Saturday, December 21, 2013

Tahniah buat Azalea.

Salam buat semua rakan2....

Terima kasih buat ummiross, Kakzakie, MulutPayau dan Acik Erna atas ucapan dan doa untuk Mimi. Semoga segala doa menjadi kenyataan dan diberkati Allah swt.


Dapat berita gembira dari adik lelaki saya , anak bongsunya mendapat 7A 1B dalam PMR yang diumumkan semalam. Alhamdulillah dan tahniah buat Azalea Mariah. Walau sibuk dipadang kuda masih boleh mendapat keputusan yang agak cemerlang. Setiap minggu dan kadang2 dihari persekolahan terpaksa menjalani latihan berkuda.

Sejak memasuki sukan berkuda sudah banyak kali menang dalam pertandingan. Bukan hanya pingat yang diperolehi tapi duit pun banyak juga. Semoga satu hari nanti dia menjadi seorang penunggang kuda yang berjaya dan terkenal. Minat sejak kecil dan bukan itu saja Azalea seorang yang agak unik. Tanpa ada memasuki kelas muzik dia juga boleh memainkan alat2 muzik terutamanya piano. Berlatih menggunakan Youtube dia boleh menghasilkan muzik yang bagus. Itulah kelebihan cucu bongsu ayah yang seorang ini.


  dalam The Star

Azalea

sebahagian dari pingat yang diperolehi dalam pertandingan.


Tahniah juga buat yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR semalam dan buat yang tidak berapa cemerlang jangan bersedih. SPM menanti anda, berusahalah dari sekarang untuk mendapat keputusan yang lebih baik.




Thursday, December 19, 2013

Selamat Hari Lahir.

Salam...

Pada tahun 1989 lahir seorang bayi perempuan yang sangat2 dinantikan. Sebelum ini sudah ada anak lelaki pastinya keinginan anak perempuan memang diharapkan. Tidak banyak ragam dan kebanyakkan masa ditinggalkan dengan pembantu rumah. Bermula ke sekolah seawal umur 4 tahun. Pra sekolah di Ukay Height berdekatan dengan Highland Tower yang pernah menggembarkan negara.

Senang berkawan tapi kadang2 ada orang tersalah tafsir mengatakan sombong sebab muka susah nak senyum. Kalau dah kenal dia seorang yang baik, peramah dan manja. Memilih kerjaya sebagai peguam In Shaa Allah jika tidak ada aral melintang. Sekarang menjadi sahabat baik kepada saya, apa saja cerita, masaalah atau rahsia boleh berkongsi.


Mimi sebelah kanan


Mama, baba, abang dan adik mengucapkan Happy Birthday buat akak semoga menjadi anak yang berjaya didunia dan diakhirat.



Gambar ihsan dari google.



Tuesday, December 17, 2013

Leed War Museum

Salam...













Cantik kan... cara sususan senjata yang dipamerkan di Leed War Museum,Uk. Hubby sempat melawat tempat ini semasa disana tempohari.



Wednesday, December 04, 2013

Minat Buku atau Penulisnya.

Salam...

Apa khabar rakan2 semua? Harap2 semuanya sihat. Cuti sekolah sudah bermula tentu ramai dikalangan rakan2 yang pergi bercuti. Kalau pergi ke Pantai Timur agak membimbangkan sebab sekarang banyak kawasan telah dilanda banjir. Harap2 sesiapa yang tinggal disana atau yang bercuti lebih berhati2.

.................................


Masa berkemas bilik Mimi terjumpa sebuah buku kepunyaannya yang agak lama sudah dibeli tapi belum sempat dibaca. Penulisnya siapa lagi kalau bukan Faisal Tehrani. Mimi terlalu minat dan banyak buku2 beliau yang diperolehinya. Kebetulan saya sudah kehabisan buku untuk dibaca, apa lagi baca sajalah tanpa minta izin dari tuannya.




Walaupun dirumah ada banyak buku hasil tulisan Faisal Tehrani tapi saya jarang membacanya sebab bagi saya bahasa yang digunakan agak unik. Hanya ada sebuah buku beliau yang ceritanya memang saya ingat sampai sekarang. Buku yang saya maksudkan 'Tunggu Teduh Dulu''. Kalau sesiapa yang punya kekasih atau berkahwin dengan lelaki yang lebih muda akan tersenyum sebab panggilan yang diberikan buat lelaki itu adalah betik muda. Sesiapa yang berminat eloklah mencari, recomended.