Sunday, July 31, 2011

Pekasam....dan.....Ramadhan

belum digoreng


Dulu saya tak pandai makan benda ni, nama dia ikan pekasam, pernah dijamu dirumah kenalan tapi saya takut nak makan. Saya rasa ikan ni macam ada bau sikit sebab tu saya tak suka. Masa hubby pergi kursus di Kedah dia terjumpa ikan ni dan dia beli dua paket, Satu ikan sepat kalau saya tak silap dan satu lagi mungkin ikan gelama.

Masa hubby bawa balik saya terus simpan dalam fridge, kononnya malas nak masak sebab saya sendiri tak makan. Tapi bila hubby mintak nak makan terpaksalah saya goreng. Terpikir sebelum ni bila saya menggoreng ikan masin saya akan goreng dengan bawang dan cili api lepas tu perah limau. Walaupun sebelum ni saya tengok ikan tu hanya digoreng macam tu aje tapi saya ubah kalau2 rasanya boleh menjadi sedap. Masa menggoreng baunya sungguh semerbak dan ternyata rasanya juga sedap dan tak ada bau sebagaimana sebelum ni. Masih ada berbaki dalam fridge dan puasa ni adalah benda yang boleh menambah selera.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan khasnya buat keluarga, rakan2 diluar sana juga rakan2 blogger yang saya kasihi dan buat semua muslimin dan muslimat amnya. Ampun dan maaf saya pinta jika terdapat salah dan silap secara sengaja ataupun  tidak sengaja.

Selamat berpuasa......






Wednesday, July 27, 2011

Semangat dari Halaqah

Alhamdulillah sakitnya tak berpanjangan. Pagi tadi badan saya kurang sihat, kepala sakit sampailah menjelang ke petang. Selepas menunaikan solat subuh saya kejutkan adik kalau dia boleh ke sekolah hari ini sebab semalam dia kena inject kat sekolah. Menurutnya badan nya kurang sihat dan tangannya masih terasa sakit bila diangkat. Saya kata kalau begitu rehat saja kat rumah esok mungkin dah sihat dan bolehlah ke sekolah semula.

Selalunya selepas solat subuh saya akan menyediakan sarapan untuk adik tapi hari ini dia tak pergi ke sekolah saya pun menyambung tidur semula. Sebelum tu saya turun ke bawah menutup lampu luar, buka tingkap, menambah makanan sofi (arnab) dan memberi ikan makan. Kalau ikutkan memang tak elok tidur selepas subuh tapi disebabkan jarang dapat masa yang terluang sebegini saya pun tak lepaskan peluang sambung tidur, kebetulan malam semalam saya tidur agak lewat.

Pukul 8.30 saya terjaga dan kejutkan adik nak makan sarapan apa, katanya dia tak ada selera, saya pun baring semula tapi tujuan asalnya bukan nak tidur tapi cuma nak baring2. Sedar tak sedar bila terjaga tengok jam dah pukul 10.30 pagi. Cuba bangun tapi rasa lain macam kepala berat pandangan berpusing, cuba pejamkan mata tapi masih lagi berpusing, rasa rumah macam bergulung2. Bila adik sedar keadaan saya dia suruh saya baring semula tapi perut pula rasa sakit dan tekak rasa mual nak muntah. Adik pimpin ke bilik air agak lama didalam tapi tak jadi muntah, masuk ke bilik baring semula.

Dah agak lama baring cuba bangun tapi masih lagi bergoyang kuatkan semangat mandi lepas tu ajak adik turun ke bawah. Adik dan saya makan biskut tapi masing2 memang tak lalu makan. Dah makan sekeping dua baring lagi terus terlena sampailah azan zohor berkumandang. Gagahkan diri bangun tunaikan solat dan dalam hati berkata kalau pun dah tiba masanya sekurang2nya saya tak berhutang untuk hari ini, selepas tu baca Qur'an walaupun dalam keadaan yang agak kurang selesa, habis saja baca terus baring.

