Bye... jumpa nanti.
Monday, May 30, 2011
Cuti-Cuti Terengganu
Sekejap lagi nak bertolak ke Terengganu... cuti2 Terengganu...mungkin Jumaat baru balik. Semoga segala urusan dipermudahkan. Selamat bercuti pada rakan2 semua.
Maaf tak sempat nak menjengok blog rakan2 dan komen n3 yang lepas pun tak berbalas.
Saturday, May 28, 2011
Kahwin...kumpul
Sekejap lagi nak pergi kenduri kahwin kat Putrajaya, anak jiran rumah lama.
Lepas tu pergi rumah adik kumpul2 sebab ramai kerabat yang datang, tidur satu malam. Aktivitinya makan-makan-makan.
Lepas tu pergi rumah adik kumpul2 sebab ramai kerabat yang datang, tidur satu malam. Aktivitinya makan-makan-makan.
Friday, May 27, 2011
Review Filem Nur Kasih.
Entri kali ni saya nak review tentang Nur Kasih the movie yang saya tonton kelmarin. Bagi siapa yang pernah layan drama Nur Kasih sebelum ni mesti dah tahu macam mana jalan cerita nya. Cerita dimulakan dengan watak Aidil iaitu abang kepada Adam yang kehilangan isteri akibat kemalangan dan meninggalkan 2 orang anak yang masih kecil. Sementara itu, Adam dan Nor Amina yang masih belum mendapat cahaya mata membantu anak-anak yang bermasalah dari segi sosial tetapi malangnya dipandang serong oleh segelintir orang yang beragama kerana mereka berpendapat matlamat Adam dan Nur tidak menghalalkan cara.
Adam dan Nur kemudiannya ke Mekah untuk menunaikan Umrah dan meneruskan percutian mereka ke Jordan. Cerita ini banyak membawa penonton 'melancong' ke Jordan terutamanya di Kota Petra. Mereka diuji dengan pelbagai dugaan sementara di sana, antaranya keretapi yang dinaiki berlanggar dengan lori yang tersangkut di landasan dan menyebabkan letupan kecil. Pada ketika itu, Nur kehilangan cincin perkahwinan dan Adam bertegas untuk kembali ke tempat kemalangan mereka untuk mencari cincin Nur. Adam telah hilang beberapa hari akibat ribut pasir yang melanda di kawasan tersebut dan akhirnya Nur menjumpai suaminya setelah berusaha mencari di merata Jordan.
Mereka pulang ke Malaysia dan Adam malangnya didapati menghidap penyakit jantung setelah doktor menjumpai serpihan bom di jantungnya akibat letupan di Mumbai (berlaku dalam drama). Nor berusaha mencari dana untuk membiayai kos rawatan suaminya sementara Aidil mengganti tempat Adam mendidik anak-anak bermasalah tersebut. Dalam pada itu, teman lelaki kepada seorang daripada anak bermasalah itu berdendam dengan Aidil kerana menganggap Aidil merampas kekasihnya. Berlaku pertelingkahan antara Aidil dan teman lelaki pelajarnya dan ketika itu seorang pelajar Adam yang baik hati membantu Aidil. Malangnya, pelajar tersebut terbunuh dan tanpa diketahui beliau membuat health screening untuk menderma organ kepada Adam.
Untuk mengetahui lebih lanjut penceritaan ini, saya menggalakkan untuk menonton cerita Nur Kasih kerana terdapat banyak moral value yang boleh dimanfaatkan. Saya kagum dengan Khabir Bhatia kerana beliau berjaya menerapkan nilai-nilai murni yang Islamik walaupun beliau bukan beragama Islam.
hubby beli semalam
Sekarang ni musim mangga harga pun murah boleh buat juice hari2.
Wednesday, May 25, 2011
Wayang...novel...projek... dan...
Hari ni saya dan Mimi pergi menonton wayang cerita Nur Kasih, dah banyak kali dia mengajak saya tengok cerita tu katanya dia nak buat sebagai hadiah Hari Ibu tempohari. Mulanya saya menolak tapi kesian pula dah banyak kali memujuk. Kami tengok tayangan pukul 1 tapi pukul 12 dah sampai kat panggung. Disebabkan masa yang terluang kami ke kedai buku Popular yang bersebelahan dengan panggung.
