Thursday, October 30, 2014

Percaturan Kurang Tepat.

Salam...


Kadang2 ada benda yang kita kurang setuju dengan segala tindak tanduk suami. Mungkin tidak bagi sesetengah orang. Tapi bagi saya jawapannya yes. Terutama ianya berkaitan dengan anak2. My hubby sangat memanjakan anak2 terutamanya anak perempuan. Jarang cadangan atau pendapat saya mahu diikut kalau melibatkan anak2.

Petang semalam adik exam, lebih kurang pukul  4.30 setelah habis exam dia cal saya. Bila jawab bukan macam biasa tapi dengan tangisan lebih tepat meraung. Saya pujuk minta dia tenang dan ceritakan apa yang terjadi. Setelah makan dengan pujukkan saya baru dia bercerita. Katanya dia tak tahu samaada apa yang dia jawab betul atau pun tidak. Saya tenangkan dia supaya bersabar lagi pun result belum diketahui. Setelah pujuk memujuk berjalan lancar diakhiri dengan bye bye.

Saya cal my hubby cuba nak bagi tau apa yang berlaku tapi tak dapat. Dalam hati mungkin sibuk kerja atau ada meeting. Dalam pukul 5.30 my hubby cal suruh bersiap katanya nak pergi Melaka. Dia sudah on the way nak balik. Saya cuba bagitau adik dah tenang selepas saya pujuk. Tapi hubby cakap sanggup ke dengar anak meraung keseorangan? Sah2lah tangisan adik sama macam yang mula2 tadi.

My hubby sampai rumah agak lewat disebabkan jalan jam. Selepas maghrib kami terpaksa juga pergi walaupun sudah banyak kali saya pujuk supaya tak payah pergi. Cuba bayangkan seharian sibuk ditempat kerja malam pula terpaksa pergi jumpa anak dan balik malam tu juga semata2 nak pujuk bagi dia tenang. Tentu penat kan? Salah ke pendapat saya kalau weekend baru pergi, boleh tidur kat sana atau bawa dia balik lepas tu esoknya hantar dia balik.

Tak salah sayang anak tapi bagi saya biarlah bertepatan dengan masa dan keadaan.



Wednesday, October 29, 2014

Hello....

Salam...

Lama tak update gambar cucu. Besar dah 1 tahun 5 bulan. Tahun ini dia orang tak balik pergi holiday tempat lain.

Mata dan senyumannya membuatkan kami disini rinduuu....



Hendrix

With daddy

With mummy

One family



Monday, October 27, 2014

Hari Lahir Hubby.,

Salam...

Apa khabar kawan2 semua? Semoga sihat2 dan bahagia disamping keluarga.

..........................


Menyambut hari lahir hubby dengan anak2 di Kenny Rogers. Seorang lagi anak, menantu dan cucu tidak dapat bersama. Walau jauh ucapan untuk daddy tidak dilupakan.


Tiga orang anak & menantu

Adik & daddy

Juadah


Selamat hari lahir buat my hubby semoga beroleh kesihatan yang baik, umur yang manafaat, ilmu yang berguna, pekerti yang mulia, rezeki yang halal dan hidup yang dirahmati didunia dan diakhirat.

Happy birthday dari mama, anak2,
menantu dan cucu.

LOVE YOU FOREVER & EVER...



Thursday, October 23, 2014

Moga Kekal Selamanya.

Salam...

Saya pernah masukkan dalam n3 sebelum ini sebab harganya yang agak mahal. Kalau pergi ke pasar tidak banyak dijual dan kalau ada pun tidak berapa segar. Masa saya pergi ke rumah seorang sahabat saya dibekalkan dengan begitu banyak sekali. Kalau nak buat laksa atau masak masakkan yang menggunakan bahan ini bolehlah masukkan banyak2.


Bunga kantan



Bukan saja bunga kantan yang dibekalkan tapi jagung. Punyalah manis bila saya rebus maklumlah baru dipetik dari kebun.


