Monday, March 28, 2011

Minor Aje...

Besok tibalah masanya masa yang ditunggu2...

Besok tangan kanan saya akan dihiris, akan ada 2 hirisan, satu ditapak tangan dan satu lagi dipergelangan tangan.

Operation minor aje tapi hati dan perasaan tetap takut, takut tengok darah. Kalau doktor ambik darah sebelum ni pun muka toleh kearah lain, seram sejuk. 

Menurut doktor selepas luka ditangan kanan baik hiris pula tangan kiri.

Selalu main hiris2 bawang tapi besok tangan sendiri kena hiris.

 Doakan saya cepat sembuh ya...

Rehat Sementara....

Tuesday, March 22, 2011

Rindu

Rinduuu...nya saya pada tempat ni...



Rasa nak terbang hari ni juga...

Friday, March 18, 2011

Tangan... Lagi

Minggu lepas jatuh kat tangga tapi sempat tahan dengan tangan, punyalah sakit tangan kanan kerana hentakan terutamanya jari telunjuk. Selalunya bila naik tangga selipar ditinggalkan kat bawah tapi hari tu tak tahu kenapa sedap aje kaki mengusung selipar naik ke atas. Sampai kat 5 anak tangga terasa macam selipat nak terlucut membuatkan badan tak seimbang. Nasib baik jatuh arah kedepan kalau kebelakang... nasiblah...

Masa jatuh tu bubuh minyak dan urut sendiri aje tapi bila besoknya dah bengkak mungkin masuk angin agaknya. Hubby bawa pergi ber urut, punyalah sakit, dipulas, dibengkokkan jari2 saya. Menjerit jugalah menahan kesakitan. Beberapa hari masih lagi sakit terutamanya kalau dibengkokan, berdenyut rasanya, nak buat kerja rumah pun susah, nak pegang pen pun sakit. Oleh sebab tak tahan akhirnya hubby bawa pergi hospital. Menurut doktor jari tak patah cuma muscle tu bengkak sebab hentakan. Dia bagi ubat tahan sakit dan katanya 2 atau 3 minggu akan baik seperti sediakala.

Hai...apalah nasib dengan tangan ni....belum baik bab kebas dah datang satu lagi penyakit.
Asyik2 tangan...tapi masih bersyukur jika dibandingkan dengan mereka2 yang menderita penyakit kronik.

Tuesday, March 15, 2011

Nukilan Dr. Anas Ahmad Karzon


 Buku ni saya beli pada ustaz yang beri ceramah masa pergi kursus haji, harganya rm80, hard cover. Ia berkaitan dengan penyucian jiwa. Belum baca baru tengok isi kandungan jadi tak dapatlah nak huraikan.

Sunday, March 13, 2011

Matta Fair

Hari Jumaat lepas saya pergi ke MATTA fair di PWTC, dari pagi hujan tak berhenti2 sampai kat tengah jalan kawan hubby call kata jalan jem sesangat lepas tu susah nak dapat parking. Bila dah tahu macam tu kami pun terus ke LRT dan parking kereta kat situ. Naik LRT sampai terus ke station PWTC. Masa sampai tu ramai juga orang tapi rasanya lebih ramai jika dibandingkan dari tahun2 sebelumnya.

Saya, hubby dan 2 orang anak jalan2 dari satu dewan kesatu dewan. Kesemuanya ada 3 dewan, ada tempat2 melancong yang dah dalam list tapi belum beli tiket sebab nak fikir dulu mana yang terbaik untuk dibeli. Pergi kat satu kaunter dapat pula tiket ke UK yang agak murah siap bagi no pasport lagi tapi beritahu kat jurujual kami nak cari yang lain dulu sebelum comfirm. Cadangan lain pula bulan Jun nanti saya sekeluarga ingin bercuti  ke Beijing atau ke Bandung sebab cuti hujung tahun nanti kakak dan adik nak ke rumah abang mereka di Portsmouth,Uk.

Hubby mengajak pergi makan dulu sambil tu bolehlah fikir2 package mana yang nak diambik. Kami pun ke food court dekat mall yang berdekatan. Saya dan hubby makan nasi dan anak2 pula masing2 makan mee goreng. Tengah sedap makan tetiba hp saya berbunyi, mulanya  ignore saja sebab tengah menyuap tapi dah 2 kali berbunyi siadik tolong ambikkan. Dia baca lepas tu bagi tau... abang Tam sms ada berita kurang baik berlaku. Saya capai hp terus baca mesej lepas tu cakap dengan hubby kita cancel ajelah semua holiday buat masa ini sebab hati pun dah tak berapa sedap bila dapat berita macam ni. Anak2 pun setuju lagi pun masih banyak waktu untuk mencari tiket buat mereka. Bila semuanya setuju kami kekaunter yang dibooking tadi semula untuk memberitahu kami tak jadi beli tiket.

Saya terfikir apalah jadi pada agent2 yang buat jualan untuk pergi ke Japan dan yang lebih malang lagi bagi orang2 yang dah beli tiket. Tentu merosot jualannya, siapa berani  nak pergi holiday kalau dah  bandarayanya dilanda bencana kan.

Tuesday, March 08, 2011

PHD

Kalau dulu dirumah lama, saya punya jiran2 yang amat baik dan sampai sekarang masih kekal bersahabat. Kami seperti adik beradik tolong menolong, sentiasa bergelak ketawa, bersembang isu semasa yang kadang2 gelak sampai nak pecah perut dan keluar air mata. kalau masak makanan pula mesti sampai kerumah masing2. Anak2 pula hormat dan alhamdulillah sampai sekarang walau ada yang sudah berkeluarga dan berjawatan tinggi bila berjumpa tak sombong dan masih datang berkunjung kalau ada yang sakit atau kenduri kendara. Itu jiran2 lama saya.

