Tuesday, January 16, 2018

Booth di Subang Parade

Assalamualaikum kawan2 semua.
Nak cerita pengalaman 2 hari berniaga di Subang Parade. Sabtu dan Ahad lepas saya dan anak menjual tudung di shopping komplex Subang Parade. Kami menyewa booth untuk 2 hari.

Selain dapat pengalaman berniaga dapat juga saya berjumpa dengan pelanggan secara personal. Selalu hanya melalui alam maya saja. Ada juga yang bertanya bila stock baru akan sampai. Saya tak dapat berjanji sebab semua tudung2 tu didatangkan khas dari Turkey. In shaa Allah kenalan saya akan menghantar secepat yang mungkin.

Ini gambar booth yg saya sewa.



Thursday, January 11, 2018

Hellooo....

Assalamualaikum... Lamanya saya tidak mengupdate blog. Penyakit M datang melanda. Sekarang saya lebih senang dengan insta tak payah mengarang cerita cuma masukkan gambar. Walaupun saya tidak lagi berblog tapi sesekali masih juga membaca cerita2 dari kawan2 semua cuma tidak meninggalkan jejak.

Saya nak kongsi dengan kawan2 kalau sesiapa yang teringin menggunakan tudung dari Turkey saya dan anak ada jual. Saya mendapat seorang kenalan semasa melancong ke Turkey.  Beliaulah yang mencadangkan supaya saya mencuba berniaga barang2 dari Turkey. Setakat ini saya baru ada shawl, tudung bawal dan rug. Kebanyakan design tudung mempunyai ciri2 ottoman.

Kepada yang ada insta bolehlah pergi ke ottoman.bazaar.










Ini shawl yg masih ada.




Ini tudung bawal bidang 40


Ini rug.. Ukuran 1.4 x 1.4 meter. Boleh buat hamparan atau alas meja kerusi 4 biji.