Pertama kali masuk mahkamah tapi bukan untuk dibicarakan. Hadirkan diri untuk menyaksikan pengiktirafan Mimi sebagai peguambela dan peguamcara. Ini dikira sebagai convocation tapi dilakukan didalam mahkamah yang dihadiri oleh hakim, peguam dan ibubapa sahaja. Alhamdulillah setelah berhempas pulas belajar akhirnya membuahkan hasil.
Bila Mimi memilih jurusan undang2 untuk memasuki Uni ianya mendapat tentangan dari saya. Saya mahu Mimi mengambil jurusan perubatan penat belajar siang dan malam bila dapat keputusan yang boleh ke jurusan perubatan senang2 tukar haluan. Mungkin saya terpengaruh dengan anak2 abang yang menjadi doktor. Akhirnya saya akur dengan keputusan Mimi setelah membaca biodata yang ditulisnya semasa ditadika lagi yang dia ingin menjadi peguam bila besar nanti.
Kagum melihat kesungguhanya semasa dalam kuliah. Bila menghadapi peperiksaan tak kira dimana waima dalam kereta sedang memandu dia akan menghafal segala fakta. Setelah 6 tahun belajar undang2 termasuk 1 tahun foundation akhirnya hari convocation telah pun berlangsung pada bulan September tahun lepas. Setelah lulus Mimi diwajibkan pula menjalani Chambering selama 9 bulan proses untuk melayakkan diri untuk menjadi seorang peguam. Semasa chambering dia juga menghadapi beberapa tugasan dan peperiksaan termasuk Ethics exam. Hampir 7 tahun menghabiskan masa baru boleh menjadi seorang peguam. Baba dan abang Mimi yang mengambil jurusan Engineering pun 5 tahun sudah habis belajar. Amat rumit dan memerlukan banyak duit kalau seseorang ingin menjadi seorang peguam.
Ini gambar Mimi bersama mover orang yang membacakan perjalanan kehidupan Mimi sebagai seorang pelajar dihadapan hakim dan seorang lagi peguam yang menyarungkan jubah. Sayang bergambar didalam mahkamah tidak dibenarkan.