Saturday, May 30, 2015

Taman Mini Saya.

Assalamualaikum...

Asalnya tempat ini ada sebatang pokok rhu tapi tiba2 diserang penyakit. Habis kering dan gugur daunnya. Lama2 batangnya juga menjadi rapuh. Tak tahu nak tanam apa sebab keluasannya tidaklah besar.

Kebetulan ada sepokok bunga letup2 (tak tahu nama sebenar) hidup dan sedang berbunga. Saya pun tambahkan aje beberapa pokok bunga yang lain jadilah taman mini.




Thursday, May 28, 2015

Nikmat Makan

Assalamualaikum...

Pagi semalam tinggal sorang2 fikir nak sarapan apa. Bukak peti ais tengok dalam freezer macam2 ada. Ambik sekeping burger masuk dalam pan dan inilah hasilnya.



Makan malam hubby ajak kat luar. Menu yang dipilih simple tapi sedap. Ikan tiga rasa, sotong goreng tepung, tomyam campur dan sayur kailan goreng ikan masin. Alhamdulillah masih boleh menikmati makanan yang sedap2.







Tuesday, May 26, 2015

Hendrix Dua Tahun

Assalamualaikum...


Pejam celik pejam celik dah dua tahun umur cucu. Kami di sini hanya dapat berhubung melalui telefon untuk mengucapkan hari lahirnya.

Tahun ini mereka tak dapat balik sebab anak baru saja membeli rumah yang lebih selesa. Kata mereka senang kalau kami nak ke sana cukup bilik untuk semua.











Kalau ikut hati saya mahu saja terus terbang ke sana tapi memandangkan perbelanjaan yang agak tinggi dan matawang yang lima kali ganda dari kita, saya pendamkan saja rasa rindu. Last jumpa Hendrix masa umurnya 3 bulan. Nanti bila Hendrix dah besar sikit bolehlah terbang sendiri2 balik rumah Grandma & Grandpa Malaysia. Hehe...



Thursday, May 21, 2015

Ipoh Mali.

Assalamualaikum..

Ikut hubby pergi Ipoh ada meeting. Pukul 6.30 pagi tadi keluar rumah. Dah habis meeting nanti balik KL semula. Kalau cepat habis bolehlah pusing2 Ipoh. Ingat nak datang semalam tapi bila fikir tak jauh mana pun.


Menjamu selera

Pengat pisang

Pengat ini saya masak petang semalam buat minum petang.

Monday, May 18, 2015

Orkid Mekar di Laman

Assalamualaikum...

Apa khabar kawan2 semua. Semoga semuanya sihat2 belaka. Saya nak hadiahkan orkid yang sedang berkembang kat laman saya. Jangan jemu tengok ya.

















Saturday, May 16, 2015

Sukun

Assalamualaikum....

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru.




Tentu semua orang tahu buah apa yang kat atas tu. Nama dia buat sukun. Pokoknya besar dan rendang. Kalau berbuah boleh menghasilkan beratus2 biji.

Buah sukun boleh dibuat macam2 masakan tapi selalunya sedap kalau digoreng macam pisang goreng. Bagi saya ianya lebih sedap kalau belum berapa masak dan hirisannya mestilah nipis. Ramai tak yang suka makan sukun goreng? Anak2 saya tak suka.





Friday, May 15, 2015

Wild Orchid

Assalamualaikum...

Lagi wild orchid (orkid hutan) yang saya beli. Cantik tapi bunganya tidak tahan lama berbanding dengan orkid yang biasa.



Seorang sahabat saya memberitahu
terdapat satu nursery yang menjual orkid hutan/liar di daerah Besut. Kalau tak silap nama kampung tu Kedeper, Kluang.
Kawan2 jangan silap ya ini bukan di Johor tapi di Terengganu. Memang terdapat
banyak orkid hutan disitu tapi masa saya sampai banyak yang tak berbunga sebab baru saja dijual dengan pelanggan yang selalu membeli di tempat beliau.


Harga memang murah sangat jauh beza jika dibandingkan dengan nursery di KL yang menjual orkid liar. Sekarang dirumah saya sudah terdapat banyak orkid liar selain orkid2 yang biasa saya beli termasuk orkid rama2.



Thursday, May 14, 2015

'Aktiviti' Hari Ibu.

Assalamualaikum....

Cuaca panas memang sedap kalau dapat minum cendul.

Cendul pulut dan cendul kacang

Buah naga tempohari. Isinya berwarna merah dan rasanya manis.