Kalau saya masuk ke kedai buku memang tak boleh nak tahan, ada2 saja buku yang saya minat. Masaalahnya buku2 yang dibeli di Pesta buku tempohari masih banyak yang belum habis dibaca. Pergi kat rak novel melayu nampak satu buku yang ceritanya sambungan dari novel yang pernah saya baca. Hasil tulisan Fauziah Ashari bertajuk Cinta...Tiada Akhirnya, novel sebelum tu bertajuk Ombak Rindu. Disebabkan saya nak tahu cerita selanjutnya akhirnya saya beli juga. Sampai kat kaunter Mimi yang bayar, Hadiah untuk mama... katanya. Nak tergelak rasanya sebab orang yang memberi hadiah tu masih dalam tanggungan.
Semalam projek ibu dan anak buat kuih tepung talam ikut resepi buku aneka alaf 21. Sedap rasa kuihnya selalu kalau saya buat guna tepung gandum tapi kali ni guna tepung beras. Susun kuih bertingkat2 macam bentuk kapal cruise biar nampak menyelerakan, ada macam kapal cruise tak? Sebenarnya saya belum pun pernah naik cruise, hubby pernah ajak satu ketika dulu dah lama dah tapi menolak sebab terlau mahal.
p/s: Hari ini genap 10 tahun abang saya pergi menemui Ilahi semoga rohnya dicucuri rahmat... Al - Fatihah
ihsan dari google
gambar dari google
tepung talam cruise
Monday, May 23, 2011
Satay & Aktiviti Anak Beranak
Hari ni saya update cerita yang dah basi untuk panduan sesiapa yang nak baca blog saya. Hari Sabtu Mimi sekali lagi menghadirkan diri untuk ujian undang2, alhamdulillah lulus dan proses seterusnya akan dimulakan. Sebagai rewardnya saya mencadangkan kami pergi makan satay di Satay Station. Masa kami nak pergi makan hari tu hujan lebat sangat, dalam kereta rancak bersembang, tiba2 tak tahu macamana tahu2 dah ke arah Satay Haji Samuri. Alang2 dah sampai kami teruskan makan di situ walaupun memang dah tahu akan mengecewakan.
Kalau ada saudara atau kenalan yang empunya satay ni membaca blog saya harap tolonglah perbaiki mutu sataynya. Tahun lepas masa anak dan menantu saya balik ke M'sia kami bawa mereka makan ke tempat ni, kami dihidangkan dengan satay yang tak masak. 3 atau 4 lidi masih bercantum. Sepatutnya kalau dibakar satu persatu lidinya mesti tak bercantum kan. Selalu bila makan satay mesti macam gambar yang dibawah ni lidinya berlerai isi dagingnya nampak macam kena bakar tapi apa yang kami makan ianya bercantum dan kalau satay ayam warnanya langsung tidak berubah.
Perkara macam ni dah banyak kali berlaku dan pernah saya tegur tapi masih ditakuk yang sama. Saya bukan nak mencemarkan nama baik tokey satay ni tapi untuk kebaikan supaya di lain masa benda ni tak akan berulang. Mungkin sesetengah orang tak berapa kisah benda remeh macam ni tapi saya agak cerewet sebab saya nak makan benda yang elok dengan harga yang saya bayar terutamanya bila saya membawa seseorang yang datang dari luar negara. Ok kita tinggalkan cerita satay yang mengecewakan ini.
Petang sebelum pergi makan satay saya dan Mimi buat kuih keria. Semalam pula siadik mecuba buat cookies bersendirian buat pertama kalinya, rasa biskutnya sedap tapi tak berapa cantik. Lain kali boleh improve daya seninya. Lupa nak ambik gambar biskut.
Kalau ada saudara atau kenalan yang empunya satay ni membaca blog saya harap tolonglah perbaiki mutu sataynya. Tahun lepas masa anak dan menantu saya balik ke M'sia kami bawa mereka makan ke tempat ni, kami dihidangkan dengan satay yang tak masak. 3 atau 4 lidi masih bercantum. Sepatutnya kalau dibakar satu persatu lidinya mesti tak bercantum kan. Selalu bila makan satay mesti macam gambar yang dibawah ni lidinya berlerai isi dagingnya nampak macam kena bakar tapi apa yang kami makan ianya bercantum dan kalau satay ayam warnanya langsung tidak berubah.
gambar google
Petang sebelum pergi makan satay saya dan Mimi buat kuih keria. Semalam pula siadik mecuba buat cookies bersendirian buat pertama kalinya, rasa biskutnya sedap tapi tak berapa cantik. Lain kali boleh improve daya seninya. Lupa nak ambik gambar biskut.
kuih keria sengaja buat tak banyak gula
Friday, May 20, 2011
Lesen dan Pajeri Nenas
Lama saya tak menjengok blog agak sibuk sikit sebab mengendalikan kakak, alhamdulillah kakak dah keluar dari wad berehat dirumah dan akan menjalani perubatan traditional pula. kakak dah boleh uruskan diri sendiri cuma dia tak boleh ditinggalkan sorang2 sebab takut terjatuh. Doktor bekalkan ubat2 dan setiap pagi dia perlu melakukan exersice.
