Tuesday, April 16, 2013

Bougainvillea...

Salam...

Rasanya ramai diantara rakan2 yang sukakan bunga ...tak kiralah sama ada pokok bunga yang jenis berdaun atau pun yang berbunga. Kalau pokok bunga jenis berdaun tidak susah sangat untuk menjaganya sebab ia tak perlukan baja untuk bunga cuma bubuh baja untuk pokok aje manakala pokok yang berbunga kena bubuh baja bunga selain baja pokok. Bila dah dibaja dan disiram tentu mengeluarkan bunga yang cantik.

Masa saya baru pindah ke rumah sekarang ramai jiran yang menanam pokok bunga kertas, macam2 warna ada. Saya pula lebih suka menanam orkid sebab bunganya tahan lama berbanding dengan bunga kertas. Lama kelamaan bunga kertas tidak banyak lagi kelihatan sudah digantikan dengan bunga orkid. Disebabkan masa itu saya sudah banyak tanam orkid teringin pulak nak menanam pokok bunga kertas.

Ajak hubby ke Sungai Buluh untuk membeli anak2 pokok. Masa itu kalau tak silap saya dapat rm5 satu pokok ianya ditanam dalam polly bag. Sekarang pokok2 itu dah besar dan tinggi sengaja saya tak trim sangat untuk menampakkan kecantikan bila pokok itu berbunga. Saya tak berapa pandai untuk membentuk jadi bonsai. Masaalah yang dihadapi bila bunga mula gugur terpaksalah selalu menyapu kalau tidak bunganya akan terbang ke rumah jiran.










6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau halaman besar memang cantik taman kak zai. Rumah kakak halamannya secoet tak boleh.

Cantik bila dah banyak bunga kalah daunnya - sukalah kakak tengok kak zai:)

pB said...

anak pB satu sekolah dengan anak kak zaitun ker ??

semalam dia pun cerita pasal kematian yang melibatkan pelajar dan guru ...

JunAina said...

Kak Zai...ada jugak yang depa buat cantuman tunas satu pokok ada 5-6 warna.

IndaMarya said...

bila dah habis bunga cepat2 trim ranting tu, nati akan berbunga lagi banyak.
baja letak 2 minggu sekali.

Nieda Ramly said...

memang sejuk betul tangan kak zai menanam.semua pokok rajin berbunga.

selain merah saya juga suka tengok bunga kertas warna putih. Sekali dia berbunga tak nampak daun.

saniah said...

Ishh lawa lawa bunga kertas kaan..sy ada gak tanam tapi sekarang berbunga daun je hahaaa..tak rajin nak bubuh baja bunga :))