Buah naga

Sempena hari ibu anak lelaki belanja makan nasi arab di Restoran Saba, Cyberjaya.

Nasi arab


Tuesday, May 12, 2015

Aktiviti Lasak...ohhh... tidak.

Assalamualaikum...










Selalunya kalau pergi holiday dengan parents tak dapat buat aktiviti lasak macam ini. Saya rasa semua mak mak pun macam itu. Banyak larangan bukan apa sayang kan anak takut jadi apa2 kannn.

Dapat tiket flight murah Mimi bersama dua orang sahabatnya holiday ke Langkawi. Sebelum pergi dah pesan macam2 jangan buat itu jangan buat ini. Tapi bila dah sampai dia call minta izin nak merasa katanya. Berat hati juga nak bagi.

Saya jadi fobia tengok laut sejak terjadi Tsunami di Acheh. Kalau masuk laut pun dekat tepi2 aje takut dengan ombak. Itu sebabnya saya tak bagi anak2 pergi tanpa pengawasan my hubby. Kalau nak berenang kat pool sekalipun mesti ada my hubby. Sebagai ibu kehendak anak2 seharusnya kita pertimbangkan. Lagipun tidaklah bahaya sangat apa yang dia lakukan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.




Monday, May 11, 2015

Gembiranya Dia.

Assalamualaikum...

Seronoknya dapat meraikan hari jadi seorang sahabat. Buat kejutan membuatkan air matanya bergenang dan tak putus2 mengucap syukur dan terima kasih. Cuma beli sebiji kek sudah boleh membuatkan seseorang gembira.

Walaupun setelah 2 hari lepas tarikh hari lahirnya tapi ia sungguh bermakna. Katanya belum pernah ada orang lain menyambut hari lahir dia selain suami dan anak2. Selain dari kek saya membeli nasi bungkus dan sedikit kuih muih untuk memeriahkan suasana.

Selamat hari lahir buat cik Nah semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan diberikan kesihatan yang baik amin.




Bersama 4 dari 6 orang anaknya.



Sunday, May 10, 2015

Segar dan Murah

Assalamualaikum...







Ada mangga epal ada jagong rebus, yang mana nak.? Tentulah nak kedua2nya kan...

Saya beli di Kuala Berang masa balik dari Tasik Kenyir. Ada banyak gerai ditepi jalan yang menjual buah2an, keropok dan macam2 makanan. Tak payah pergi ke pasar.  Mangga yang saya beli sangatlah manis dan harga murah pulak tu. Kalau kat tempat saya mangga epal ni sekilo rm8.

Makcik tu jual sekilo rm3 tapi kalau ambik 2 kilo dia bagi rm5. Apa lagi saya pun boronglah. Terfikir juga beli banyak2 orang kat rumah tinggal berdua siapa nak makan? Jiran dan kawan2 kan ramai boleh bagi kat dia orang. Seronok tengok bila mereka suka apa yang kita bagi. Alhamdulillah kongsi rezeki.



Saturday, May 09, 2015

Dragon?

Assalamualaikum...














Semua orang tahu nama buah ini dan semua orang juga tahu khasiat buah ini. Kalau kat supermarket harganya mahal. Kepada sesiapa yang ada tanah cuba2lah menanam. Sepokok pun sudah dapat banyak buahnya. Saya ambik dari rumah sahabat.


Friday, May 08, 2015

Tasik Kenyir.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah sampai sini. Dari masa ke semasa nak pergi tapi tak kesampaian. Akhirnya sampai juga. Tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara melewati Pahang, Terengganu dan Kelantan. Jeti dikenali sebagai Pengkalan Jawi. Disini juga terdapat empangan yang dikenali sebagai Empangan Tasik Kenyir.

Kalau nak naik bot pusing tasik pun boleh atau kalau nak ke seberang untuk bermalam pun boleh. Disana juga ada resort pilih mana yang termampu. Diseberang tu juga ada taman burung, taman rama2, taman orkid, taman herba, taman tropika dan macam2 lagi untuk dilawati. Ada air terjun tapi kena naik bot tidak ada laluan darat.

Selalu berehat ditepi pantai sesekali berehat ditasik pulak. Next time kalau ada rezeki dan masa nak berehat diTasik Royal Belum, Grik Perak pulak.









Thursday, May 07, 2015

Daun Apa?

Assalamualaikum...


Siapa tahu nama daun ini?

First time makan untuk dijadikan ulam. Daunnya ada bulu2 sikit dan rasa dia macam ada mint. Sedap digandingkan dengan sambal belacan.