tanaman cili
antara sayur yang ditanam
fresh kan... buah baru dipetik
Setiap pagi bila anak saya dah mengatur segalanya dia akan balik kerumah. Biasalah orang muda mana betah sangat nak berlama2 duduk dikebun tapi kadang2 dia keluar mencari barang untuk menambah keperluan. Anak saya juga punya seorang pembantu indon. Percaya sepenuhnya pada kawan hubby, dalam diam kawan hubby membuat strateginya sendiri, order barang dengan harga yang sengaja dinaikkan, lebih duitnya masuk poket, jual tanah / sabut yang dah dimasukkan dalam pollybag dan jual semaian anak2 cili secara sembunyi. Bukan itu saja selain gaji dia minta duit untuk merepair kereta dia (beribu) selain makan minum dan rokok ditanggung anak saya.Satu hari tembelangnya pecah bila terbaca kisah kebun anak saya masuk dalam surat khabar tapi bukan nama anak saya sebaliknya nama kawan hubby. Kononnya dialah yang mengusahakan kebun tu dengan bantuan isteri dan modal yang berpuluh ribu, bangga menjadi petani berjaya. Tak lama pula seorang pelanggan (misteri) yang dah biasa membeli anak2 cili bertanya adakah dia menerima duit hasil jualan yang diberikan pada kawan hubby. Ramai lagi pelanggan (misteri) lain yang menalipon minta untuk menambah pembelian semaian anak2 cili dan sebagainya. Masa tu baru tahu yang anak saya sudah dipergunakan dan ditipu.
Saya dan hubby pergi berjumpa dia dikebun, berbincang dan akhirnya bergaduh, alasan yang diberi anak saya selalu tak ada dikebun dan sebab itu juga cerita dia yang terpangpang kat surat khabar. Mustahil tak ada temujanji kalau wartawan datang nak buat liputan, ingat orang bodoh ke? Disebabkan anak saya terlalu kecewa dia menjual segala2nya dan sekarang kebun tu dah menjadi hutan semula.
Cerita ni sebenarnya dah lama dan anak saya dah pun bekerja tetap tapi saya teringat semula sebab semasa saya menuggu roti canai yang saya order disebuah kedai makan saya nampaklah biawak ni (boleh ke) sedang makan dan bersembang rancak dengan rakannya2. Saya pandang kearahnya... ALAHAI...dalam hati kau masih punya hutang yang banyak pada anak aku. Berlagak seperti orang alim pakai kopiah sana sini tapi perangainya macam syaitan.
TUNGGU ' DISANA ' NANTI