Tangan saya pula dah boleh digunakan untuk membuat kerja2 ringan. Tambah seronok lagi anak perempuan saya Mimi sedang bercuti semester. Bila dia dah ada kat rumah kebanyakan kerja2 dan memasak dia akan lakukan dan saya cuma membantu. Semalam kami sama2 memasak dan salah satu menunya pajeri nenas. Dah lama saya teringin nak makan pajeri nenas tapi penghuni tetap dalam rumah ni tak berapa gemar jadinya saya terpaksa menunggu Mimi balik.
Semalam Mimi menghadiri ujian undang2 jalan raya, bila balik nampak muram aje saya dah tahu keputusannya tapi takpe mungkin besok dia akan mengulangi ujian itu lagi. Dari dulu lagi lepas dia ambik SPM 4 tahun yang lalu saya menyuruh dia ambik lesen katanya dia tak berapa minat dan katanya lagi tak payah susah2 sebab dia akan menggunakan khidmat pemandu bila bekerja nanti. Besar betul angan2 anak saya ni nak tergelak pun ada belum bekerja dah pasang angan2 nak punya driver sendiri. Rupa2nya saya salah tafsir yang dia maksudkan driver persendirian tu adalah driver bas dan teksi.
Setelah dipujuk dan bila dah tengok kepayahan saya untuk memandu baru dia tergerak hati untuk mengambil lesen, alhamdulillah cair juga hatinya. Rasanya jarang budak2 sekarang yang tak mahu atau minat memandu tapi berlainan dengan Mimi. Harap2 besok Mimi lulus dalam ujian undang2 tu supaya proses seterusnya akan dimulakan.
Tangan saya pula dah boleh digunakan untuk membuat kerja2 ringan. Tambah seronok lagi anak perempuan saya Mimi sedang bercuti semester. Bila dia dah ada kat rumah kebanyakan kerja2 dan memasak dia akan lakukan dan saya cuma membantu. Semalam kami sama2 memasak dan salah satu menunya pajeri nenas. Dah lama saya teringin nak makan pajeri nenas tapi penghuni tetap dalam rumah ni tak berapa gemar jadinya saya terpaksa menunggu Mimi balik.
ihsan dari goggle
Setelah dipujuk dan bila dah tengok kepayahan saya untuk memandu baru dia tergerak hati untuk mengambil lesen, alhamdulillah cair juga hatinya. Rasanya jarang budak2 sekarang yang tak mahu atau minat memandu tapi berlainan dengan Mimi. Harap2 besok Mimi lulus dalam ujian undang2 tu supaya proses seterusnya akan dimulakan.
Sunday, May 15, 2011
Stroke
Pagi Jumaat selesai solat subuh saya dapat mesaj...mak kat ward immergency... tumbang kat ruang tamu....saya buka telekong terus turun kebawah dan tunjuk kat hubby. Bila hubby dah baca suruh saya bersiap tapi sebelum ke hospital kami terpaksa hantar kawan hubby ke bas station sebab dia nak balik ke Lumut, Perak. 2 hari sebelum tu hubby bersama kawannya pergi ke Kuantan atas urusan kerja dan baru balik pukul 1 pagi hari Jumaat. Kasihan kawan hubby saya cuma sempat buat air saja tanpa sarapan. Lepas tu saya pun terus bersiap dan kami terus bertolak ke bas station. Sampai saja terus beli tiket kebetulan bas yang nak dinaikinya memang nak berlepas. Bila bas kawan hubby dah berlalu saya dan hubby ke restoran yang berdekatan untuk sarapan sebelum ke hospital.
