Sebelum ni ckLah ada sentuh pasal cone heads, trend pakai tudung zaman sekarang. Terbonjol sampai kadang2 boleh melindungi pemandangan kita. Bagi yang minat berfesyen tak jadi masaalah tapi jangan lah sampai keluar dari niat kita sebenar. Memanglah fesyen sebegitu pun menutup aurat selagi tak menampakan helaian rambut.
Anak bongsu saya yang kami panggil siadik pun bertudung ala2 sebegitu tapi sanggulnya kebawah tidak menonjol keatas.Tudungnya sedemikian rupa bukan sebab trend yang diikuti tapi sebab dia punya rambut yang amat lebat dan tebal dah tu panjang pula, serupa macam rambut Alleycat. Allah anugerahkan dia rambut sebegitu rupa berbeza sangat dengan adik beradik yang lain, pernah dia tanya adakah dia anak kandung kami atau sebaliknya gara2 rambut yang berbeza.
Katanya lagi dia tidak akan sama sekali mengikut trend tudung yang ala2 cone head itu tapi disebabkan rambutnya seperti yang disebut diatas jadinya tudung yang dipakai terbentuk sedemikian rupa. Pernah juga dia cakap dengan saya kalaulah botakkan kepala tu tak salah dalam hukum dah lama dia botakkan kepalanya. Saya hormat dengan penjelasannya dan yang paling membuat saya tersentuh dia menceritakan dan menunjukkan sesuatu pada saya yang tak pernah terlintas dikepala saya sendiri.
Pernah dengar pasal Freemason ?
Ramai diantara kita membanggakan symbol2 termasuk diri saya sendiri, contohnya saya sangat2 meminati kereta volkswagen yang ada symbol VW, my hubby pula berangan dengan kereta Mercedes yang lambangnya berbentuk bintang. Ramai yang bangga dengan symbol tapi ramai tak yang tahu kita telah ditipu. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang symbol2 ni sila layari
moneyteachers.org.
Tahun lepas masa kami sama2 menonton tv rancangan AJL(2009) banyak benda2 yang dia complain tapi kami buat tak tahu aje sampailah bila ramai yang bersuara disurat khabar baru saya rasa terpana.Saya tanya dia dari mana dia tahu banyak tentang freemason jawabnya dari pembacaan. Sekali lagi dia tunjukkan saya ..boleh layari
jejaki tinggalan rasul dan satu lagi link yang boleh dijadikan panduan
perbualan dengan paderi.
Baru2 ni bila pak Latip minta cadangan dia untuk dimasukkan dalam buku yang baru nak ditulis, siadik menyarankan agar pak Latip menyentuh tentang freemason. Saya tak tahu kenapa dia mahu orang ramai faham. Percaya atau tidak kalau dia bercerita tentang benda ni sampai berjam2 dan terlalu banyak yang dia tahu yang saya sendiri banyak yang kurang tahu tapi tak ambil tahu. Bila saya fikir semula banyaknya pengetahuan anak saya seorang ni sedangkan kalau ditengok orangnya jauh berbeza. Patutlah pernah seorang cikgunya berkata ...kamu ni tak padan rupa, banyak yang kamu tahu.
Hanya Allah yang mengetahui.