Friday, September 28, 2012

Tetamu Dan Rezeki

Salam...

Buat rakan2 blogger yang saya kasihi ...terima kasih buat yang sudi singgah dan meninggalkan comment. Buat Kunang-Kunang, che mid, Nieda, saniah, kakzakie, JunAina, Norhaizan hakim, azieazah, Acik Erna, Kamariah Awang, dan sal terima kasih sekali lagi atas doa yang kalian titipkan untuk Mimi.

................................................



rambutan



duku langsat



pisang nangka dan berangan

Bila pisang dah masak baru boleh buka plastiknya sebab ada ubat

Semua barang kat atas ini adalah buah tangan dari encik Daud.  Dia datang mengikut pekerja hubby yang   balik dari Terengganu. Encik Daud tinggal dirumah saya selama 3 hari. Kami bawa dia jalan2 ke KLCC, KLIA, Putrajaya, Sunway Pyramid, Shah Alam. Kami bawa juga dia makan kat restoren arab dan beberapa restoren yang lain. 

Seronok sanggt dia dan katanya walaupun dia hanya tinggal beberapa hari aje tapi jadualnya cukup padat, banyak tempat yang dia dapat pergi dan macam2 yang dia dapat makan. Alhamdulillah dia gembira membuatkan kami juga gembira dan kami amat berbesar hati sebab beliau sudi datang. Menurutnya sudah agak lama dia tidak datang ke Kl dan banyak sunggh perubahan. Saya menyarankan jika dia datang dilain masa suruh dia bawa isterinya supaya saya boleh bawa ke tempat shopping yang mungkin dia  juga suka. Hubby juga berjanji jika mereka datang nanti nak bawa pula ke Singapura sebab mereka tak pernah pergi. Malam tadi kami menghantarnya ke Station Putra untuk balik ke Terengganu. 

Semoga persahabatan ini kekal selamanya......





Wednesday, September 26, 2012

Tolong Doakan...TQ...

Salam...

Semoga semua rakan2 blogger saya sihat dan bahagia...Terima kasih buat rakan2 yang singgah kat blog saya dan juga yang meninggalkan comment...thanks alot...

Nieda ada buat n3 mengajak sesiapa yang berminat ke Vietnam...menarik sebab tak pernah pergi. Harga Rm 1600 bersih termasuk tiket dan penginapan. Sesiapa yang berminat cuma bawa duit untuk shopping. Masaalahnya saya sudah ada perancangan untuk ke Sabah bulan November ini, tiket pun telah ditempah. Dalam dilema sebab percutian dalam masa yang terdekat. Kalau saya pergi seorang dah tentu hubby tak akan bagi dan kalau nak angkut rakyat jelata perbelanjaannya tentu berganda. Mana nak cari bank yang boleh bagi  $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$.

..................................................


Hari ini dan esok Mimi akan menghadapi final exam, insyaAllah selepas ini kalau tak ada halangan dia sudah boleh meninggalkan Uni yang telah dihuninya selama 5 tahun. Dia akan menghadapi satu lagi fasa yang dipanggil chambering selama 9 bulan, selepas lulus baru dia boleh menjawat jawatan yang dipanggil peguam. Masih banyak waktu yang terpaksa ditempoh untuk bergelar jawatan yang dicita2kanya sejak sekian lama. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar, insyaAllah...Amin.

Mama doakan semoga akak lakukan yang terbaik dan mama percaya you can do .......good luck my dear.


p/s;  Nepo (kucing saya) dah keluar dari wad...alhamdulillah.

Monday, September 24, 2012

Makan2... Dan... Ziarah...

Salam...

Semalam saya menghadirkan diri ke kenduri kahwin anak jiran rumah lama. Seronok sangat macam reunion. Balik dari majlis dekat pukul 3.30, dewan pun dah mula lengang tapi kumpulan kami masih busy berborak. Yang bestnya tuan rumah pun joint the group. Walaupun sibuk dengan acara dan tetamu tapi cukup sporting. Kami berkawan dah berpuloh tahun, dah macam adik beradik.

Lagi satu yang best makanan dia memang sedap. Saya sempat ambik pamplet yang di letakkan diatas meja tetamu. Kalau kawan2 nak tahu kawan saya ni ambik katering serimayang.weebly.com. Manalah tahu kalau ada yang teringin nak mengadakan majlis. Katering dia ada banyak pakej, harga pulak memang berpatutan. Semalam makanan yang agak special ialah fresh salad dan ayam golek. Ayam tu dibakar ditepi dewan. Dulu masa adik saya buat kenduri pun buat ayam golek, ramai yang puji sedap tapi saya rasa yang ini lagi sedap, mungkin sos dia kot.

