Pejam celik pejam celik esok sudah bulan May dekat setengah tahun buat 2013.dan esok juga semua orang menyambut hari pekerja tak kira kerja apa termasuk yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut hari pekerja buat semua yang ada dimuka bumi ini.
Terima kasih buat yang sudi singgah diblog saya terutamanya yang meninggalkan comment.
...............
Entah kenapa sejak akhir2 ini saya suka sangat membaca semula buku2 tulisan Abdul Latip Talib. Boleh dikatakan setiap buku yang ada dirumah saya ulang baca. Buku2 ini adalah kepunyaan adik dan ada diantaranya pemberian dari pak Latip buat adik. Terima kasih buat pak Latip kerana sudi menjadikan adik salah seorang kenalan yang agak rapat.
Bulan ini saya dapat membaca semula buku Bilal bin Rabah, Umar Al Khattab, Salahudin Ayubi dan Mustaffa Kamal Ataturk. In Shaa Allah dengan izinNya saya akan terus mengulangi membaca buku2 yang ada dalam simpanan. Selepas itu mungkin ke kedai buku untuk menambah buku2 yang sedia ada.
Mula2 baca dulu saya tidak dapat merasakan kesan sejarahnya dalam diri saya tapi bila saya ulang membacanya rasa keseronokkan untuk mengetahui lebih lanjut cukup mendalam. Saya mula dapat merasakan bagaimana jati diri insan2 yang berjuang kerana Allah swt. Mereka sanggup melakukan yang kadang kalanya diluar jangkaan kita contohnya seperti apa yang dilakukan oleh sahabat yang bernama Abu Dujanah yang sanggup merelakan dadanya dipanah oleh musuh2 untuk melindungi Rasul kita. Begitu juga yang terjadi pada Abu Ubaidah al- Jarah yang sanggup mencabut anak panah dengan giginya dari rahang Rasulullah menyebabkan beberapa batang giginya tercabut.
Perjuangan para sahabat begitu gigih sekali dan mereka tidak tahu penat dan sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan Islam. Jika di bandingkan dengan keluarga atau apa saja bagi mereka Islam adalah segala2nya. Zaman itu Islam gilang gemilang dimerata dunia, banyak negara2 yang ditakluki dan Islam dapat disebarkan dengan meluasnya. Ramai pahlawan2 yang gugur syahid dan nama mereka jadi sebutan buat generasi sekarang dan akan datang, In Sha Allah.
Sebahagian buku2 Abdul Latip Talib yang ada dalam simpanan. Ada beberapa buah buku yang dipinjam rakan2.
buku2 Pak Latip
tujuh buah buku membentuk sebilah keris