Thursday, August 28, 2014

Subur Tanpa Bunga

Salam...






Pokok orkid saya tengah gila daun, adalah dua tiga pasu yang berbunga. Musim hujan elok juga tak berbunga takut kalau banyak sangat air bunga tak menjadi.

Yang kat bawah ini orkid hutan saya beli ditepi jalan masa bercuti di Cameron Hingland tempohari. Sudah keluar kuntum, belum pernah tengok bunganya lagi. Harap2 menjadilah sebab cuma sebatang aje yang keluar.

Orkid hutan




Tuesday, August 26, 2014

Ayam Berwarna

Salam...

Seorang sahabat saya membeli telor ayam yang berwarna warni. Kalau telor itu berwarna merah bila menetas nanti akan jadi anak ayam berwarna merah, kalau telor hijau anaknya hijau dan kalau telor berwarna kuning jadi kuninglah.

 Tapi kalau ayam itu sudah meningkat dewasa ia akan bertukar menjadi putih. Macamana boleh jadi macam itu ya. Itulah dengan adanya teknologi semua boleh dilakukan. Ada ke yang tak percaya...haaa ini buktinya saya tangkap gambar dalam reban ayam sahabat saya.

Anak ayam berwarna warni


Friday, August 22, 2014

Alfatihah.

Salam Jumaat...

Air mata mencurah2 semasa menonton siaran langsung kepulangan 20 dari 43 jenazah mangsa MH17 diturunkan dari kapal terbang untuk disemadikan dikampong halaman masing2.Tidak ada pertalian darah tapi hati ini begitu tersentuh dan menyayat hati. Bagaimanalah agaknya perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat. Hanya Allah yang mengetahui.

Hanya doa yang dapat kita titipkan buat mereka yang terpilih. Kepulangan mereka diberikan penghormatan dan disambut dengan perasaan pilu setiap rakyat diMalaysia. Buat keluarga mangsa diharap dapat bersabar dengan ujian Allah swt ini. Semoga mangsa aman disana dan ditempatkan bersama orang2 solihin.

Alfatihah..


Tuesday, August 19, 2014

Kaya buah2an.

Salam...

Syukur alhamdulillah beg telekong saya sudah ada ditangan seseorang, bila2 masa saya boleh ambil. Masa saya sampai dekat kedai makan tempohari kedai sudah ditutup. Saya berpesan dengan budak yang bekerja distation minyak dan tinggalkan no talipon untuk dihubungi. Alhamdulillah tuan kedai makan serahkan pada budak tu untuk disimpan dan serahkan bila saya datang.
Terima kasih pada rakan2 yang mendoakan.

...................................

Pokok cili ini saya beli diCameron Highland. Buahnya kecik2, harga dia rm6 sepasu. Tadi saya petik dapatlah segenggam.



Buah2an yang kat bawah ini pula saya angkut dari dusun sahabat yang tinggal diTerengganu. Walaupun saya tak punya dusun tapi setiap kali musim buah rumah saya penuh dengan buah2an.

Cempedak

Dokong

Buah naga

Semuanya masih dalam kotak, tak lalu nak kemas, masih penat.





Sunday, August 17, 2014

Sejadah Paling Mahal

Salam...

Sejadah paling mahal....tapi bukan harganya.

Semalam saya singgah distation minyak Kuala Lipis untuk bersolat. Sudah menjadi kebiasaan ke mana saja saya pergi saya akan mengunakan telekong dan sejadah sendiri.

Setelah solat hubby mengajak saya singgah digerai sebelah station minyak untuk minum. Habis minum kami pun beredar nak meneruskan perjalanan. Masa hubby nak ke kaunter bayaran HP dia berbunyi, dia pun mengarahkan saya untuk membayar. Selesai bayar kami pun berlalu.

Sampai diR&R Gua Musang hubby tanya nak makan dulu atau solat. Bila hubby sebut aje solat saya teringat beg telekong yang saya letakkan diatas kerusi masa saya minum di Kuala Lipis...Ya Allah beg telekong tertinggal. Kalau nak berpatah balik memang tidaklah sebab terlalu jauh.

Hubby mencadangkan kami makan dulu lepas tu pergi ke Pekan untuk mencari kalau2 ada jual telekong. Boleh saja saya solat dulu atau lewat sebab jama' dengan menggunakan telekong yang disediakan tapi bagaimana kalau kedai sudah tutup. Saya tak dapat nak bersolat ke masjid ke esokan harinya sebab hubby ada meeting dari pagi hingga ke petang. Alhamdulillah saya dapat beli walau tidak dibasuh sebelum dipakai, kira yakin ajelah yang ianya bersih dan suci.

Agak terkilan dan teringat2 walaupun hubby mengatakan bila balik nanti kami akan singgah untuk bertanya kepada tuan kedai. Telekong tu adalah pemberian adik ipar yang dibelinya di Bandung dan sejadah tu pula pemberian kawan balik dari mengerjakan haji. Manakala begnya saya beli diPerth. Kesemuanya ada keistimewaan.