Balik dari majlis saya ke HUKM melawat mak sedara hubby sakit batu karang. Lepas itu saya makan malam pulak kat Mee Warisan Chineese Muslim diSungai Besi. Direstoren ini special mee dia sebab tokey dia buat mee kat dalam restoren tu juga. Rasa noodle dia lain dari restoren yang selalu saya makan. Sedap tapi macam biasa saya akan minta extra pedas.

Balik tu pergi pulak ke rumah jiran yang nak mengerjakan haji, dia dan suaminya akan berangkat hari ini dan insyaAllah saya akan ke kelana Jaya untuk bersama2 mengiringi beliau, mungkin penerbangannya waktu subuh. Agak lewat balik ke rumah sebab kedua2 suami isteri masih menahan kami untuk bersembang. Fikirkan hari ini adik nak sekolah dan hubby pulak nak kerja akhir nya kami minta diri untuk balik ke rumah.

Seharian yang agak sibuk....





Sunday, September 23, 2012

Bad injuries......

Salam...

Baby saya (Nepo) admitted kat klinik haiwan...bad injuries....kesian dan sedih sangatttt...............Harap2 cepat sembuh dan aktif semula.

Sedihhhnyaaaaa...

Salam...

Buat n3 ini air mata keluar sebab sedih sangat...Tadi baby saya cantik aje kan... lari sana lari sini, lompat sana lompat sini tapi petang ni apa dah jadi...


luka kat bawah telinga



luka kat belakang



Tengok apa dah jadi dengan baby saya....petang tadi balik dari Shah Alam saya dan hubby duduk kat laman, adik tak ada pergi ikut rombongan sekolah. Sambil sembang2 dengan hubby baby saya lari sana lari sini. Tiba2 dia keluar dari gate, belum sempat hubby nak ambik, dia telah dibaham kucing yang tak tahu datang dari mana. Hubby tak dapat nak halau cepat sebab kucing tu gigit kat bawah kereta jiran. Akhirnya selepas dia dapat melepaskan diri beginilah jadinya. 

Tak tahu nak kata apa...bawa kat sink cuci darah yang ada kat semua badan dia. Tak pernah berani tengok  banyak darah tapi kali ini siap cuci lagi. Lepas tu hubby pergi kedai ubat beli apa saja ubat yang sesuai untuk disapu sementara menunggu esok. Nak bawa ke klinik semua dah tutup, harap2 baby dapat bertahan. Wajib bawak esok takut kena jangkitan kuman. Kawan2 semua tolong doakan untuk baby saya ya...saya dah sayang kat dia, terima kasih...


Saturday, September 22, 2012

Baby Baru....

Salam...

Saya ada baby baru untuk dijaga, wajahnya comel, punya dua colour, hitam dan putih, ekornya pendek dan sedikit kembang. Saya suka walaupun pada awalnya saya menolak takut kalau saya keluar tak ada orang nak jaga, saya jenis yang suka berjalan. Kalau berjalan balik hari boleh lagi tapi kalau bermalam kenalah sewakan dia hotel (animal nursery). Bukan sebab tak sayang tapi terlalu sayang takut hilang entah ke mana.

Sebenarnya saya dah malas nak menjaga sebarang pets sebab setiap kali saya dah sayang mesti ada sesuatu yang terjadi samada hilang atau pun mati. Kalau dah jadi begini saya akan menangis berhari2. Pernah dulu saya membela seekor kucing yang saya panggil Tom mati dilanggar hubby. Saya jumpa dia kat hospital masa nak buat rawatan anak, dia duduk kat bawah kereta, masa tu kecik lagi.

Saya bawa balik dan jaga dengan penuh kasih sayang. Bila dah besar bulunya sangat gebu dan cantik. Satu perangai dia suka sangat bermain kat bawah kereta terutamnya kat tayar. Satu pagi hubby dapat panggilan telepon terus start engine dan reverse, si abang menjerit, saya pun pergi ke muka pintu. Saya nampak dia berlari ke arah saya terus terbaring dan mengeluarkan najis. Tanpa berlengah saya masukkan ke dalan sangkar terus masuk dalam kereta dan bawa dia ke klinik. Dengan air mata yang berjurai2 minta doktor tolong selamatkan dia, tapi doktor tu kata dia bukan doktor haiwan. Disebabkan kesian bila tengok saya menangis doktor tu terus  merawat. Sayangnya Tom pergi juga buat selama2nya. Saya menangis berhari2 dan selepas itu saya tak nak menjaga sebarang kucing lagi.