Adik pula mungkin dah terasa lapar terus masak maggie, sejujurnya adik memang tak pandai memasak selain daripada maggie. Beritahu adik kalau saya dah ok sedikit pun tak dapat nak keluar membeli makanan sebab kereta saya anak lelaki gunakan, keretanya dihantar ke workshop untuk beberapa hari. Kereta Jeep pula saya tak pandai nak bawa. Suruh adik talipon mana2 makanan delivery yang dia nak tapi katanya dia tak ada selera nak makan makanan macam tu.

Disebabkan tidur yang lena dan mungkin juga doa saya dikabulkan Allah swt petangnya saya dah sihat. Sempat buat porridge dan goreng ayam untuk kami makan malam. Mungkin juga sebab semalamnya saya  menonton rancangan Halaqah yang bertajuk mati hidup semula, artis undangan Catriona memberikan saya semangat dan Alhamdulillah sekarang saya dah sihat seperti sediakala. Alhamdulillah........

Sunday, July 24, 2011

Tak Macam Dulu

Kalau dulu bila nak memandu sebut aje bila, siang ke, malam ke, hujan ke memang tak punya masaalah. Tapi sekarang bila nak pegang kereta banyak benda kena fikirkan, tambah lagi kalau waktu malam atau hari hujan cormfirm terkial2 macam siput berjalan. Puncanya mata walaupun dah pakai spek tapi masih kabur, bila mata dah tak berapa nampak keyakinan memandu dah berkurangan.

Pernah terjadi nak menghantar adik ke sekolah kereta berlapis2 ada yang masuk ada yang keluar, hon sana sini dan diantara kereta yang banyak tu terselitlah kereta yang saya pandu. Jalan mengensot perlahan sangat bila ada ruang sikit baru bergerak lepas tu ade juga pemandu yang kurang sabarnya, tahunya nak cepat aje dan dia tak tahu langsung menghormati orang lain.

Bila dah sesak mesti ada yang sipi2 berlaga kan. Adalah sorang mamat ni dari jauh dia dah pandang kereta saya, mungkin saya termakan laluannya bila berselisih saja dia membuka tingkap lalu menunjukan penumbuk. Saya dalam kereta hanya senyum aje tak rasa takut sebab ramai orang lagi pun pintu kereta saya berkunci. Dalam hati kalau ya pun saya termakan jalannya beritahu ajelah tak payah mengeluarkan tangan. Mungkin juga dia tak tahu yang pemandu ni lebih tua dari dia. Sepatutnya dia lebih menghormati apalagi pemandunya seorang perempuan, nak buat macamana dah sikap sesetengah pemandu begitu, kata orang samseng jalanan.

Diharap sesiapa saja yang memandu biarlah ada sikap tolerensi dan hormat menghormati barulah kita dipanggil pemandu berhemah.



Beli novel untuk santapan kesunyian hehe......

Monday, July 18, 2011

All in One

Lama tak menjenguk blog agak sibuk sikit macam2 kena buat kebetulan hubby ada balik. Kalau hubby ada bolehlah uruskan macam2 benda sebab saya dah tak berani nak bawa kereta ke tempat2 yang agak sesak dan ke tengah2 bandar.

Dapat pergi ziarah kakak yang kurang sihat, suka sangat dia kami datang sangkanya Mimi datang sekali, anak buah kesayangannya. Masa pergi saya bawa bubur durian dan pulut, lepas tu bawa apam dot dot. Kebetulan anaknya baca blog saya nampak saya dah buat apam tu dia pun minta buatkan. Kali kedua buat apam tu saya tambahkan yogurt rasanya lagi sedap dan bau telur pun berkurangan, tak macam pertama kali buat memang ada berbau sikit.

