Assalamualaikum...
Petang khamis hubby cal dari office katanya nak pergi Subang Jaya Medical Centre nak buat chek up. Mulanya saya ingat nak melawat manalah tahu kalau ada keluarga atau kawan2 yang warded. Saya tanya kenapa tak pergi ke klinik macam biasa kalau tak sihat. Katanya dia dah pergi klinik tp doktor bagi surat untuk jumpa doktor pakar.
Saya cakap dengan hubby Kalau dia boleh memandu ambik saya kat rumah boleh temankan dia kat hospital nanti. Dalam kereta baru hubby cerita pagi tu ada darah keluar dari mulutnya. Dia ingat mungkin dari gusi atau gigi. Pergi kerja macam biasa sampailah petang tu keluar lagi. Mungkin dia takut saya risau dia tak bagitau lebih awal.
Sampai hospital pergi dekat emergency terus jumpa doktor tak payah ambik number. Doktor check macam2 termasuk buat x-ray. Bila dah dapat gambar x-ray doktor cakap suspect tumor dalam paru paru. Bergegar otak saya mendengarnya air mata mula nak bertabur. Disebabkan hari dah petang doktor pakar paru paru dah balik kena datang ke esokkan harinya.
Sepanjang jalan masa nak balik saya menangis sampai hubby cakap tak payah nak risau doktor baru suspect. Hati mana yang tak risau sebab sebelum ini hubby tak pernah nampak ada penyakit. Malamnya pulak saya tak boleh tidur takut nak dengar penerangan dari doktor esoknya.
Lepas solat subuh saya cepat2 buat kerja rumah dah siap kat dalam pergi ke luar pulak siram pokok2. Dah siap semuanya saya mandi dan bersiap. Macam saya pulak yang nak jumpa doktor. Sampai kat hospital terus nurse panggil masuk bilik doktor pakar. Lagi sekali doktor check seluruh badan hubby. Bila dah selesai sesi penerangan pulak. Masa ini tangan dah mula sejuk dan gigil. Hubby duduk sebelah doktor manakala saya berhadapan dengan doktor.
Doktor india berusia 76 tahun mesti dah expert dengan perasaan patients dan pasangan. Dia mula senyum dan beritahu tidak ada tumor atau yang seangkatan dengannya. Rasa nak sujud depan doktor mulut tak berhenti mengucap syukur dengan keputusan. Menurut doktor punca...ROKOK membuatkan banyak kahak yang tersumbat. Bila dah banyak ia mula berdarah. Doktor menasihatkan supaya hubby berhenti merokok.
Kegembiraan yang tidak terhingga sampai air mata mengalir sambil cium tangan hubby (adengan dalam kereta). Terima kasih Allah. Syukur alhamdulillah.