Saya perlu disini...ya disini... di Rumah Anak Yatim Darussalam simpang Pulai, Ipoh. Ini adalah hadiah yang paling berharga buat saya dan saya amat bahagia bersama mereka.
apiq berbaju merah n umi bertudung biru
encik Musa yang berkaca mata.
Semalam pagi2 lagi saya, hubby dan siadik meredah jalan raya untuk menemui anak2 yang amat memerlukan kasih sayang selain wang untuk dibuat perbelanjaan. kebetulan anak buah saya Nazwan nak ikut sama, dia menunggu kami di Tesco Extra Shah Alam. dah sampai kesitu lebih baik saya mencari barang yang boleh dimakan untuk di buat sebagai buah tangan. Setelah barang dimasukkan kedalam boot kereta kami menyusuri highway utara selatan.
Sampai ke tempat mereka kami disambut oleh anak2 yang comel dengan senyuman dan ada yang memanggil ayah Wan pada anak buah saya. Nazwan telah menjadikan mereka anak angkat selama lebih 4 tahun . Semasa disana kami dihidangkan air dan biskut sambil berborak dengan pengusaha rumah kebajikan itu yang bernama encik Musa. Siadik seperti biasa lebih suka berborak dengan kakak2 dan adik2 yang seramai 45 orang semuanya.
Rumah anak yatim ini diusahakan oleh encik musa bersama isterinya yang mengidap penyakit canser payu dara dan beberapa orang pembantu. Kerja2 ringan seperti mengawasi adik2 akan dilakukan oleh kakak2 dan abang2 yang dah dewasa. Ada juga yang berumur dibawah 4 tahun yang masih perlukan perhatian sepenuhnya.
Dekat 2 jam kami disana, setelah semuanya selesai kami minta diri untuk pulang, seorang demi seorang bersalaman dengan kami dan saya tak melepaskan peluang untuk memeluk mereka seperti seorang ibu memeluk anak yang merindui pelukan ibu.
Buat apiq jangan nakal2 nanti mama belikan hadiah lagi dan buat umi dan nur fadhilah yang pakai baju hijau gambar pertama dan yang lain2 mama akan kesana lagi, insyaAllah.
p/s: Hanya sebahagian yang bergambar dan saya terlupa nak ambik gambar tempat tinggal mereka.