kat kedai sampai malam baru balik kerumah.Esoknya pagi2 dah tinggalkan anak2, ada yang masih tidur dan ada masa juga sampai 2 hari baru dapat jumpa sebab bila keluar rumah anak masih tidur dan bila balik anak dah tidur.Mungkin itu sebabnya hubby tak mau lagi saya membusykan diri dan sekarang dia mahu saya menjaga dan mendidik anak sepenuh masa.