Friday, April 12, 2013

Indah Yang Tidak Ada Tandingnya...

Salam...

Kepingin hati ini bila tengok ramai jiran yang berjubah putih atau hitam dengan beg besar melangkah keluar dari rumah dengan hati yang amat gembira. Berkata hati ini bila pulak giliran saya untuk ke SANA. Walaupun saya sudah pernah pergi tapi hati ini sentiasa merindui. Masih menunggu giliran untuk melakukan yang wajib ( haji) jika diizinkanNya.




Kelmarin bersalaman dan berpelukan dengan jiran depan rumah yang pergi membuat umrah. Tak tahu kenapa hati ini begitu tersentuh sampai menitiskan air mata. Seronok melihat beliau suami isteri dapat pergi sebab sudah lama mereka impikan. Tahun lepas beliau telah menerima surat mengatakan  dapat pergi mengerjakan haji tapi malangnya disaat akhir dibatalkan. Hampa setelah segala persiapan sudah di lakukan. Mungkin belum waktunya mereka menjadi tetamu Allah dan disebabkan kekecewaan mereka membuat keputusan untuk melakukan umrah sahaja. Siapa tahu dengan izinNya tahun ini niat mereka untuk mengerjakan haji di makbulkan. Amin, In Shaa Allah.

Sesiapa saja kalau sebut Mekah dan Madinah tentu merasa rindu terutamanya bagi yang pernah pergi. Masih terbayang keindahan dan ketenangan setiap pelusuk yang dilawati. Hati menjadi tenteram dan shahdu melihat kesan2 sejarah dan yang paling asyik apabila melihat dan berada didalam Masjid Nabawi dan Masjidilharam. Tidak ketinggalan juga setiap masjid yang ada disana yang punya sejarah tersendiri membuatkan hati bertambah rindu.

Gambar dari google

Kaabah

Masjid Nabawi

INDAHNYA... RUMAH MU YA ALLAH...membuatkan hamba2 Mu sentiasa rindu.

9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Siapa pun akan merinduinya Kak Zai. Sekarang ni masjid nabawi seluruh sermbinya dah ada payung Kak Zai. Masjidlharam pun sekarang terus-terusan ditambah-baik. Kalau dulu selepas tawaf nak saei terus naik tangga sikit tiba Sofa tapi sekarang kena masuk dari tengah-tengah Marwah lalu patah balik utk ke Sofa.

Kakak yg baru seminggu pun dah rindu Kak Zai..

lady lavender said...

In Shaa Allah impian setiap umat Muhammad. Sekurang-kurangnya k.zai dah jejak kaki ke sana. Harap masa saya & keluarga akan tiba juga. Ameen..

Nieda Ramly said...

Kak Zai, saya juga on the way...doa2kan . In sya Allah.

IndaMarya said...

tahun lpas saya tk kesampaian menunaikan haji.tahun ni buat rayuan lagi.moga Allah prkenankan..

sekadar satu coretan said...

saya pun bila dgr org cerita dan lihat keluarga dan kawan2 pergi tanah suci...hati ini mcm meronta2 nak pergi kesana jugak...

in shaa allah ada rezeki dan sihat tubuh badan kita akan sampai jugakkan...cuma berdoa pd Allah agar kite dipermudahkan segala2nya...

sekadar satu coretan said...

saya pun bila dgr org cerita dan lihat keluarga dan kawan2 pergi tanah suci...hati ini mcm meronta2 nak pergi kesana jugak...

in shaa allah ada rezeki dan sihat tubuh badan kita akan sampai jugakkan...cuma berdoa pd Allah agar kite dipermudahkan segala2nya...

saniah said...

Memang teringin sgt nak pergi...insyaAllah..tiap masa berdoa moga diperkenankanNya...

Bunda_nora said...

InsyaAllah suatu hari sampai lah tu..

Kamariah Awang said...

Ma pun R.I.N.D.U.... Rindu sangat2, Zai....