Ini dia baby baru saya...............









Anak kucing ini hubby bawa dari tempat kerja dan belum lagi bagi nama  Nak tanya anak2 dulu apa nama yang sesuai. Hubby bagi nama dia Nepo sebab sebelum ini dia dijaga pekerja Nepal. Sesuai tak?


Friday, September 21, 2012

Dah Hilang...Nak Buat Macamana

Salam...

Apa Khabar rakan2 blogger saya...harap semuanya sihat walafiah hendaknya...Terima kasih buat semua yang membaca blog saya khususnya yang meninggalkan comment. Buat kasihibu, kakzakie, saniah, sal, ainnoraini, pB, Acik Erna dan Kamariah Awang terima kasih sekali lagi.
Kisah itu menjadi pengajaran pada saya supaya lebih berhati2 dan saya berharap semoga kita semua dikuatkan iman dan sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan.

.....................


Masa pergi Giant tempohari saya pakai spek, selalunya kalau nak membeli barang saya akan memakai spek tujuannya nak tengok tarikh barangan yang dibeli. Lepas pergi Giant pergi pulak ke pasar malam sebab nak mencari buah. Balik ke rumah keluarkan h/p dari handbag sebab ada mesaj masuk. Cuba cari spek tapi tak ada. Keluar rumah cari kat kereta kalau2 ada terjatuh tapi hampa.

Masa tu hubby dah pergi surau nak solat Isyak. Bila hubby balik ajak pergi Giant dan pasar malam semula kalau2 spek tu ada tertinggal kat sana. Puaslah saya mencari ditempat2 yang saya lalui dan singgah tapi memang tak jumpa. Balik rumah rasa kecewa sangat sebab tanpa spek memang saya tak dapat membaca. Kalau nak buat spek baru tentu ambil masa juga akhirnya pakailah spek lama yang pernah diguna sebelum beli spek yang hilang. Alhamdulillah boleh jugalah saya membaca walaupun tak berapa jelas sebab spek ini powernya tak berapa tinggi.

Nak tak nak minggu ini kenalah buat spek baru.


Kat bawah ini roti kukus recepinya saya ambik dari blog cikmanggis. Saya buat sambal sardine untuk cicahnya, memang sedap. Terima kasih buat cm sebab sudi kongsi recepi.


belum dikukus

dah masak

sangat gebu


Thursday, September 20, 2012

Alaaahai...Begitu Rupanya.

Salam

Terima kasih buat semua rakan2 blogger saya kerana masih sudi membaca cerita2 saya.

..........................................


Alaaahai...............Tak jujur rupanya dia...beriya iya mengajak kita datang ke rumahnya...rupanya dia sengaja nak menunjukkan kemewahan yang dia ada. Tak apalah... saya bersyukur dengan apa yang ada pada saya asalkan rezeki yang diberikan hubby setiap bulan adalah hasil dari keringatnya. Saya tak perlu kaya dan senang hanya didunia tapi kalau boleh saya nak kaya di sana juga, itu pun kalau saya masih mampu melakukan bekalan sebanyak mungkin untuk ke sana nanti, insyaAllah dengan izinNya. Amin.

Wednesday, September 19, 2012

Ole-Ole...Lagi Dan Lagi

Salam...

Semoga semua rakan2 blogger saya sihat dan bahagia disamping keluarga tersayang. Terima kasih pada yang meninggalkan comment tapi maaf saya pinta sebab tak sempat membalasnya. Ramai yang memuji dan minat dengan balang kuih saya tu...cantik ke? saya suka sebab ada perkataan cookies kat balang tu lepas tu ada bakul dia sekali, senang nak angkat.

Teriam kasih buat Norhaizan hakim, mamawana, Acik Erna, saniah, azi, ainnoraini, Mulut Payau, Kamariah Awang, Lady Lavender, azieazah, ibundo, Kunang Kunang, C' jai, Deru Ombak, sal dan semua yang singgah di blog saya.