Semalam dapat berita mak sahabat lama yang tinggal di Melaka meninggal tapi dah 4 hari baru bagi tahu. Katanya dia agak panik sebab tak menyangka  maknya akan pergi sebab tak sakit apa2 cuma demam biasa aje. Ramai juga diantara saudara mara dan rakan2 yang tak dapat berita pada hari meninggal lagi pun jenazah di kebumikan dihari yang sama. Al-Fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat.

Adik terlalu gembira sebab  kelmarin Pak Latip hantar mesej untuknya dari Mekah, mendoakan kejayaannya dalam pelajaran dan peperiksaan. Terima kasih buat Pak Latip yang sudi mengingat anak saya dan sungguh terharu bila selalu sangat membahasakan anakanda pada adik. Semoga Pak Latip sihat2 di sana dan mendapat umrah yang Mabrur.

Thursday, July 14, 2011

Mencuba Polkadot

Bila saya blogwalking ramai blogger yang dah mencuba buat apam dot dot, teruja rasanya sebab ada yang dah buat berulang kali tentu sedap rasanya. Kebetulan semalan saya tak banyak kerja nak dilakukan saya pun mencubalah. Saya ikut recepi dari ummizaihadi tapi dia tambah yogurt, malas nak ke kedai saya abaikan aje. Bila dah masak ternyata memang sedap sebab ada inti didalamnya. Saya buat inti kelapa kebetulan ada kelapa lebihan. Selalunya kalau sebut apam  tentu kosong aje, kalau nak makan baru digaul dengan kelapa. Apam ni namanya apam  dot dot tapi saya buat tak macam dot dot sebab tak ada pipping bag, saya guna sudu kecil jadilah tompok2 warna. Warna hijau pula tak berapa nak hijau mungkin terkurang warna agaknya.
 Apa pun saya nak ucapkan terima kasih pada ummi dan minta di halalkan sebab saya C&P.



rupa tak cantik tapi rasa sedap.

Sesiapa yang rajin bolehlah mencuba, mudah dan sedap.

Tuesday, July 12, 2011

Award n Tag

dari Amie
Anie,Nagoya tag saya suruh jawab 7 soalan berkaitan dengan diri saya. Amie pun tag juga dan memberikan saya award, terharu sangat sebab apalah sangat special tentang blog saya. Walau bagaimanapun ribuan terima kasih saya ucapkan pada mereka, dan mungkin juga sebelum ni ada yang tag saya tapi saya terlupa untuk menjawabnya. Maaf sangat2...Ok... hari ini saya tunaikan untuk menjawab.

7 perkara tentang saya.

1. Saya anak ke 4 dalam 7 orang adik beradik tapi salah seorang abang saya meninggal dunia dengan tiba2 ketika berumur 49 tahun. Dibesarkan dikampung dan menjadi anak kesayangan dalam keluarga dan jiran2. Dulu kakak sulung menggelar saya anak emas mungkin kerana cemburu tapi tidak lagi sekarang.

2. Selepas tamat belajar saya menetap di Kl dan pernah bekerja. Selepas berkahwin menjadi suri rumah tangga tapi tak lama. Pernah membuka perniagaan tapi sampai satu ketika kedai terpaksa dijual atas sebab menjaga anak yang kurang sihat.

3. Baru2 berkahwin langsung tak pandai memasak, jangan terkejut inilah akibatnya terlalu dimanja. Kalau balik kerumah mak mertua selalu disuruh kedepan mungkin sebab rasa menyemak sebab banyak benda tak tahu nak buat, nasib baik sebelum kahwin dah inform awal2.

4. Sekarang dah boleh masak berkat sabar belajar dari kakak ipar, kawan2 dan dari blogger yang selalu mempamerkan masakan mereka. Terima kasih banyak2, hubby suka anak2 pun suka.

