Friday, August 26, 2016

Alhamdulillah...

Assalamualaikum....

Salam Jumaat yang barokah buat semua rakan2 blogger.

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua rakan2 yang mendoakan ayah saya. Semoga semuanya mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Sebagaimana yang kita ketahui kalau umur sudah mencecah ke 89 tahun agak lambat nak pulih seperti sedia kala. Walau bagaimana pun ayah saya sudah menunjukkan perkembangan yang baik. Alhamdulillah kalau sebelum ini dia langsung tidak boleh mengangkat keseluruhan anggota badannya tapi sekarang sudah boleh angkat tangan dan kaki. Masih lagi berbaring diatas katil dan perlukan pengawasan.

Dibawah ini gambar menantu dan cucu. Dapat berita setelah membuat scan janin yang dikandung adalah lelaki. Tak kisahlah lelaki atau perempuan kami redha aje. Asal saja kedua2 nya sihat.





Tuesday, August 23, 2016

Duduk Diam Diam.

Assalamualaikum...

Weekend ke Sg Petani, Kedah melawat ayah yang sedang sakit. Hari ke dua berpakat dengan adik nak bawa ke KL sebab kalau dirumah dia tak ramai yang membantu. Cuma dia dan isterinya saja manakala diKL ramai anak menantu dan cucu. Cadangan nak masukkan ke hospital swasta tapi buat dua pilihan. Sama ada hospital swasta atau PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Pernah dulu anak lelaki saya accident dan 11 hari warded diPPUM. Saya juga membuat rawatan disitu semasa mempunyai masaalah sendi tangan. Jadinya memang recomended.

Bila bawa ayah ke KL adik bongsu bawa ke klinik kawan dia diShah Alam. Doktor kawan adik recoment ke hospital Shah Alam. Saya pun tak tahu ada hospital kerajaan diShah Alam. Menurutnya dihospital itu tidak ada out patient. Bawalah ayah dari pagi sampai ke petang masih buat penyelidikan dan belum ada doktor in charge dan belum warded. Tak tahu sama ada tidak ada kekosongan bilik sebab adik yang di Sg Petani telah menyediakan surat untuk ayah masuk kelas pertama. Tengah malam semalam baru dapat masuk ward.

Sangat2 memenatkan. Nama pun hospital kerajaan. Rasa macam nak keluarkan dan hantar ke PPUM atau swasta sebagaimana saya dan adik yang diSg Petani cadangkan. Perbelanjaan rasanya tidak ada masaalah sebab duit ayah pun ada anak2 dan cucu pun boleh berkongsi. Kenangkan saya anak perempuan yang lebih berkuasa tentunya anak lelaki dan yang menguruskannya. Ikutkan ajalah duduk diam diam.



Monday, August 15, 2016

Kesinambungan Kisah Passport

Assalamualaikum...


True story...

Kali kedua datang baru dapat buat. Sampai lokasi pukul 6.30 pagi. Punyalah panjang orang sudah berbaris. Bersembang sesama sendiri masa dalam barisan. Pejabat buka pukul 7.30 pagi.

Seorang wanita cina menunggu dari pukul 5 pagi dan dia dapat number 50. Kami sempat berborak macam mana dia datang sebegitu cepat. Kalau nak tahu number yang lebih awal dah tentu datangnya waktu malam lagi. Ini bukan cerita dari orang atau dengar dari orang lain tapi dari mulut yang empunya badan. Pukul 9 kaunter untuk ambil number sudah ditutup.

Saya ikut warga emas punya line sebab buat dengan hubby sekali.

Ada ternampak di instagram Hairulazreen suami kepada Hanis Zalika buat passport untuk anaknya Yusof. Mungkin awal sehari dari saya atau sama hari. Tak payah berbaris dan ambil number terus masuk bilik ambil gambar pun dalam bilik. Siap bergambar2 lagi dengan orang dalam tu. Cuma seorang artis sudah dapat layanan istimewa. Apa lagi kalau anak orang besar bukan gemuk ya.

MALAYSIA BOLEH.

Kepada sesiapa yang nak buat passport jangan lupa bawa bangku. Kaki jadi kematu menunggu nak dapatkan number.




Thursday, August 11, 2016

Siksanya untuk mendapatkan passport

Assalamualaikum....

Luahan rasa terhadap orang2 yang berkaitan....

Sekarang punyalah susahnya nak buat passport. Bila sampai kat counter number sudah habis. Agaknya pukul berapa yang tak habis. Bila ditanya jawapan dari counter datang pukul 6 atau pukul 7 pagi. Ada juga yang saya dengar datang pukul 5 pagi. Siapa sanggup silalah hadapi tapi kalau sudah terpaksa kenalah buat juga. Bayangkan semata2 nak renew passport. Kalau lewat sedikit jawabnya sampai ke petang menunggu atau silap haribulan disuruhnya datang esok.

Sekarang ini sebagaimana saya diberitahu hanya 100 number sahaja yang dikeluarkan dalam sehari itu pun di UTC Pudu Central. Kalau ditempat lain cuma 50 number sahaja. Cuba bayangkan berapa orang yang menanti sedangkan sebelum ini disatu tempat beratus number yang dikeluarkan dalam sehari.

Kalau bolehlah dipostpone tiket yang sudah dibeli nak aje saya lakukan. Percutian kami bergantung pada cuti anak bongsu yg masih belajar. Bila cuti panjang baru boleh berjalan ke luar negara mengikut cuti tempat dia belajar.

Saya nak tanya kawan2 ini soalan cepumas ya...Klau orang2 atau anak2 atau ahli keluarga VVIP nak tak diaorg kejar pejabat sana sini lepas tahu number sudah habis. Lepas tu kalau tak ada jugak suruh datang ke esokkan harinya pulak.

Rasanya ini kali kedua saya menyentuh tentang membuat atau memperbaharui passport. Mengapa tidak ada solution yang diambil dengan segera supaya tidak berlaku perkara sebegini. Sepatutnya sebelum masalah timbul sudah ada persedian yg dilakukan. Tentu ramai aje pegawai2 tinggi yang bijaksana dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Atau cuma rakyat biasa2 aje yang mengalaminya yang tidak perlu diselesaikan.

Hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri. Kalau tanya saya jawapannya lebih galakkan anak2 berhijrah.




Tuesday, August 02, 2016

Big Brother.

Assalamualaikum...

I'm going to be a big brother. Mummy is having a baby in her tummy.

Itulah ayat yg diucapkan cucu yang berada diUK. Betapa seronoknya kami seisi keluarga. Tiada kata2 selain alhamdulillah yang dapat diucapkan. Kalau boleh kali ini biarlah perempuan. Kata hubby tahun depan in syaa Allah kami akan ke sana. Rindu sangat rasanya lagi pun pada masa itu baby sudah pun lahir. Agak lama mereka tidak balik ke Malaysia gara2 membeli sebuah rumah baru yang agak selesa. Mereka membuat keputusan untuk menjual rumah teres yang sedia ada untuk menokok tambah ke rumah baru.

Awal tahun masa Matta Fair kami sudah membeli ticket untuk percutian ke satu destinasi pada hujung tahun nanti. Sebelum ini pun kami sudah bercadang untuk ke UK setelah pergi dulu ke tempat yang sudah lama saya angankan. Ke mana? bila dah dekat tarikh nak pergi nanti bolehlah saya beritahu.

Seorang lagi anak saya belum ada rezeki mendapat anak walaupun sudah berkahwin selama 3 tahun. Semoga dalam masa terdekat biarlah dia juga mengikut jejak abangnya in syaa Allah.