Monday, July 07, 2014

Tinggal Kenangan.

Salam...

Kalau dulu semasa kecik2 masa berbuka puasa dibulan ramadhan sangatlah seronok. Saya ada tujuh orang adik beradik tapi kakak sulong tinggal dengan mak saudara. Opah dan atuk juga tinggal dengan kami sebab ayah anak lelaki sulong.

Opah suka buat kuih dan penyediannya selalu dilakukan seawal mungkin. Contoh kalau nak buat kuih buah melaka beras pulut akan ditumbuk untuk dijadikan tepung. Tugas arwah mak pula akan mengagihkan kerja2 yang patut dilakukan.

Contohnya kedua2 abang akan disuruh mengait dan mengukur kelapa. Saya dan adik perempuan akan menolong mak dan opah didapur. Macam2 Juadah yang disediakan dan sememangnya sedap2 belaka. Waktu berbuka begitu meriah sekali. Sambil makan atuk selalu bercerita, atuk suka cerita sejarah...kisah nabi, kisah perang, kisah keluarga dan macam2 lagi.

Semua itu sudah tidak ujud lagi hanya tinggal kenangan. Opah, atuk dan mak sudah pergi buat selama2nya, ayah pula sudah tinggal dengan adik2 secara bergilir.

Apa yang kami lakukan semasa kecil tidak dapat juga untuk dipraktikkan dirumah sendiri. Sebab kerja2 sebegitu telah diambil alih oleh pembantu rumah. Bila anak2 sudah besar mereka sudah punya keluarga sendiri dan ada pula yang menuntut diluar kawasan.

Moral of the story....rumah ini sunyi sebab hanya tinggal berdua.

Al-fatihah buat arwah mak, opah, atuk dan semua yang telah pergi.

5 comments:

saniahibrahim said...

indahnya kenangan dulu kan...Al fatihah untuk mereka yang telah pergi.
ialah kak zaitun kata orang, anak ramai pun akhirnya kita tinggal berdua je.

Kakzakie Purvit said...

Begitulah Kak Zai masa dulu sungguh tak sama dgn sekarang. Dulu mana ada buka di restoran/hotel tapi sekarang dah macam perkara biasa...

Moga roh mereka semua tenang di sana.

Nieda Ramly said...

kak zai begitulah , dlm ramai2 akhirnya tinggal berdua juga.
kenangan lalu mmg mnegusik jiwa.

kakrose said...

al fatihah buat mereka..
adat kehidupan kan..memulakan kehidupan berdua.. kesudahannya juga tinggal berdua..

ummiross said...

Ye Kak Zai, memang kita sentiasa merindui saat2 berbuka dulu2, meriah dan seronok.

Moga Allah mencucuri rahmat ke ats roh mereka semua.