Salam...
Menyusun sepuluh jari jika terdapat kesalahan dalam kata2 semasa berblog harap dapat diampunkan. Kepada yang balik kampung selamat bercuti dan memandulah dengan selamat. Kalau perjalanan jauh jika penat berhenti dan rehat.
Kepada semua umat islam khasnya rakan2 blogger, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin dari saya.
Sunday, July 27, 2014
Thursday, July 17, 2014
Unik, Sedap dan Murah.
Dari Kelantan menyusuri jalan pantai ke Kuala Terengganu. Singgah di batu 6 untuk mencari juadah untuk berbuka puasa. Meriah dan banyak sekali kuih muih dan ada sesetengahnya saya tak pernah tahu dan rasa. Sememangnya Pantai Timur kaya dengan makanan yang agak unik bagi saya.
Klik dalam kereta aje
Berbagai kuih muih
Harga kuih muih sangat murah
Kuih ulut bulu
Tak sempat nak ambik gambar kuih banyak2.
Kalau sesiapa pergi ke Terengganu bolehlah singgah disini sebab pasar ini bukan hanya berniaga di bulan ramadhan tapi dihari2 biasa juga. Walaupun saya selalu pergi ke Terengganu tapi baru ini saya tahu tempat ini setelah diberitahu oleh seorang kawan hubby.
P/s : Saya diluar daerah mengikut hubby.
Thursday, July 10, 2014
Cucu Yang Dirindui.
Salam
Hendrix
With daddy masa match England di World Cup
Monday, July 07, 2014
Tinggal Kenangan.
Salam...
Kalau dulu semasa kecik2 masa berbuka puasa dibulan ramadhan sangatlah seronok. Saya ada tujuh orang adik beradik tapi kakak sulong tinggal dengan mak saudara. Opah dan atuk juga tinggal dengan kami sebab ayah anak lelaki sulong.
Opah suka buat kuih dan penyediannya selalu dilakukan seawal mungkin. Contoh kalau nak buat kuih buah melaka beras pulut akan ditumbuk untuk dijadikan tepung. Tugas arwah mak pula akan mengagihkan kerja2 yang patut dilakukan.
Contohnya kedua2 abang akan disuruh mengait dan mengukur kelapa. Saya dan adik perempuan akan menolong mak dan opah didapur. Macam2 Juadah yang disediakan dan sememangnya sedap2 belaka. Waktu berbuka begitu meriah sekali. Sambil makan atuk selalu bercerita, atuk suka cerita sejarah...kisah nabi, kisah perang, kisah keluarga dan macam2 lagi.
Semua itu sudah tidak ujud lagi hanya tinggal kenangan. Opah, atuk dan mak sudah pergi buat selama2nya, ayah pula sudah tinggal dengan adik2 secara bergilir.
Apa yang kami lakukan semasa kecil tidak dapat juga untuk dipraktikkan dirumah sendiri. Sebab kerja2 sebegitu telah diambil alih oleh pembantu rumah. Bila anak2 sudah besar mereka sudah punya keluarga sendiri dan ada pula yang menuntut diluar kawasan.
Moral of the story....rumah ini sunyi sebab hanya tinggal berdua.
Al-fatihah buat arwah mak, opah, atuk dan semua yang telah pergi.

Sunday, July 06, 2014
Berbuka Diluar
Salam...
Nasi arab
Semalam berbuka puasa diluar berdua dengan hubby. Makan nasi arab dari Yamen. Buffet..macam2 makanan ada tapi saya tak ambik banyak sebab tak boleh nak masuk.
Friday, July 04, 2014
Bubur Durian
Salam...
Sudah dekat seminggu kita menjalani ibadah puasa. Mudah2an kita diberikan kesihatan yang baik supaya dapat mengerjakan segala ibadah sampingan selain dari berpuasa.
Bubur durian sepatutnya sedap dimakan dengan pulut tapi sebab puasa saya gantikan dengan roti gardenia.
Sudah dekat seminggu kita menjalani ibadah puasa. Mudah2an kita diberikan kesihatan yang baik supaya dapat mengerjakan segala ibadah sampingan selain dari berpuasa.
Wednesday, July 02, 2014
Rindu Si Ayah.
Salam...
Selamat berpuasa buat rakan2 semua. Agaknya apalah menu yang akan dimasak untuk berbuka nanti. Bagi yang rajin sudah tentu menyediakan masakan yang special untuk orang2 yang tersayang. Tapi sekarang sudah banyak yang express. Dimana2 ada bazar ramadhan. Boleh pilih cuma sediakan fulusnya saja.

Rindu seorang ayah...baru sebulan lebih berjauhan.Taklah jauh mana pun dua jam perjalanan sudah sampai.
P/s: hari ini genap 28 tahun mak saya pergi menemui penciptanya. Semoga beliau dan semua yg telah pergi aman disana dan ditempatkan bersama2 para solihin.
Al-Fatihah...
M
Subscribe to:
Posts (Atom)