Ole-ole dari Uk..............



key chain

fm

 fm

fm

fm

beg...boleh isi make up

2 helai T-shirt untuk Mimi dan adik

Buah tangan dari Isha yang dah pun kembali ke tanah air setelah tamat pengajian dari luar negara. Sebelum dia kembali ke M' sia sempat melawat ke beberapa buah negara. Ke mana saja dia menjejakkan kaki tak lupa membelikan untuk saya FM. Syukur alhamdulillah dan terima kasih banyak2 semoga Isha bahagia dan berjaya dalam apa jua bidang. Doa auntie juga semoga Isha bertemu jodoh dengan orang yang baik2. Amin.


Saturday, September 15, 2012

Berakhirnya Syawal...

Salam...



 

Tiga kali pengisian, kali ke 3 biskutnya masih berbaki. Selepas ini mangkuk kuih ini akan disimpan dan untuk Hari Raya Haji mungkin tak digunakan sebab selalunya saya tak buat atau order biskut. Kalau ada pun cuma kek dan makanan yang berat2. Lagi pun Hari Raya Haji tak semeriah Hari Raya Puasa.

Setiap tahun mangkuk ini akan diisi dengan kuih dan diletakkan diatas meja buat penyeri. Tetamu tak berapa nak makan biskut dan tahun ini pula kebanyakan tetamu yang datang saya jamu dengan makanan yang berat, seperti makan nasi. Senang sikit sebab diorang bagitau terlebih dahulu masa nak datang, bolehlah buat persiapan.

Perasaan?....seronok dan gembira bila dapat feedback dari tetamu yang hadir... tak habis2 mengucapkan terima kasih, lain kali nak datang lagi, best kata mereka...tak tahu apa yang best. Sedih pulak rasanya sebab Syawal akan berakhir.

Yang kat bawah ni pulak atas cadangan Acik Erna...Durian yang berbaki saya buat bubur dicampur dengan kacang hijau. Separuh dari bubur tu saya sedekahkan pada jiran.


bubur durian + kacang hijau





Thursday, September 13, 2012

Maaf...Bukan Sengaja Nak Tayang....

Salam...

Saya tergelak bila ramai rakan2 mengatakan tangan saya sejuk, ini bermakna apa yang saya tanam semuanya boleh hidup tapi mungkin ada yang tak tahu kalau jenis pokok buah2an atau sayur2an susahnya nak hidup. Bubuhlah apa baja sekali pun pokoknya macam segan nak hidup apa lagi nak subur.

Terima kasih buat Acik Erna katanya tangan saya sejuk, iye ke?, thanks JaSSNaNi sebab sudi singgah kat blog saya, mungkin sebab bukan musim durian pB dah lama tak makan durian kot hehehe..., Kakzakie kata saya hebat, baru tanam pokok dah berbunga dan teringin nak makan durian. Kata azieazah pula, dahan dan daunnya sikit tapi dah mengeluarkan bunga...kak Zai amalkan berzikir dan bercakap bila menanam pokok.

Kamariah Awang dan ieda pun suka bunga raya, boleh jadi satu geng ni, kesian saniah... bila tanam pokok selalunya mati, cuba ikut petua kak Zai, mana tahu bila dah cuba menjadi pulak. Kesian kat Lady Lavender teringin nak makan durian, sayangnya jauh diperantauan kalau tidak kak Zai boleh belanja, insyaAllah akan di buang. Alhamdulillah saya sihat2 aje cikmanggis, betullah... durian siam ni isinya tebal dan puas makannya, buahnya 2 biji aje tapi isinya satu pinggan besar.

Azi... cuba ikut petua kak Zai, pokok yang baru ditanam, hari2 siram dengan air beras lepas tu bercakaplah dengan pokok tu macam kita berborak dengan anak2, InsyaAllah pokok akan hidup. Deru Ombak suka juga bunga raya tapi belum ada yang berwarna putih, sama macam saya baru dapat dari orang Terengganu. Nieda...dah jadi hobi kak Zai... berkebun... itu sebabnya tulang belakang jadi bengkok hehehe....

Gambar kat bawah ni adalah isi durian tempohari. Buahnya cuma 2 biji tapi isinya banyak, tebal dan besar2. Saya minta maaf tayang kat sini, ada rakan yang nak tengok isi dalamnya. Kalau yang kaki makan durian tentu tergoda kannnnnnnnn.....Ya ampunnnn............


warnanya macam kunyit...kuning


setiap ruang isinya penuh

rasanya lemak tapi tak berapa manis


 tebal kan isi dia

tak habis... kena simpan dalam fridge


Sejujurnya saya tak pernah beli durian siam sebab di Kl boleh dikatakan sentiasa ada jual durian biasa cuma kalau bukan musim harganya agak mahal. Mungkin lepas ini saya akan beli buah durian siam sebab isinya cantik dan puas makan.

