Saturday, January 30, 2016

Ceriakan laman.

Assalamualaikum....

Pergi Kelantan tempohari singgah nursery. Ingat nak cari orkid tapi tak banyak. Nampak bunga raya beli dua satu pink dan satu lagi warna kuning.  Bila balik rumah yang kuning kuntum semua gugur dan daunnya pula dimakan belalang. Yang pink banyak kuntum belum berkembang. Tangan saya tak berapa serasi dengan bunga raya dan bunga ros.





Bunga raya warna kuning jadi botak.


Bunga kembang pukul 10 ambik kat rumah adik.


Dah beli sebulan bunga dah mula gugur 3 pasu rm10.


Bunga letup2 belum banyak berbunga.


Orkid rama rama dah 2 bulan beli masih segar




Orkid diatas kembang dilaman.




Wednesday, January 27, 2016

Perjalanan Pergi dan Balik.

Assalamualaikum...

Masa nak pergi Taiping tempohari singgah R&R Bukit Gantang untuk membeli buah2an. Kebanyakkan gerai menjual buah2an yang sama seperti jambu, mangga, limau bali, mata kucing dan sebagainya.





Masa nak balik ke KL pulak jalan2 Taman Tasik Taiping. Sangat terpesona bila tengok pokok2 yang unik dan cantik.  Saya rasa mesti pokok2 itu sudah berumur puluhan tahun sebab tengok dari batangnya yang besar dan merendang. Dahannya yang merendang membentuk sangat cantik. Tasik tu juga menyediakan bot2 yang berbentuk itik untuk disewa kepada pengunjung. Bukan itu saja basikal pun disediakan untuk ronda2 taman. Kalau sesiapa yang menghala ke Utara singgahlah boleh jalan2 ambik angin Taiping Bandar Warisan.











Dah habis ronda2 Taiping kami ke Kuala Kangsar pulak. Hubby kata dia nak ikut jalan lama boleh tengok kampung2. Maklumlah orang tak ada kampung dapat tengok pun dah rasa seronok. Bila sampai ke bandar Kuala Kangsar saya terpandang bangunan yang memang terkenal di Kuala Kangsar. Disini lahirnya cendiakawan dan ramai pemimpin negara. Bangunan yang saya maksudkan adalah Malay College (MCKK).

Di Kuala Kangsar kami jalan2 dekat bazar. Banyak jual craft tangan terutamanya labu sayong, bakul rotan, tikar mengkuang, bantal, tilam kekabu, songkok, barangan tembaga, golok, pisau yang berbagai bentuk dan macam2 lagi. Kuala Kangsar memang terkenal dengan labu sayong. Tak banyak ambik gambar kat bazar Kuala Kangsar. Perut sudah berbunyi menandakan kelaparan tambah pula cendul dan laksa sudah didepan mata.




Kuala Kangsar terkenal dengan laksa dan putu beras. Sayang saya terlupa membeli putu beras. Rasa laksa perak agak berbeza sedikit bukan kuah tapi laksanya. Saya tak pasti buat dari tepung apa. Kami memilih gerai yang mengadap ke sungai Perak. Kalau saya tak silap disungai itulah diadakan pesta air setiap tahun.



Sudah habis jalan2 kami masuk highway dan meneruskan perjalanan balik ke KL.




Saturday, January 23, 2016

Penat tapi Seronok

Assalamualaikum...

Saya tak tahu berapa ratus kilometer saya berjalan dalam sebulan. Setiap minggu jarang ada dirumah kerana mengikut hubby pergi outstation. Tahun baru tempohari saya ke Terengganu minggu kedua pulak ke Kelantan. Sekarang on the way ke Taiping untuk menziarahi adik.

Kadang2 rasa dah tak larat tapi kesian pulak bila biarkan hubby pergi keseorangan. Boleh aje hubby pergi naik kapal terbang tapi dia lebih suka memandu sendiri. Selepas habis tugas boleh pergi jalan2. Kadang2 hubby cuma menghadiri meeting waktu pagi sahaja. Petangnya kami selalu jalan2.

Kalau dulu saya hanya ditinggalkan bila hubby outstation. Ini kerana pada masa itu masih ada anak yang bersekolah. Selain dari suri rumah saya juga merangkap menjadi supir. Bila anak bongsu sudah masuk Uni masa untuk berdua lebih banyak. Seronok juga sepanjang perjalanan boleh bercerita macam2 terutamanya tentang anak2.

Semalam saya ke kedai arab yang menjual barangan dari Timur Tengah. Saya nak mencari air zamzam dan kurma nabi untuk dibawa ke rumah adik. Kebetulan hubby mengajak makan nasi arab di restoran Saba yg bersebelahan dengan kedai arab tu. Selain pan ajaib yang saya beli diRantau Panjang saya juga bawa air zamzam dan kurma nabi untuk adik. Harap2 biarlah dia suka dengan barang2 yang saya bawa.



Ambik gambar dari kotak sebab saya nak adik yang buka.







Friday, January 22, 2016

Beli Macam2

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh barakah.

Tilam ini saya letak dipangkin laman rumah untuk santai.




Cerek ini akan saya guna bila nak buat minuman panas bila berkumpul ramai2. Dekat rumah kebanyakkan teko kaca.




Kuali ini sudah pasti digunakan untuk memasak. Selalu guna kuali biasa atau pan untuk menggoreng.


Mangkuk tingkat boleh taruh makanan bila pergi berkelah. Saya pernah nampak orang bawa mangkuk tingkat bila dia nak tapau lauk direstoren. Mungkin orang tu jenis yang jaga kesihatan tak mau guna plastik atau polystrin nak isi lauk.


Antara barang Yang saya beli di Rantau Panjang.




Thursday, January 21, 2016

Bakul Montel

Assalamualaikum...

Masa pergi Rantau panjang tempohari saya dan hubby masuk satu kedai yang jual macam2 barang. Tiba2 hubby jumpa sesuatu. Katanya elok sangat untuk montel. Bila minta pada pekerja kedai dia gelak sebab selalu orang beli untuk baby tapi hubby pulak beli untuk kucing.

Ada 5 item termasuk sebiji tilam baby dalam bakul yang besar tu. Untuk montel bakul yang besar manakala yang lain boleh guna untuk kegunaan sendiri. Harga ke semua rm130.



Tilam tiada dalam gambar.




Nampaknya montel suka duduk dalam bakul tu.



Wednesday, January 20, 2016

Pasar Siti Khadijah.

Assalamualaikum...


Wordless Wednesday....











Pasar Siti Khadijah Kota Baharu, Kelantan.