Alhamdulillah saya dan keluarga selamat kembali ke tanah air selepas bercuti ke Turkey selama dua minggu. Apa yang boleh saya katakan amazing. Turkey adalah sebuah negara yang sangat indah dan mendamaikan. Dimana2 ada masjid sampai Istanbul dikenali sebagai kota seribu masjid. Ditambah pula dengan negara peninggalan Islam yang terlalu banyak sejarah.
Alhamdulillah kami semua sihat cuma kepenatan tu masih terasa. Percutian agak mencabar dari cuti2 sebelumnya. Sebanyak 6 kali turun naik kapal terbang dalam masa dua minggu. Ambik keputusan naik flight ke Cappadocia dan Pamukkale. Kalau naik bas mengambil masa 10 ke 12 jam perjalanan. Saya tak dapat nak update secara berperingkat cuma dapat buat setakat yang mampu.
Hari ini nak cerita berkenaan Hagia Sophia yang asalnya gereja ditukar ke masjid semasa al-Fateh menawan kota Konstantinopel. Sekarang pula dijadikan muzeum sejak zaman pemerintahan Mustafa Kemal Attaturk. Tiket masuk adalah 40 lira. Dibelakang bangunannya ada beberapa makam sultan dan ahli keluarganya. Didalamnya pula tergantung lukisan Mary, Jesus dan diapit dengan nama Allah s.w.t dan Nabi Muhamad s.a.w. Terdapat juga nama 4 khalifah dan 2 cucunda kesayangan Rasulullah s.a.w. Kami amat kagum dengan keindahan Hagia Sofia ini. Jom kita tengok gambar di bawah...
Berlatar belakangkan Masjid Sultanahmet. Hagia Sofia terletak di hadapan masjid ini.