Salam...
Lamanya saya tak ke BSN (Bank Simpanan Nasional) ada urusan yang harus dilaksanakan. Macam big projek aje kan hehehe...Kebetulan anak lelaki saya ada kat rumah minta tolong hantarkan saya tak payahlah saya drive sorang2. Nak cari parking pun bukan senang kalau waktu pejabat selalunya kereta berderet2.
Saya masuk sorang ke dalam bank tak ramai sangat orang. Bukan macam bank yang selalu saya pergi sentiasa penuh. Kebanyakkan yang ada didalam budak2 sebaya dengan adik. Sudah tentu tujuan kami sama. Bila nak ambik nombor terpandang dua orang classmate adik, sempat berborak dan mereka bertanya khabar adik sementara menunggu giliran dipanggil.
Tujuan saya ke BSN adalah untuk mengambil nombor upu untuk kemasukkan ke pengajian tinggi buat adik. Memandangkan hubby agak sibuk saya disuruh untuk mengambilnya. Bukan susah pun cuma isi borang lepas itu bayar RM10.60. Tak lama menunggu semua urusan selesai. Petangnya cal adik bagitau saya sudah pun uruskan.
Thursday, January 30, 2014
Tuesday, January 28, 2014
Kelantan & Terengganu.
Salam...
Rabu lepas saya ke Kelantan jalan2 bersama hubby. Tinggal tiga hari disana lepas itu ke Terengganu pulak selama dua hari sebab hubby ada meeting. Kalau pergi ke negeri Kelantan tak sah kalau tak masuk Pasar Siti Khadijah. Banyak kain ela batik yang cantik2 untuk dibuat baju kurung. Tak lupa juga beli baju kaftan dan kain batik sarung walaupun jarang2 digunakan sebab tak pandai nak ikat hihihi...
Malamnya pergi ke Wakaf che Yeh beli seluar untuk basahan dan beli juga serunding, kekacang yang banyak dijual. Kali ini tak pergi ke Rantau panjang sebab hubby kata pasarnya baru terbakar dan ditenggelami banjir. Jadinya kami ke Pengkalan Kubur tapi disini kedainya tak banyak, barang2 pula tak banyak pilihan macam di Rantau Panjang. Saya masuk ke kedai pinggan mangkuk tapi harga tak jauh beza dari harga yang dijual diKL. Begitu juga bahagian coklat harganya lebih kurang sama aje. Tidak menghampakan saya beli coklat Daim dan Nougat.
Masa nak ke Terengganu hubby ikut jalan laut, dekat Setiu singgah cuci mata sebab nampak ada satu nursery yang banyak menjual pasu. Bukan nak beli pun sebab dalam booth sudah penuh dengan barang2 yang dibeli di Kelantan. Sebaik masuk banyak sangat bunga orkid, bila ditanya harganya tersangatlah murah. Apa lagi saya borang sepuloh pokok, nasib baik tidak ada penumpang untuk seat belakang. Saya balut batang orkid dengan surat khabar lepas itu masukkan dalam plastik kemudian siram dengan air. Minta izin untuk membawa semua pokok orkid masuk ke dalam hotel dan letakkan dalam bilik air. Alhamdulillah bila sampai dirumah semua pokok orkid segar setelah saya siram berkali2.
Gambar ini diambil setelah sampai di rumah.
p/s; Adik sudah seminggu berada di UK, nampaknya dia sangat gembira. Ahad lepas pergi jalan2 ke Southampton dan minggu depan pula nak ke Madame Tussauds, London.

nougat famous di Australia

Bertambah lagi koleksi orkid saya huhu...
p/s; Adik sudah seminggu berada di UK, nampaknya dia sangat gembira. Ahad lepas pergi jalan2 ke Southampton dan minggu depan pula nak ke Madame Tussauds, London.
Sunday, January 19, 2014
Penerbangan Adik ke London
Salam...
Kalau sebelum ini saya sangat risau untuk melepaskan adik pergi jalan jauh sorang2 tapi bila sudah sampai masanya semua berjalan dengan baik. Alhamdulillah pagi tadi saya sudah menghantar adik ke KLIA untuk terbang ke UK. Walaupun dia juga agak risau tapi akhirnya kami semua amat gembira sebab dia di escort sampai masuk ke dalam kapal terbang macam VIP. Masa boarding adik diminta menunggu dibahagian hadapan sekali dan adik juga orang yang pertama masuk ke dalam kapal terbang.
Syukur alhamdulillah semua telah selamat dan In sha Allah adik akan sampai pada pukul 4.15 petang waktu London. Saya harap adik akan selesa tinggal disana dan dia dapat menafaatkan waktu selama 2 bulan lebih dengan sebaik mungkin.
Saya baru tahu kalau naik MAS penumpang yang dibawah umur petugas dikehendaki mengiringi sampai tiba ke destinasi dengan selamat. Ibu bapa tak payah risau sebab itu sudah menjadi tanggung jawab mereka. Saya tak berapa pasti pula kalau penerbangan lain menyediakan servis yang sama.

