Selamat bercuti buat rakan2 yang sedang melancong....
Terima kasih saya ucapkan buat rakan2 yang singgah khasnya IndaMarya, Irfa, Acik Erna, Makchaq, mamawana, azi, sal, JunAina, sitiezahim, Sue @ Nenie, saniah dan cik mid.yang sudi tinggalkan comment. Rupanya ramai juga yang prihatin tentang kenaikan barang ya...siapalah kita yang nak bersuara kan lebih2 lagi tak siapa yang nak mendengar....Pasrah ajelah...kalau terserempak dengan orang yang kurang berkemampuan kita cuba hulurkan sedikit bantuan. Mudah2an dengan bantuan yang kita hulurkan mereka juga boleh merasa apa yang kita makan.
...............................
Hubby jarang balik ke rumah kalau hari Jumaat...katanya dia lebih selesa solat Jumaat ditempat kerja.
Banyak masa terbuang ditengah jalan mana lagi jam semuanya berebut nak kejar masa. Hari ini hubby balik tentu ada sebab....masa dia buka booth kereta saya nampak banyak betul beg plastik yang besar2. Masuk rumah...Ya Allah... banyaknya barang yang dia beli...tanpa saya diberitahu terlebih dahulu rupanya dia memborong sale Harvey Norman di Citta Mall.
dapur letrik
vacuum n rice cooker
oven
Inilah kerja hubby... tanpa ada perbincangan... dia beli ikut suka dia. Bukan saya tak menghargai tapi rumah sudah jadi gudang penyimpan barang sebab ada sesetengah barang itu tidak pernah digunakan langsung dan tidak juga diperlukan sangat.
p/s...macamlah isteri dia rajin sangat buat baking segala kihkihkih...............