5. Saat paling manis pernah terima jambangan red roses yang dihantar melalui mail, dalam kad tertulis sayang sampai last petal gugur, bila diselidik rose yang last petal tu bunga plastik...tipah tertipu. Pernah juga dapat hadiah berharga dan hadiah berupa uwang...best sangat...kalau boleh nak selalu...hehee...

6. Saat paling sedih ketika mak meninggal dunia ketika saya dalam pantang. Satu lagi ketika abang meninggal dengan tiba2 selepas 1 jam breakfast bersama. Menjaga anak bongsu sakit selama 6 bulan, tidur dan makan tak menentu dan  pernah juga menjaga anak lelaki selepas accident selama 5 bulan.

7. Hobi saya benda yang paling di takuti oleh para lelaki dan para suami ....SHOPPING...terutamanya handbag... huhuhu.....

Ok...saya dah pun menjawab semua soalan periksa yang diberikan dan pada Amie kak Zai dah ambik award tu, thanks a lot.

Sunday, July 10, 2011

Masih Sayang Masih Rindu

Bila lagu Oh Fatimah nyanyian A.Ramlee saya tak ingat tahun berapa dimainkan berulang kali ianya mengingatkan saya pada seseorang. Sungguh sayu dan nak mengalir air mata bila mengingatkan kisah masa lampau. Inilah akibatnya kalau tinggal sorang2 banyak benda dan perkara boleh teringat kembali.

Jiran saya buat kenduri kahwin, pagi2 lagi dah memainkan lagu2 sewaktu saya kecil termasuklah lagu Oh Fatimah, lagu yang membuatkan saya teringat dan rindu pada seseorang. Dia bukan kekasih saya tapi jiran semasa dikampung. Semasa dikampung antara 6 buah rumah hanya ada saya seorang saja budak perempuan manakala yang lainnya semua lelaki. Maka itulah sebabnya semasa saya kecil permainan yang saya mainkan adalah permainan yang dimainkan oleh budak lelaki, tak pernah main anak patung. Yang paling istimewanya saya menjadi budak kesayangan dikalangan jiran2. Setiap kali hari raya saya akan dapat banyak barang termasuk baju dan ada juga baju yang dijahit khas oleh jiran2 saya sendiri.

Salah seorang jiran dikampung saya punya anak lelaki yang agak jauh beza umurnya dengan saya. Keluarganya dan jiran2 memanggilnya dengan nama uda. Dialah yang paling sayang pada saya dan dia jugalah yang menukar nama saya dengan panggilan naning. Hanya dia seorang yang memanggil nama itu semasa dikampung. Setiap hari kalau dia jumpa saya mesti didukungnya (dukung belakang) sambil tu dia akan menyanyikan lagu Oh Fatimah. Lagu tu memang lagu kegemarannya dan kalau dia main gitar saya akan mengadap dia sambil menyanyi bersama2. Sayangnya dia pada saya macam adik kandung sendiri maklumlah tak pernah punya adik perempuan.

Masa silih berganti saya pun membesar dan masa tu dia dah bekerja. Bila pulang ke kampung dia masih lagi menemui saya macam biasa. Pernah dia berkata kalau ada jodoh dia nak kahwin dengan saya tapi masa tu saya masih bersekolah. Saya anggap kenyataannya main2 saja sebab dari kecik dia sudah macam abang saya sendiri. Mungkin jodohnya dah sampai akhirnya dia berkahwin dan nama isterinya kebetulan Fatimah. Saya amat seronok sebab saya dapat kakak baru. Masa hari perkahwinannya dia mendapatkan saya dan mengatakan dia masih sayangkan saya dan sayangnya tak akan berubah tapi sayang sebagai adik.

Tak lama selepas itu dia pun berpindah ke Kelantan dan jarang2 balik ke kampung, saya pula selepas tamat pengajian terus menetap di Kl. Selepas beberapa tahun ibubapanya meninggal dunia dan rumah mereka dibiarkan kosong begitu saja. Sampailah sekarang saya tak pernah menemuinya lagi dan saya tak tahu dia berada dimana. Saya masih rindu padanya tapi hanya rindu seorang adik pada seorang abang.

