Assalamualaikum....
Saya nak kongsi dengan kawan2 satu cerita sedih dan menyayat hati menjelang hari raya. Semalaman saya dan anak bongsu saya menangis walaupun berita itu bukan terjadi pada keluarga saya sendiri.
Hari terakhir puasa selepas berbuka dan solat maghrib saya dan siadik duduk sambil bersembang. Tiba2 ada kawan adik cal bagitau ayah kepada salah seorang kawan mereka meninggal dunia. Lama adik dihujung talian sambil tu saya nampak adik menangis. Habis berbicara adik datang memeluk saya sambil menangis lagi.
Saya tenangkan adik minta dia ceritakan apa yang berlaku. Adik bertanya adakah saya masih ingat best friend adik yang bernama miss Y. Sudah tentu saya ingat sebab adik pernah berkunjung beberapa kali ke rumahnya diselatan tanah air. Adik dilayan oleh keluarganya dengan begitu baik sekali ketika berada dirumah mereka.
Kata adik ketika kejadian kawannya menunggu ayahnya untuk menjemput dia pulang dari bazar ramadhan. Yang ditunggu2 tak tiba tahu2 dapat berita mengatakan ayahnya ditimpa kemalangan jalan raya. Arwah meninggal setelah dimasukkan ke hospital.
Betapa hancurnya hati seorang anak menunggu ayah untuk menjemput. Hendak berbuka bersama diakhir bulan Ramadhan juga terakhir makan bersama dalam hidupnya. Semasa adik cuba menghubunginya dia hanya dapat memanggil nama adik sambil meraung. Tidak ada kata2 lain yang dapat diluahkan.
Ya-Allah...ketika orang sibuk menyediakan persiapan akhir untuk menyambut hari raya dia dan keluarga sibuk menentukan jenazah dihospital. Ketika orang lain sibuk memakai baju baru, menyediakan juadah hari raya dan ada yang sibuk untuk menunaikan solat sunat hari raya dia dan keluarga sibuk menyempurnakan jenazah.
Ramai yang berseronok setelah penat sebulan berpuasa dia dan keluarga bersedih diatas kehilangan. Sedikit dugaan buat sesetengah orang tapi berat buat seorang anak gadis yang sangat2 memerlukan perhatian dan kasih sayang dari seorang ayah.
Kami doakan agar best friend adik tabah dengan dugaan ini. Salam takziah buat keluarga kawan adik semoga roh ayahnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Al Fatihah.