Paling saya sayang sejadah sebab ianya sangat special. Masa saya menziarahi kawan yang balik dari Mekah dia bagi saya sejadah, boleh pilih katanya. Saya tak kisah apa saja pemberian orang saya terima dengan senang hati. Menurutnya dia ada membeli 2 helai sejadah untuk dia dan saya tapi sejadah itu telah digunakan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sepanjang dia berada disana. Sejadah tu sangat cantik dan berwarna goal. Pernah saya cari di Jalan Tuanku Abdul Rahman tapi tidak ada.

Bila saya nampak sudah tentu saya memilih sejadah ini bukan sebab harganya yang mahal tapi sebab nilainya. Sentuhan lantai dikedua2 buah masjid pada sejadah itu membuatkan saya tertarik. Sejak itu sejadah itulah yang saya angkut ke mana saja saya pergi walaupun usianya sudah lebih empat tahun. Pernah semasa saya solat diR&R Tapah sesudah solat orang sebelah bertanya dimana saya beli.

Saya berharap sangat2 akan dapat balik sejadah yang amat2 saya sayangi. In Shaa Allah.













Wednesday, August 13, 2014

Kuih Bakar Yang Dicari.

Salam...

Kalau pergi sebelah utara saya selalu membeli kuih bakar yang ada dijual di R&R Gurun atau kadang2 singgah diKuala Kangsar. Saya suka sangat kuih ini sebab masa arwah mak masih ada kami tak pernah tinggal membuatnya.





Kuih yang dibuat arwah mak memang sedap, belum pernah jumpa yang sama rasanya. Semasa saya pergi ke Penang tempoh hari saya ternampak kuih ini dijual ditepi jalan. Harganya rm6 satu paket, saya ambik satu aje nak mencuba.

Masa kat hotel saya tak makan lagi. Bila balik ke rumah baru saya makan. SubhanAllah inilah rasa kuih bakar yang saya cari2. Rasanya memang sama macam yang arwah mak saya buat. Malangnya saya cuma membeli satu paket saja. Bukan tak nak beli lebih tapi selalunya rasa dia biasa2 aje.


Tuesday, August 12, 2014

Menu Berbuka

Salam...

Mungkin ramai diantara rakan2 blogger sudah habis menunaikan puasa enam dibulan Syawal. Walau agak lambat saya tetap bersyukur hari ini genap enam hari saya berpuasa In Shaa Allah.

Tengah berfikir apa nak masak untuk berbuka. Dalam fridge ada daging, ada ayam, ada ikan tapi rasa nak makan lain dari yang lain. Teringat semalan saya ada masak sambal petai ikan bilis. Masih banyak berbaki sebab jiran ada bagi sambal petai udang.

Sambal petai ikan bilis

Rasanya sesuai tak kalau masak nasi lemak? cuma tambah ikan bilis goreng campur kacang, telur rebus, timun dan goreng sedikit ayam. Kalau hubby dia lebih suka ada kacang panjang sama ada direbus atau digoreng buat sayur tambahan. Sedap juga kan menu saya ini. Apa pendapat rakan2 semua?


Friday, August 08, 2014

Holiday tak Rasmi.

Salam...




Baru saja melepasi jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Pulau Pinang. Nak cari nasi kandar Restoren Line Clear. Perut dah berbunyi, tadi singgah kat R&R Rawang cuma makan nasi lemak bungkus aje.

Macam biasa percutian yang tak rasmi mengikut hubby outstation. Boleh cuci mata dan JJCM hehe...



Monday, August 04, 2014

Bercuti sambil Berhari Raya.

Salam...

Ramai yang sudah kembali ke rumah masing2 setelah bercuti panjang. Menyambut hari raya satu kemestian balik ke kampung pada sesiapa saja yang masih mempunyai kedua ibu bapa. Kemeriahan di kampung sangat berbeza jika dibandingkan dengan dibandar.

Hari kedua hari raya saya sekeluarga sempat menziarahi keluarga. Seronok sangat sebab ada diantaranya jarang dapat berjumpa. Dapatlah merasa makanan tradisi seperti lemang, ketupat dan kuih muih orang lama.

Hari ke tiga pula kami pergi bercuti ke Cameron Highland. Nak luangkan masa dengan anak2. Kami disana cuma tinggal 2 hari 1 malam. Cameron Hingland sudah tidak sejuk macam dulu2, tak payah pakai baju sejuk pun.








Adik paling seronok sampai masuk kawasan kebun teh yang tak sepatutnya masuk. Dalam seronok sangat bergambar seekor anjing datang menyerang. Nasib baik dia tak panik dapat cool kan anjing tu.Orang yang berada sekeliling semua menjerit. Alhamdulillah adik tidak cedera cuma pakaiannya saja yang kotor.

Masa nak balik beli sedikit ole2 untuk di bawa pulang terutamanya strawberry, sayur2 dan lain2.