Jagong

Semasa saya berkunjung ke rumahnya masuk saja ke rumah sudah tersedia makanan diatas meja. Setiap kali datang begitulah caranya menyambut tetamu.



Makanan yang disediakan

Malamnya kami disajikan pula dengan nasi berlaukkan sup kaki lembu. Mulanya macam tak boleh terima tapi bila dah rasa owhhh..sedapnya.


Sup kaki

Walaupun cuma kenalan tapi sangat ambil berat. Syukur alhamdulillah semoga persahabatan ini kekal selamanya.

Minggu makanan hehe....



Wednesday, October 22, 2014

Mesti Nak Rasa.,

Salam...

Bagi yang beragama Hindu saya ucapkan selamat menyambut Deepavali dan kepada yang lain selamat bercuti dan beristirehat.


Kalau pergi ke Melaka mesti nak minum coconut shake. Kalau tidak rasa terkilan pulak. Mungkin ada ditempat lain tapi tak sama dengan yang terdapat diKlebang. Tempat ini tutup pukul 6 petang. Dekat situ ada juga jual nasi lemak bungkus, keropok lekor dan kuih muih.


Special ada ice cream



Satu lagi kena makan roti naan yang terletak berdekatan dengan Jonker Walk. Nama kedai tu restoren Pak Putra. Kalau kawan2 masih ingat pernah saya buat n3 sebelum ini. Roti naan sedap dimakan dengan chicken hyderabat atau chicken tandoori.


Cheese nan


Disebabkan dah makan 2 bungkus nasi lemak dan keropok lekor waktu tengahari saya tak habis makan roti naan walaupun dah waktu makan malam.




Tuesday, October 21, 2014

Simple Tapi Mewah.

Salam...

Hari Sabtu pergi ke Ipoh menghadiri majlis walimatulurus anak sahabat hubby. Tema majlis english, pelamin simple tapi cantik. Makanan superb. Memang banyak dan sedap. Orang Perak famous dengan Rendang Tok.

Disatu sudut diletakkan botol2 yang cantik berisi cookies. Ada fruit tart, cream puff, red velvet cake dan yang paling best ada buah anggur dan strawberry diselitkan pula mashmellow dibatang lidi. Kemudian disediakan choklat fauntain. Memang kesukaan kanak2 walau pun ada juga disediakan sweets.


Cantikkan botol tempat cookies

Agak berselerak banyak tangan

Kami punya



Selain dari itu disediakan juga kuih muih, rojak dan pecal. Kuih cakoi dimakan dengan sambal tumis atau kaya dibuat dan digoreng ditepi dewan. Sayang saya terlupa nak ambik gambar pengantin, dewan, pelamin dan kek pengantin, cantik saya suka.

Masa menyambut kedatangan tetamu ayah pengantin agak terkejut dengan kehadiran kami. Disangka tak datang sebab sudah lama tak bersua. Dengan izinNya in shaa Allah pasti datang.



Monday, October 20, 2014

Lapis Legit

Salam...

Sudah dekat ke penghujung tahun, rasa sekejap aje. Selain umur kita bertambah adakah iman dan amalan kita juga bertambah. Mudah2an apa saja yang kita lakukan mendapat keberkatan dari yang maha Esa.


Kesibukan pagi tambah pula malam tadi baru balik dari menghantar adik ke Melaka. Penat tak boleh nak ceritalah. Balik dari mengikut hubby outstation pergi pula ke Ipoh menghadirkan diri ke majlis walimatulurus anak sahabat hubby. Rasanya cuma beberapa hari aje tinggal kat rumah.

Bila rumah ditinggalkan sudah tentunya banyak kerja2 yang tertangguh harus dibereskan. Walau bagaimana pun saya bersyukur sangat2 kerana diberikan kesihatan yang baik.

Sedang sibuk mengemas rumah ada jiran memanggil dari luar. Bila buka pintu dia hulurkan beg plastik yang berisi ole2. Alhamdulillah rezeki yang dibawa dari Medan, Indonesia.