Ingat lagi dialog masa dia jumpa saya.

Uda : Boleh tak kalau uda dan naning kahwin?

Naning: Kenapa pulak...uda kan abang naning... mana boleh kahwin.

Uda: Itu dulu...sekarang naning dah besar.

Naning: Tak naklah... naning nak uda jadi abang sampai bila2.

Uda: Sampai mati.

Naning: Ha'ah.

Wednesday, July 06, 2011

Killer Subject

Syukur alhamdulillah sekarang adik tak payah lagi pergi tusyen kat luar untuk subjek Mathematics dan sains. Cikgunya sudi datang kerumah bermula semalam. Belajar sampai 3 jam tak macam tusyen kat luar 2 jam untuk satu subjek. Seminggu 2 kali ini bermakna satu bulan adik dapat belajar 12 jam per subject.

Masa jumpa Mimi tempoh hari dia bertanya kalau ada budak2 yang nak belajar kalau dia tawarkan diri untuk mengajar, boleh buat poket money lagi pun mungkin rasa boring tak buat apa2, kat rumah pun tinggal sorang2, mak dia pun bekerja. Bila saya dapat tahu saya pun ajukan pada hubby, dah sepakat adik pun berhenti dari tempat tusyen dia tapi hanya 2 subjek yang lain tetap macam biasa.

Cikgunya sungguh lemah lembut banyak bertanya tentang pembelajaran disekolah, tanya pasal cikgu, adik pun enjoy belajar.Yang seronoknya ada diantara cikgu yang mengajar adik adalah cikgu yang mengajarnya semasa dia belajar disekolah itu. Mudah2an apa yang dia ajar adik akan dapat terima dengan baik.

Terima kasih Isha sebab sudi ajar adik.

Monday, July 04, 2011

FM dari Isha.

Happy sangat sebab saya dapat ole2 dari best friend Mimi yang balik dari Leicester, Uk. Kali ni saya dapat 6 biji FM dari Armsterdam, Belgium, Granada, Luxembourg, Swiss dan Holland. Sebelum Isha balik ke M'sia dia pergi melancong ke Europe dan dia membelikan saya FM. Katanya ini ajelah barang yang dia mampu belikan untuk saya tapi bagi saya pula barang2 ini lah yang paling saya gemari. Masa dia balik tahun lepas dia membelikan saya FM dari London, Brussels dan Paris.
Terima kasih banyak2 buat Isha.








Isha bercuti selama 3 bulan, dah berjumpa dengan Mimi weekend semalam, sempatlah pergi jenjalan sambil makan2. Katanynya 2 minggu lagi dia akan ke Melaka dan tinggal dengan Mimi untuk beberapa hari. Setiap kali dia balik mereka mesti bersama, kawan yang dah jadi macam kembar siam. Berkawan sejak tingkatan satu, masa dapat keputusan PMR Isha dapat keputusan cemerlang tapi dia tak nak masuk asrama.Tingkatan 4 dan 5 sekali lagi Mimi dan Isha dikelas yang sama, bila keputusan SPM Isha lebih menonjol, jadi pelajar yang cemerlang buat sekolah itu. Pecah rekod anak Melayu pertama mendapat 12 A, selalunya anak Cina ditangga atas. Setahun kemudian dia meninggalkan Mimi untuk melanjutkan pelajaran ke Uk. Disana dia mengambil jurusan Pure Maths. Mungkin lagi 2 tahun dia disana mudah2an sekembalinya nanti dia akan pulang dengan ijazah yang di idam2kan.

Saturday, July 02, 2011

Al-Fatihah

Hari ini genap 25 tahun ibuku Hamijah bt Daud meninggalkan kami semua. Anak2 mak semua mendoakan agar roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang solehah.   Amin.

Al-Fatihah.