Lega, puas hati dan yang paling penting bersyukur sangat2 kepada Allah swt kerana memberikan kesihatan yang baik buat anak bongsu saya sepanjang menghadapi peperiksaan SPM. Hari ini adalah hari dan kertas terakhir buatnya, subjek Biology. Paper 3 akan berakhir pukul 3.30 petang nanti. Semoga segalanya dipermudahkan dan semoga adik dapat menjawab semua soalan dengan baik, In Shaa Allah. Amin.
Sebagai ibu saya amat bersyukur dengan usaha yang adik telah lakukan. Berjaga sampai lewat malam, bangun dinihari, mengejar cikgu untuk mendapatkan sumber diluar waktu pelajaran dan juga sanggup belajar ke masjid untuk mencari ketenangan. Mengapa ke masjid? sedangkan dirumah juga tenang tidak ada sesiapa melainkan saya dan my hubby. Kata adik disana jiwanya lebih tenang untuk menghafal dan kalau sampai waktu boleh solat berjemaah dan berdoa dengan kusyuk. Syukur pada Mu ya Allah kerana memberikan anak yang tahu mengatur masa pembelajarannya.
Selain dari usaha adik kami sekeluarga juga membantu dengan solat hajat dan doa2. Semoga apa yang telah dilakukan sebelum ini diberkati Allah swt dan jika selepas ini apa saja keputusan yang adik dapat kami semua redho.
siti syalini ashley
Mulai tahun hadapan saya tidak lagi menjadi supir, tidak lagi menyediakan bekal untuk adik ke sekolah dan tidak ada lagi sibuk2 untuk membeli dan menyediakan pakaian dan peralatan sekolah. Semuanya sudah tamat dan kalau diberikan rezeki dan dengan izinNya adik akan ke tahap pembelajaran ke fasa baru...iaitu sebagai mahasiswi (berangan), In Shaa Allah.
Kepada sesiapa saja yang anaknya masih lagi dalam peperiksaan didoakan semoga dipermudahkan dan juga mendapat kejayaan yang cemerlang. Amin.