Sekarang bila berpindah kesini saya punya jiran yang mesra tapi ada maksud. Kalau jiran tu tak banyak sangat menyibuk hal orang lain mungkin tak jadi masaalah buat kita tapi yang masaalahnya saya punya 2 orang jiran yang ada sifat PHD. Seorang dah 2 kali ke Mekah dan seorang lagi bolehlah dikatakan kubur kata mari. Mereka tak habis2 menyakitkan hati saya, ada saja kesalahan saya dimata mereka. Kalau dulu saya banyak bersabar dan mulut saya masih boleh menegur sapa walaupun macam2 mereka lakukan terhadap saya tapi sekarang kalau berjumpa dengan mereka saya hanya senyum kambing, itu pun rasanya senyum kambing lebih cantik kalau dibandingkan dengan senyuman saya sebab senyuman kambing tu lebih ikhlas. Ada ke kambing senyum?

Dulu masa anak saya kahwin dengan omputih sibuk pukul canang, macam2 cerita sampai ketelinga saya. Kononnya was2 dengan pegangan menantu saya, sembahyang ke, puasa ke, tahu ke hukum hakam, tahu ke halal haram. Lagi pula menantu saya masih berpakaian seperti yang dia pakai sebelum masuk Islam, senang cakap tak menutup aurat. Kalau dia bangsa omputih pakai pakaian yang terdedah sedap juga mata memandang, kulit putih, rambut blonde, mata pula biru macamana kalau bangsa melayu beragama Islam yang memakai pakaian melampau.Islam hanya agama keturunan, bila azan berkumandang masih lagi berpeleseran kesana kemari. Itu cerita menantu saya.

Cerita terbaru isu rumah saya, tak tahu apalah sangat nak di cemburukan bukannya saya bina banglo bertingkat2. Dinding rumah saya pun bukannya kristal, paip air saya pun bukan disalut dengan emas. Saya cuma touch up apa yang diperlukan untuk dipandang lebih kemas. Ada2 saja yang tak kena, kalau rumah orang lain tak berapa nak dibetulkan dikata mereka sakit mata memandang. Mengapalah ada manusia yang begini rupa. Kadang2 rasa nak pindah semula kerumah lama atau beli saja rumah lain tapi hubby cakap biarlah mereka nak cakap dan buat apa. Lagi pun yang bersifat PHD melampau cuma 2 orang manakala jiran yang lain semuanya ok aje.

Sunday, March 06, 2011

Happy Birthday Adik !!!

Sepatutnya n3 ni semalam diupdate tapi dek kerana sibuk yang melampau maka hari ini baru dapat di post. Macamlah banyak sangat urusan mengalahkan first lady.

Semalam adalah hari jadi anak bongsu saya iaitu umurnya genap 15 tahun. Mama nak wish Happy Birthday pada adik & mama sentiasa doakan agar adik berjaya di dunia dan di akhirat. Tak lupa juga mama sentiasa berharap agar adik patuh pada suruhanNya.

Kelmarin sempat pergi makan kat Satay Station di Setiawangsa tapi yang kelakarnya sampai kat sana bila dah order satay nak pula makan chicken chop kebetulan disebelah kedai satay ada Steak House, nasib baik waiter nak hantar. Bagi saya satay disini memang sedap, rasanya jauh berbeza kalau dibandingkan dengan satay yang terkenal tu, kalau sesiapa nak mencuba saya memang recommend. Disini juga terdapat mee rebus yang rasanya sama macam mee rebus yang terdapat di Setulang, Jb. Jadi tak payah pergi ke JB kalau nak makan mee rebus Setulang.

Pagi semalam dapat pula pergi main ice skating ditemankan kakak. Sepanjang hari disana seronok sebab dapat free ticket, kalau jadi ahli mereka bagi masuk percuma bila birthday. Makan di Fullhouse Sunway lepas tu beli ice cream di Tutti Frutti.Tanpa pengetuan adik, kakak mencuri masa pergi membeli sehelai baju, handbag dan sebuah novel bertajuk Pure Sin di MPH. Hubby hantar dan jemput dan sebelum pergi saya bagi kakak duit untuk treat adik lepas tu beli barang present untuknya. Dah balik rumah baru serahkan present pada dia.

Sekali lagi mama nak ucapkan...

Selamat Hari Jadi Buat Adik 

Saturday, March 05, 2011

Teringat.

Minggu ni agak sibuk sikit sampai tak sempat nak menyinggah ke blog kawan2. Bila dah reda nanti  insyaAllah  saya akan berkunjung.

Semalam ke KLIA untuk berjumpa dengan mak saudara hubby yang akan ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Dia pergi bersama2 kawan yang ke semuanya datang dari Ipoh. On the way tu sambil sembang2 dengan hubby dengarlah pulak lagu Hingga Akhir Nanti nyanyian Alleycat.Sedap di dengar dan teringat kisah se musim dengan lagu2 tu. Yang paling seronok masa saya terjumpa dengan kumpulan Alleycat di KLIA masa nak pergi ke Kucing beberapa tahun yang lalu. Masa tu  adik David kalau tak silap Loga namanya masih sihat, kami sempat berbual dan bergambar bersama mereka. Masih kekal dalam ingatan betapa mesranya mereka dan David sempat nyanyikan lagu Hingga Akhir Nanti dan ucapan terima kasih dengan gaya yang dia selalu lemparkan pada peminat2nya.

Tak lama kat sana sebab siadik akan balik sekolah lepas tu hubby pula nak pergi solat Jumaat.