Tuesday, February 23, 2016

Aksi Montel.

Assalamualaikum...

Dekat rumah ini ada seekor aje kucing. Kami namakan ia Montel. Semua sayang dekat montel. Hubby dan Mimi bila balik kerja montel yang dicari dulu. Kalau tak nampak sanggup cari sekeliling rumah.

Hari2 bila hubby dan Mimi pergi kerja montel hantar depan poarch. Begitulah juga bila balik dengar kereta masuk berlari ke depan pintu. Montel ni pemalu suka sangat tutup muka. Bila ada orang datang montel menyorok bawah meja atau kat belakang almari. Lagi satu montel suka tidur menggunakan bantal. Bab makan montel sangat2 memilih. Makanannya sentiasa bertukar2. Sebab seekor bolehlah layan.









Friday, February 19, 2016

Vitamin Darah.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang barokah buat semua. Terima kasih buat semua rakan2 yang mendoakan adik saya hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
.....................................................




Alhamdulillah setelah lebih sebulan saya mengamalkan pil ini tapak kaki saya tidak lagi sakit. Kalau dulu bila nak berjalan terasa macam memijak kaca atau duri. Macam2 telah dicuba termasuk mengamalkan suppliment yang sememangnya diambil sejak sekian lama. Bila sudah tidak tertahan akhirnya saya berjumpa dengan doktor. 

Selain dari ubat yang dibekalkan doktor menyarankan saya untuk membeli Neurorubina Forte difarmasi. Mulanya saya agak ragu2 sebab sebelum ini saya amat2 mengamalkan suppliment kenapa nak tambah dengan produk yang saya tidak pasti. Bila dah makan dan berkesan saya berani rekemen pada yang menghadapi masaalah macam saya. Pil ini bukan ubat tapi vitamin darah. Ianya sungguh baik bagi yang mengidap sakit saraf.

Saya juga sudah lama mengamalkan OsteMatrix dan Joint Health Tablet produk Shaklee. Selain ubat2an dan suppliment exersice dan turunkan berat badan adalah salah satu perkara yang sangat baik  jika boleh dilakukan.




Thursday, February 18, 2016

Semoga Tabah.

Assalamualaikum...



Walaupun rambutnya sudah mula gugur...
Semoga kau kuat dan tabah menghadapi ujian ini.



Tuesday, February 16, 2016

Best Airlines

Assalamualaikum...


Kepada sesiapa yang merancang nak bercuti bolehlah pilih. Mana satu yang berkenan dihati. Kalau dulu MAS adalah keutamaan tapi sekarang belum terfikir lagi. Masih fobia dengan kejadian lepas. Tepuk dada tanya hati.

AirAsia?...everyone can fly.



Friday, February 12, 2016

Cerita CNY.

Assalamualaikum....
Salam Jumaat yang barakah buat semua rakan2 blogger.

Cuti Tahun Baru China saya tak pergi jalan jauh. Pergi MitSui Outlet diSepang dengan anak lelaki dan menantu. Mimi keluar dengan kawan manakala adik pulak ke rumah kawan ada makan2. DiMitsui seperti biasa banyak kedai yang menjual barangan branded. Rasanya tak ramai yang membeli cuma tengok2 aje berbanding diJPO. Kalau saya pun pilihan lebih ke JPO. Dah habis jenjalan kami mencari tempat untuk makan malam. Mula cadang ke Kg Baru tapi bila tengok kereta yang bersesak ubah fikiran ke Bangi.


Tujuan nak makan western food. Sebelum ini pernah makan dekat satu restoren di Bangi berdekatan dengan kedai tudung Faridah. Bila sampai tengok penuh orang beratur panjang sampai keluar jalan. Rupanya Me'nate Restoren yang pernah jadi controversi gara2 salah faham.

Malas nak beratur panjang kami pusing ke belakang nampak ada sebuah restoren western food juga. Masa nak ambik order waiters kata kena tunggu 1 jam. Masuk balik ke kereta dan mencari lagi. Nampak satu restoren pulak dari jauh tengok ramai orang. Parking kereta terus cari meja. Bila waiter bagi menu masing2 buat order. Rasa letih dan lapar tak boleh nak cakaplah.

Setengah jam menunggu pelayan datang mengatakan lamb chop habis. Hampa sangat tak tahu apa malang hari tu. Restoren penuh orang jalan raya pulak jam bersesak2. Dah tu anak lelaki dah kemaruk sangat nak makan kambing. Akhirnya buat keputusan untuk ke Kajang makan satay. Sampai Kajang berpusing cari parking. Saya, anak dan menantu turun dulu sementara hubby menunggu kalau ada orang yang keluar.

Saya dan menantu terus ke kaunter buat order. Sekali lagi kena tunggu satu jam memandangkan orang yang terlalu ramai. Dah tak tahu nak ke mana lagi dan pada waktu itu sudah pukul 10.30 malam kami redha ajelah. Nasib baiklah air minuman dapat awal sikit. Sambil minum berdoa agar dipermudahkan. Alhamdulillah setengah jam lepas itu pelayan datang menghantar satay yang kami pesan. Masing2 nampak ceria setelah penat mencari sampai lupa nak ambik gambar satay.
Rezeki telah ditentukan malam itu makan satay bukan western food.





Wednesday, February 10, 2016

Dah Breakfast?

Assalamualaikum....

Kawan2 dah breakfast? Pagi ini saya breakfast dengan ini saja sebab semalam dah makan banyak.





Thursday, February 04, 2016

Sabun Susu Beras.

Assalamualaikum...

Pernah tak kawan2 dengar atau beli sabun dari Thailand. Katanya elok untuk kulit boleh jadi halus dan licin. Lagi bagus kalau untuk orang yang kulitnya bermasaalah. Kalau dengar dari penerangan sipenjual memang sabun tu sangat baik. Dengan rasa ghairah saya pun beli konon nak kan kulit menjadi licin hehehe....

Saya pun bagitaulah dekat siadik sebab dia pun kadang2 kulitnya ada gatal2. Adik melarang saya menggunakanya katanya bukan semua sesuai dengan kulit seseorang. Tengok review dari blogger2  dah guna memang sah kebanyakkannya melarang untuk digunakan. Kesan dari menggunakan sabun itu muka bertambah teruk. Ada yang bertambah banyak ditumbuhi jerawat, tompok hitam dan ada yang lagi teruk kulit mengelupas dan pedih.

Nak buang rasa sayang akhirnya saya suruh hubby bawa ke office kalau ada sesiapa yang minat.

Sabun susu beras.





Tuesday, February 02, 2016

Rezeki...Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Kawan2 apa khabar harap2 semuanya sihat2 belaka. Alhamdulillah badan dah mula sihat mungkin disebabkan sebulan ini saya asyik berjalan aje. Klau dulu lama macamana dalam kereta pun tidak menjadi hal tapi sekarang pinggang dah mula sakit. Faktor umur pun memainkan peranan kan..

Dalam tak berapa sihat ada pulak rezeki mendatang alhamdulillah. Terima kasih Allah.


FM dari anak buah baru balik dari Jepun


Baklova dan coklat dari pak arab Restoren Saba. Memandangkan saya pelanggan yang selalu berkunjung ke kedai nasi arab tu dia bagilah buah tangan.



Telur pindang dan daging pekasam dari officemate hubby. Selalunya hanya ikan pekasam tapi sekarang sudah ada daging. Sedia maklum orang Johor femes dengan telor pindang.



Brownies kukus ini dari Medan Indonesia pemberian jiran.