bersama kakak
Thursday, January 16, 2014
Tiga Hari Lagi.
Salam...
Pagi2 lagi saya sudah masak bubur caca salah satu makanan kegemaran adik. Setakat ini apa saja makanan yang dia suka saya cuba sediakan. Nak bagi dia makan puas2 sebelum berangkat. Hari Ahad ini adik akan terbang ke UK untuk bercuti selama 2 bulan. Disana dia akan tinggal dengan anak menantu. Boleh juga dia improve bahasa Inggeris bila tinggal dengan mereka.
Adik pergi berseorangan tanpa ditemani sesiapa. Risau juga sebab pergi tak berkawan tapi adik sudah biasa naik kapal terbang. Saya menempah tiket direct flight ke London untuk dia. Hantar ke KLIA bila sampai di Airport Heathrow abang dia sudah ada menunggu. Tarikh pemergian adik ke sana dia masih dibawah umur banyak urusan yang tak dapat dilakukan dengan mudah. Mudah2an semuanya selamat dan berjalan dengan lancar In Sha Allah.
Soalan adik paling lucu...selain shopping di London adik akan ke Paris, mama nak kirim apa2 tak? hahaha...
bubur caca
Saya buat 2 hari lepas...
lepat labu

Thursday, January 09, 2014
Immigration Oh Immigration
Salam...
Luahan tidak puas hati, perkara dan masaalah yang sama pernah berlaku dan dimasukkan dalam N3 beberapa lama dulu.
Hari Jumaat hujung bulan December saya ke Immigration untuk memperbaharui passport saya dan adik. Urusan passport saya hanya menggunakan mesin lebih kurang macam ATM. Alhamdulillah tidak menghadapi masaalah berbanding ramai pelanggan yang tidak berjaya. Kononnya IC dan cop jari ada masaalah dan akhirnya urusan terpaksa dilakukan dikaunter setelah bertungkus lumus menggunakan mesin.
Saya datang awal pagi, sampai dikaunter pertanyaan saya diberikan number untuk urusan passport adik. Pembaharuan passport adik tidak boleh menggunakan mesin sebab dia masih dibawah umur. Masa duduk menunggu saya tengok ada 10 kaunter tapi yang dibuka cuma 5 sahaja. Sudah dekat pukul 11 pagi semua kaunter dibuka, saya tanya adik, dari mana datangnya petugas, adik jawab, dari lubang cacing, memang pantas.
Setelah semua documet diambil saya disuruh menunggu dan akan dipanggil dengan menggunakan number yang sama. Beberapa lama number saya dipanggil lagi, kali ini hanya untuk urusan pembayaran. Ingatkan selepas membayar segala urusan sudah selesai tapi saya disuruh datang semula pada waktu petang.
Tepat pukul 12 tengahari pintu sudah mula ditutup, waktu rehat mungkin lebih awal sebab hari Jumaat. Sempat saya bertanya pada petugas pukul berapa dibuka semula, jawabnya pukul 2.45 petang. Saya dan adik ke shopping mall yang berdekatan. Dekat pukul 3 petang saya kembali ke pejabat, terus masuk dan duduk dibangku yang disediakan. Salah seorang pelanggan yang duduk berhampiran menegur. Nak ambik passport ke kak, jawab saya ya. Katanya lagi kena ambik number, saya jawab bukan ke kita tunggu untuk panggil nama saja sebab pagi tadi sudah berurusan. Saya ke kaunter semula untuk mengambil number. Akhirnya passport adik siap menjelang pejabat ditutup sekali lagi.
Semasa saya mengambil number saya bertanya pada petugas, kenapa nak ambik number sekali lagi sedangkan urusannya cuma nak ambik passport yang sudah siap...jawab petugas... nak naik kapal terbang pun susah, bagus punya jawapan hehehe...Saya pula dengan selambanya jawab... bukan ke selalu di WAR2 kan segala urusan hanya mengambil masa 2 jam. Banyak mata yang menghalakan ke arah saya sambil tersenyum.
Pendapat saya kalau diringkaskan segala urusan... semasa document diambil kenapa tidak masa itu juga dilakukan pembayaran. Ini bermakna pelanggan berurusan cuma 2 kali tidak 3 kali. Serah document dan bayar selepas itu ambik passport yang sudah siap.
Kadang2 terasa ngeri bila berurusan untuk membuat passport. MALAYSIA BOLEH.

Thursday, January 02, 2014
30 tahun.
Salam...
N3 tertangguh... buat kenangan dimasa akan datang. Anniversary pada 25 December, jalan2 dalam negara, Kuala Terengganu. Jalan2 keliling bandar, makan2 selain pergi melawat tempat2 yang disukai.
Menginap disini.

Hotel Prinzpark
Singgah dan solat sini
Masjid Terapung
Masjid Kristal
Cuma kat luar, dari jauh macam Disneyland.
istana
Lepak kat sini
Pantai Batu Buruk
kereta kuda banyak kat pantai
Sangat bahagia hidup bersama hubby selama 30 tahun. Dikurniakan anak2 yang penyayang, rezeki dan kesihatan yang baik. Syukur Alhamdulillah.
Wednesday, January 01, 2014
2014
Salam...
Selamat menyambut tahun baru buat rakan2. Semoga kita semua mendapat limpahan rahmat dari Allah swt. Tabah menghadapi segala dugaan dan bersyukur mendapat segala kemewahan.

ihsan dari google
Subscribe to:
Posts (Atom)