Sampai kat hospital anak buah berada disamping maknya, saya terus ke katil yang ditempatkan dan cium kakak berkali2. Anak buah beritahu blood pressure maknya terlalu tinggi dan kakak di serang stroke. Mulut kakak herot dan badan sebelah kirinya lemah dan doktor beritahu terdapat darah beku kat kepalanya. Disebabkan ia cepat dihantar ke hospital mulutnya dapat disembuhkan walau pun tak sepenuhnya. Selama 2 hari di hospital macam2 proses dilakukan dari pagi sampailah kepetang dan hari Isnin nanti doktor nak ambil air tulang belakang.
Sekarang kakak telah dipindahkan kedalam ward untuk rawatan seterusnya.Pagi ni saya dapat mesaj dari anaknya mengatakan b/p telah turun menjadi normal. Alhamdulillah proses pemulihan begitu memberangsangkan. Kami berharap selepas kejadian ni tak akan cuai lagi dan menjadi pengajaran supaya menjalani pemeriksaan walaupun berada dalam keadaan sihat. Sebenarnya kakak tak pernah mengalami apa2 penyakit kecuali alzheimer's, sebab itulah kami menyangka dia sihat.

Tuesday, May 10, 2011
Buah Tangan
Semalam adik balik dari tusyen bawa satu goodies bag dari Iran. Dalamnya ada satu tuperware berisi macam2 buah kering, kata adik teacher dia bagi. Saya makan sebiji kurma sedap rasanya, makan pula buah tin, kacang semuanya sedap2 belaka. Bukannya tak pernah makan buah2an tu tapi sememangnya rasa dia sedap2 belaka.
Adik ambik tusyen Bahasa Inggeris dengan cikgu berbangsa Iran, sebetulnya dia bukan bekerja tetap disini tapi buat PHD. Seorang yang berbudi bahasa dan rupa paras yang cantik pula. Saya tanya adik sama ada teacher dia bagi pada semua orang tapi jawabnya tak...cuma dia sorang...beruntunglah selalu jadi kesayangan cikgu. Rasanya mulut adik yang terlalu ramah membuat dia selalu jadi kegemaran cikgu yang mengajarnya.
jubah & kopiah
Seronoknya masing2 ada habuan tapi saya... tak ada. Masa hari ibu tempohari pun saya tak dapat hadiah, anak bujang bagi duit bukan hadiah hubby pula cuma bawa makan kat luar. Terasa hiba merajuklah konon, tetiba dapat cal dari anak... tanya mama nak hadiah apa? hehehe seronoknya....sebenarnya bukan hadiah yang di harapkan cukuplah dengan kasih sayang yang kalian telah berikan.
Sunday, May 08, 2011
Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Ibu buat semua khasnya kakak, adik, ipar duai, rakan2 yang dikenali, rakan2 alam maya dan semua yang bergelar ibu di luar sana.
Semalam pergi makan kat luar meraikanya tapi cuma bertiga. Inilah yang kami makan, saya dan hubby makan makanan dan minuman yang sama, lamb chop dan lemonade manakala adik makan pizza dan air strawberry.
Petang semalam sebelum keluar masak bubur kacang campur durian, makan satu mangkuk malamnya pula makan lamb chop, lupa diri bila balik rumah risau yang amat. Alhamdulilllah bagun pagi tadi tak apa2, sihat sejahtera hehehe...
Semalam pergi makan kat luar meraikanya tapi cuma bertiga. Inilah yang kami makan, saya dan hubby makan makanan dan minuman yang sama, lamb chop dan lemonade manakala adik makan pizza dan air strawberry.
bubur kacang & durian.
Thursday, May 05, 2011
Suka-Suka
Pagi tadi cuaca nampak terang saya buka pintu sebab nak jemur kain, bunyi kat depan rumah kring krung krang kring krung krang bunyi wind cham bila di tiup angin. Dah lama tak dengar wind cham berbunyi kuat. Kalau angin kuat bertambah kuatlah bunyinya. Kegemaran saya bila pergi mana2 nampak wind cham tak kira bentuk apa saya akan beli. Dulu banyak kat atas awning tapi sekarang dah banyak jatuh sebab talinya putus.
Masa saya pergi ke Sarawak Cultural Village di Kucing ada nampak benda yang dibuat dari rotan kalau saya tak silap. Orang Iban gunakan benda ni masa pesta Gawai, saya tak tahu namanya. Saya beli sampai 3, masa nak bawa balik terpaksa masukkan dalam plastik sampah hitam. Anak2 gelakkan saya kata mereka mama semua benda nak angkut. Dah minat nak buat macamana tapi ramai yang tanya kat mana saya beli. Kalau sesiapa berminat pergi ke KLCC ada satu kedai yang jual benda ni.
