Sunday, October 31, 2010

Meronda Tapi Berhasil

Semalam masa nak keluar rumah tujuan asal nak ke Metrojaya saja nak cuci mata, dalam kereta biasalah bersembang macam2 hal entah macamana tetiba dah sampai ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Dah terlanjur sampai kat sini takkan nak patah balik. Kalau begitu kita keSogo saja cadang saya, my hubby ikut saja lagi pun kami bukan ada tujuan tertentu.

Seperti biasa my hubby takkan nak parking kat Sogo kononya susah nak masuk dan keluar makanya tempat biasalah iaitu parking yang terletak dibelakang panggung Collesium. Dah parking kat situ kenalah menapak agak jauh juga tapi ada untungnya saya akan melalui kedai2 yang berderet di sepanjang jalan dan kedai yang wajib saya singgah ialah kedai buku Pustaka Mukmin. Dah lama saya nak mendapatkan buku tulisan Roza ni  tapi selalu kehabisan.



 Saya beli 3 buah sebab siadik nak bagi 2 orang cikgu kesayangannya terpaksalah keluar duit lebih sikit sebab nak jaga hati anak, lagi pun dia nak bagi kat cikgu yang banyak mencurahkan ilmu apa salahnya bukannya mahal sangat. Lepas tu jalan lagi ternampak pula Gullatis rasa nak singgah tapi siadik melarang, selamat duit dalam handbeg.

Sampai kat Sogo punyalah ramai orang mana taknya tengah sale. Maka orang yang tak sedar diri ni  pun berbelanjalah dia dengan gembiranya dan yang bestnya si tukang bayar sentiasa ada kat kaunter. Kalau nak beli barang kat Sogo ni kena tengah sale kalau tak harganya mahal sebab kebanyakkan barangan dia branded. Dah penat mencari dan membeli kami pun pergi ke food court untuk minum2 lepastu solat asar.

Habis solat kami ke Campbell pula sebab siadik nak mencari kamera yang murah2, dia nak gunakan duit hari raya yang dah lama disimpan. Cari punya cari  jumpalah yang pekenan dihati. Dah masing2 dapat habuan kami pun balik tapi sebelum sampai kami ke Pj dulu untuk menjamu selera, dah kenyang terus balik rumah. Sebelum tidur sempat lagi menonton tv tapi tak lama sebab masing2 kepenatan.Zzzzzzzz


sedang kusyuk mendengar taklimat



Saturday, October 30, 2010

Pindah Rumah & My First Story

Salam semua,..agak lama saya menghilangkan diri tapi sebenarnya saya tak kemana2 kadang2 masih meninggalkan jejak dikotak komen kawan2 cuma saya menghadapi masaalah blog. Saya cuba untuk memperbaikinya tapi tak berjaya, saya terpaksa mengalah dan hari ni saya menemui rakan2 semua dengan berwajah baru. Mungkinkah ada lagi yang sudi singgah diblog saya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pada 28hb oktober lepas adalah hari lahir my hubby, tak buat apa2 pun minggu depan kalau ada anak2 yang balik baru kami sambut mungkin makan kat luar saja. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Malam ni kalau ada sesiapa yang rajin menyaksikan rancangan mari menari di chanel 104 bolehlah berbuat demikian, kalau nak undi pun boleh. Salah seorang peserta tu adalah anak kepada sahabat  saya, sekarang kak Yang (panggilan mak Hafis) berada di Mekah mengerjakan haji. Siapa yang tengok rancangan tu minggu lepas astro ada menayangkan sedikit pemergiannya kesana, nak tahu siapa pasangan tu, mereka adalah Zul Hafiz dan Husna.

Gambar dibawah ni ada gambar Hafiz semasa menyambut hari lahir anak lelaki saya, kalau tak silap 20 tahun yang lampau.


 Hafiz berada dibelakang (anak saya berbaju merah)

ditengah2

mukanya tak berubah dari dulu