Tuesday, September 11, 2012

Di Sebalik Hampa Ada Keriangan

Salam...

First nak ucapkan ribuan terima kasih atas simpati khasnya buat Lady Lavender, Kamariah Awang, Kasihibu, duniafana, azi, makchaq, saniah, azieazah, acik Erna dan Nur-nba. Saya dah cuba berhubung dengannya sebelum ini tapi katanya dia telah pun menggunting semua kain yang dihantar. Saya sedia maklum memang sebelum ini pun dah jadi style dia menggunting kain sebanyak mungkin supaya dia senang untuk menjahit. Saya ada juga bertanya kat tempat lain tapi masaalahnya tak diterima kain yang telah dipotong sebab kalau ada masaalah berlaku tak mahu dipersalahkan. Jadinya saya terpaksa akur untuk menerima bila saja baju itu siap walaupun mengambil masa yang agak lama.


Kita lupakan dulu cerita baju.....

Bunga yang kat bawah ini adalah bunga raya yang diberi tealady masa saya ke Terengganu tempohari. Pokoknya dah mula hidup dan mengeluarkan bunga yang dahannya masa dipotong dah ada kuntum. Hari2 saya siram dengan air beras membuatkan pokoknya tidak layu langsung. Dahan yang dikerat2 saya jadikan 2 pasu.


bunga raya putih




Yang kat bawah ini pula buah durian bangkok kiriman dari cik Daud, kebetulan ada kenalan di Terengganu yang nak datang ke Kl, dia pun mengirimkan 2 biji durian yang agak besar saiznya. Menurutnya lagi buah durian itu kena simpan 3 atau 4 hari baru boleh dimakan. Terima kasih banyak2 dan syukur dengan rezeki yang dianugerahkan.



 durian bangkok

Saturday, September 08, 2012

Hampa, Sedih, Sakit Hati...

Salam...

Terima kasih buat azi, kakzakie, kasihibu, Nieda, makchaq dan Lady Lavender atas ucapan dan doa. Semoga doa2 yang dititipkan mendapat rahmat dan di kabulkan oleh Allah swt. Amin.

N3 luahan rasa...............

Lebih kurang seminggu aje lagi bulan Syawal akan berakhir, tetamu kunjung mengunjungi dah tentu memakai baju raya atau mungkin ada yang dah memakainya berulang kali tapi tidak bagi Mimi. Sebelum puasa saya dan Mimi ke rumah tempat saya membuat baju (bukan yang ada masaalah dulu). Nak jahitkan dua pasang tapi kata yang menjahit dia hanya boleh jahitkan sehelai saja dan yang satu lagi boleh siap selepas hari raya. Kami bersetuju sebab masa tu kalau tak silap lagi seminggu dah nak berpuasa. Kainnya dah lama beli tapi Mimi tak ada cuti untuk balik ke rumah untuk mengambil ukuran.

Tunggu punya tunggu tak ada talipon sampailah sehari sebelum menjelang raya. Saya yang cal tanya pasal baju Mimi, katanya dia tak boleh siapkan sebab nak buat baju anaknya. Katanya lagi baju yang dah dijahit sebelum itu dah dipakai. Punyalah hampa tak tahu nak cakap apa, akhirnya saya memujuk Mimi untuk membeli baju ready made saja. Mimi menolak katanya dia boleh pakai baju lama tapi ibu mana yang sanggup tengok anaknya memakai baju lama untuk hari raya. Petangnya hubby memujuk lagi dan akhirnya dia bersetuju. Masa tu pulak saya tengah sibuk memasak juadah untuk hari raya jadinya Mimi pergi dengan baba dia. Alhamdulillah dia dapat mencari yang sesuai, cantik tapi bukan baju kurung, dia beli jubah.

Seminggu selepas raya saya cuba cal lagi untuk bertanyakan kalau ada yang siap, sekali lagi hampa, pada hal kalau nak diikutkan dia balik ke kampung malam raya dan balik ke Kl semula hari ke tiga. Masa saya balik dari Ipoh dia dah pun ada dirumah ini bermakna dia balik waktu tengahari. Kalau nak dikatakan sibuk tak tahulah sebab saya tak nampak pun ada tetamu yang datang ke rumahnya sebab gate saya bertentang dengan rumah dia.