Kek lapis


Roti kacang



Syukur alhamdulillah selain umur bertambah rezeki juga bertambah2.




Sunday, October 19, 2014

Senggang Yang Tidak Baik

Salam...

Selamat berhujung minggu, sesiapa yang bercuti panjang bolehlah pergi makan angin. Dalam negara kita pun banyak tempat yang boleh dilawati.


Kuaci


Kudapan tinggal sorang2 kat hotel. Kali ini putih menjadi pilihan. Selalu beli yang hitam. Bezanya yang putih lebih masin berbanding dengan yang hitam.

Tinggal sorang2 kat hotel selain mengadap tv, baca novel/ buku ilmiah kerjanya makan dan tidur.Mana tak selesa aircornd sentiasa berpasang membuatkan badan sentiasa dalam selimut. Tak payah buat kerja apa2 tempat tidur pun ada orang tolong kemaskan. Seronok kan tapi dikuatiri kalau selalu macam ini takut ada yang menumpang....penyakittt.

Kena berhati2 sebelum terlambat....



Thursday, October 16, 2014

Mewarnai Laman

Salam...


Bunga janggut



Tentu ramai yang ada pokok ini, boleh panggil pokok ke? Nak jaga dia senang aje cuma siram.Tak payah guna baja dan tanah. Gantung dan pokok ini akan hidup macam tali. Saya panggil pokok  ini janggut dan saya dengar orang lain pun sebut yang sama. Saya pernah tengok kat rumah seseorang kat Ipoh punyalah cantik. Hidup subur, menghijau dan panjangnya dekat mencecah lantai.






Pokok bunga ini saya ada sembilan jenis tapi cuma ada tiga gambar aje entah ke mana hilangnya. Mungkin sudah ter delete agaknya. Saya tak tahu nama dia tapi kalau berbunga sangat cantik, bergumpal2.


Lily



Pokok ini nama dia lily, ada bawang kat pangkal pokok dan daunnya panjang tirus. Tak boleh banyak air takut bawangnya busuk.




Ini pokok ekor kucing, berbulu macam ekor kucing. Kalau dah panjang dia melentok ke bawah. Saya tengok kat Cameron Highland dia orang tanam arah ke bawah, nampak lebih cantik.

Ini antara pokok bunga yang ada dilaman saya. Nanti kalau saya rajin ambik gambar pokok bunga yang lain pulak. Selalu diberi keutamaan pada orkid.



Tuesday, October 14, 2014

Makan dan Makan

Salam...

Ramai pelajar tengah sibuk menghadapi peperiksaan. Setelah segala usaha
dilakukan serah pada yang maha Esa. 
Ibubapa bantu dengan segala doa. Rakan2, jiran dan kenalan tolong bantu juga, doa dari jauh, semoga segalanya
dipermudahkan.





Sabtu malam pergi Ikea jalan2 lepas tu pergi makan kat foodcourt. Kalau kat situ mesti makan meatball dia.

Ahad malam pergi pulak Paradigm Mall jalan2 lagi. Selepas itu makan kat Serai. Restoren ini terletak kat belakang bangunan Paradigm Mall tapi bersambung cuma kalau nak masuk kena naik tangga lain. Makananmya agak mahal tapi biasalah tempat cantik. Lagi pun masakkanya sedap.



Nasi kerabu rm22

Beef noodle soup


Sekarang saya sudah berada di 
Terengganu. Duduk hotel makan tidur makan tidur lagi membuatkan segala yang berlemak akan berkumpul.. Hehe....




Sunday, October 12, 2014

Lagi2 Cari Pasal.

Salam...




Alahai pandan apalah nasib kamu sampai dipijak menjadi lunyai.
Baru seminggu saya tanam nampak hidup elok aje. Pagi tadi bila nak siram terkejut sampai macam itu jadinya. Apa salah pokok tu jika ditanam diatas tanah reserve, tanah tepi jalan. 