Lepas tu dulu kat awning saya juga banyak sarang burung tempua macam2 bentuk ada. Sesiapa saja lalu depan rumah tentu bertanya mana saya dapat, mungkin diorang ingat saya pelihara burung tu kot. Sebenarnya saya beli kat Sungai Buluh masa tu rm10 dapat 3. Sarang burung tempua ni ada yang jantan dan betina setahu saya yang ada berbilik tu betina dan yang jantan pula cuma ada lubang dan tempat bertenggek aje, itu yang diberitahu cina penjual pada saya. Sekarang sarang burung tempua ni dah tak ada sebab banyak yang rosak.
Sangkar burung ni pula saya cuma gantung aje tak ada burung di dalamnya tapi setiap pagi banyak burung2 akan datang, macam2 kaler ada tapi burungnya bersaiz kecil. Walaupun burung2 tu kecil bunyinya sungguh merdu.
Setiap orang pasti ada kegemarannya kan. Rasa bahagia, aman damai bila dengar bunyi2 yang merdu.
warna asalnya coklat
gambar dari google
Wednesday, May 04, 2011
Mekar Di Taman
Tengok dekat blog kakpah cannn...tik sangat bunga orkid yang ada di tamannya, saya pun tak nak ketinggalan ambik kamera tapi bukan DSLR snap snap le kat taman saya, inilah hasilnya.
Gambar kat bawah ni anggerik hutan, wangi baunya tapi bunganya tak tahan lama cuma satu hari saja.
Sunday, May 01, 2011
Mengimbau kisah lalu
Orang selalu kata bapa borek anak rintik tapi kalau mak dan anak perempuan nak panggil apa ya. Tadi bila membaca satu n3 air mata meleleh2 bukan sebab sedih tapi geli hati dengan cerita masa lampau ibu dan anak ni. Kalau sesiapa baca n3 ni jangan gelak tau anggaplah ia satu cerita dongeng.
Satu ketika dulu nama arwah Sudirman cukup popular, dimana saja orang akan bercerita tentang dia. Tambahan pula dia seorang penyanyi yang educated, itu sebab orang gelar dia singing lawyer.Saya juga tak terlepas dari meminati arwah, rasanya minat tu dah sampai kepada cinta bertepuk sebelah tangan, lebih kurang syok sendiri lah. Boleh katakan semua lagu2nya ada dalam simpanan saya dan kebanyakan show dia juga saya tak ketinggalan. Semua cerita dan gambar arwah baik di majalah mahu pun di surat khabar akan saya gunting dan simpan.
Perasaan syok sendiri ni berlanjutan sampailah arwah berkahwin, dalam rasa seronok tapi dalam hati tetap kecewa. Masih lagi minat giler walaupun dah tahu dia kepunyaan orang. Rupanya jodoh arwah tak ber panjangan dan dari saat itu arwah dah mula tak ceria dan tak lama arwah pun jatuh sakit. Masa yang paling sedih bila arwah sakit semua berita tentang dia tak dapat diketahui dan akhirnya berita dia meninggal tersiar di radio dan di surat khabar. Ingat lagi masa mula2 dapat berita saya menangis sampai tak boleh buat kerja, berhari2 saya dalam keadaan bersedih.
Itu cerita dulu masa saya syok sendiri dan ini pula cerita anak perempaan saya. Rupanya dia juga mengikut jejak maknya. Saya baru tahu bila baca n3 dia. Dulu tahulah juga dia minat kat seseorang tapi biasalahkan budak2 minat pada yang handsome. Yang nak tergelak tu orang yang dia minat ialah prince William, mimpi disiang hari kot anak saya ni, kira2 macam cerita kartun lah. Kalau nak tahu cerita dia boleh baca kat sini. Yang membuat saya terkejut bila membaca comment kawan sekolah rendahnya yang dah lama tak bertemu. Itu yang membuat cerita yang diceritakanya adalah soheh, bukan tipu2 minat.
Siang tadi saya berborak dalam talipon denganya, tanya dia masih suka lagi ke, jawabnya dia dah dapat prince yang lebih sepadan dan faham erti perasaan. Saya juga merestui pilihan yang ada sekarang, mudah2an dengan izin Nya mereka menjadi pasangan yang halal .

Subscribe to:
Posts (Atom)