Saya pun tak tahu apa alasannya sampai baju yang dah dekat dua bulan tak dapat disiapkan. Mimi pulak dah merajuk, dah tak minat dengan baju tu tapi sayang pulak sebab kainnya saya beli agak mahal. Nak juga ke rumahnya tapi pintu asyik bertutup sedangkan selama ini rumahnya sentiasa terbuka untuk menerima tempahan.


Thursday, September 06, 2012

Adik... Owhhh... Adik

Salam....

Semoga semua rakan2 blogger sihat walafiat dan terima kasih pada yang sudi singgah terutamanya yang meninggalkan comment, Acik Erna, Pn Kartini, Lady Lavender, saniah, aNIe, Nieda, makchaq, Kamariah Awang, mummy Akmar, kakzakie, azi dan ummu. Terima kasih banyak2 semoga persahabatan kita terus berkekalan.

kelmarin kat sekolah adik ada jamuan hari raya, pergi sekolah pun pakai baju raya. Pukul 1.30 adik cal saya...  adik kata nak beraya ke rumah kawan. Lebih kurang pukul 4 petang adik balik bersama seorang kawan. Nampak kat tangan dia ada beg plastik, saya tanya apa yang dia bawa balik, katanya barang dia.

Malam tu ada tetamu datang beraya ke rumah, bila tetamu dah balik adik serahkan beg plastik yang dia bawa balik petang tadi pada saya. Saya tanya apa benda ni... adik jawab hadiah hari jadi mama. (Esok 7hb September hari jadi saya yang ke 50 an... hehehe...dah tua dah). Adik suruh saya buka  tapi sebelum tu saya tanya apa hadiahnya, kata dia ikan pekasam kihkihkih...mentang2 mama dia suka makan ikan pekasam tapi harus berhati2 sebab ada b/p.

Bila saya buka wrapping hadiah tu alangkah terkejutnya tapi kontrol air mata, terlalu terkejut dan tak diduga. Saya tanya... kenapa adik beli benda ini untuk mama? kan ke harganya mahal, habislah duit raya adik, jawab adik... duit raya adik banyak...adik beli pun sebab mama boleh pantau hari2 b/p mama, kan ke kita selalu bergaduh... bertentang pendapat. Masa adik beli benda ni pun promoter kat farmasi terkejut, katanya.

Farmasi...Nak cari apa? 

Adik...??????

Farmasi...boleh bagi IC.

Adik...boleh.

Farmasi...awak masih budak kenapa nak beli benda ini? untuk siapa?

adik...untuk mak

Farmasi... banyak duit awak...mana dapat?

Adik... duit raya.

Farmasi...banyak ke duit raya yang awak dapat?

Adik...banyak... mak saya pun bagi rm100.

Farmasi...owh...tapi kenapa awak nak bagi hadiah benda ini?

Adik...senang mak saya nak chek dia punya b/p.

Farmasi... kenapa mak awak tak beli?

Adik...mak saya degil... dia lebih suka beli handbag. Saya nak bagi benda ni pun sebab selalu bergaduh dengan mak.

Farmasi...bergaduh pasal apa?

Adik...mak saya selalu membebel pasal pelajaran, exam dah dekat dan macam2 lagi.

Farmasi...awak ambik SPM tahun depan kan?

Adik...sebab tulah mak saya selalu bising.

Farmasi...tentu mak awak orangnya bijak kan.

Adik...tak...biasa2, surirumah aje.

Farmasi... geleng2 kepala sambil senyum. Barang dan duit bertukar tangan....

Dah habis ceritanya saya tergelak sambil peluk2 dengan adik, gembira tak terkata dianugerahkan anak yang sangat2 menyanyangi dan ambil berat tentang saya. Syukur alhamdulillah...Kadang2 bila dah terjadi macam ini barulah tahu kesilapan kita sebagai ibu yang terlalu cerewet. Memaksa anak membuat persedian dari awal tapi sebenarnya mereka lebih tahu apa yang diaorang lakukan. Maafkan mama sayang....sebenarnya mama nak adik berjaya dalam semua bidang termasuk ilmu dunia dan ilmu akhirat.

Thank you for the present sayang.......

Inilah dia hadiah yang adik belikan untuk saya...




1st reading menggunakan present adik.


p/s: baru aje dapat wish hari jadi dari JB, anak bujang saya...