Bukanlah nak tuduh tapi bila nampak kereta yang diparking bersebelahan dengan pokok tu kita dah boleh agak siapa punya angkara. Sementelah pulak selama ini dialah yang mencari sebab untuk bergaduh. 

Nasib baik saya punya hubby yang agak penyabar. Belum pernah tercetus pergaduhan besar. Kalau ikutkan hati memang panas sebab tanah itu betul2 didepan rumah saya manakala rumahnya diseberang jalan. 

Rumah dia juga ada poarch tapi dibiarkan kosong itulah sebabnya parking kereta sampai ke tempat orang. Rasa dah malas nak bercerita sebab benda yang sama dengan orang yang sama.



Friday, October 10, 2014

Jamu Mata.

Salam Jumaat.

Rasa sekejap aje dah lima hari raya berlalu. Budak2 tahun 6 pun dan boleh berseronok sebab sudah habis exam yang diulang. Ibubapa aje yang tak habis2 tugas, cari duit untuk menyara kehidupan juga melayan kerenah anak2.






Gambar ini masa pergi Perth bulan Mei lepas.Bukan nak cerita pasal kek atau masakkan tapi kitchenware yang ada kat dalam kedai ini. Tak dapat jumpa tuan yang empunya tapi dapat masuk kedainya pun jadilah. Dapatlah beli kitchen utensil yang murah2. Barang kat dalam kedai ni harganya boleh tahan tapi berkualiti. Memang seronok tengok barang2 kat sini tapi bila fikirkan harga dengan tukaran currency jawabnya pandang2 ajelah. 

Jangan lepaskan peluang masuk sini kalau pergi Ausie...masuk jangan tak masuk hehe...bagi orang perempuan terutamanya.






Wednesday, October 08, 2014

Suka Tak?

Salam...

Apa khabar semua? Sibuk dengan tugas seharian. Mudah2an apa saja yang kita lakukan semoga mendapat berkat dari Allah swt.


VANTAGE






Ada tak kalau sesiapa yang nampak benda2 macam yang kat atas tu dia akan cakap...tak heranlah benda2 ni baik beli benda lain membazir duit aje. Atau pun... satu hari nanti saya mesti beli tak dapat satu set sebiji dua pun jadilah.

Kalau si suami pula...pilihlah yang mana nak, satu set lagi bagus atau dia akan cakap ingat abang ada duit ke nak beli pinggan mangkuk yang harganya dekat empat angka. Baik beli pinggan mangkuk yang murah2 sama aje cuma digunakan untuk letak makanan.

Selalu pun kalau pinggan mahal orang simpan dalam almari aje bila nak makan guna pinggan murah atau plastik alasan takut pecah.


Apa jawapan kawan2 semua...

Mesti ada yang teringin atau ada yang sudah memilikinya.

Saya ambik gambar pinggan ini semasa saya pergi ke Rantau Panjang, Kelantan. Ada satu kedai tu menjual pinggan mangkuk dan barangan dapur yang ada brand. 


P/s: kalau sesiapa pergi ke Australia jangan lepaskan peluang membeli pinggan Corelle sebab harga dia jauh lebih murah dari kat negara kita.



Tuesday, October 07, 2014

Menu Hari Raya Aidil Adha.

Salam...

Victoria sandwich cake


Hari raya kali ini tidak ada rendang, 
ketupat atau pun lemang. Anak2 minta saya buatkan laksa sahaja. 
Sebagai tambahan menu dimeja Mimi 
buatkan sebiji kek manakala adik 
pula buat vanila cupcake dan 
puding. Selepas solat sunat raya kami 
makan nasi goreng sebagai breakfast. 


Walau tak berapa kemas tapi rasa dia cukup sedap.
Tuan yang membuat kek

Gambar kat bawah ini hasil dari adik.

Strawberry puding
Cupcake yang belum dihias
Adik

Maaf tidak ada gambar laksa sebab dalam 
sibuk melayan langsung terlupa nak ambik gambar.