Tuesday, April 05, 2016

Tuah Ayah.

Assalamualaikum...

Masuk hari ketiga ayah tinggal dirumah saya. Hari Sabtu kelmarin ambik dari rumah adik diShah Alam. Janjinya tumpang seminggu sebab adik holiday ke Jepun. Tak elok pulak klau ditinggalkan bersama pembantu rumahnya.

Walau pun dijanjikan seminggu saya tak kisah kalau ayah nak tinggal lebih lama. Cuma mungkin ayah kurang selesa sebab tidak mempunyai bilik sendiri disertai dengan bilik air dalam bilik. Ayah sekarang tinggal dengan anak2 lelakinya cara bergilir2.

Bilik yang selesa dan ada bilik air sendiri lebih selesa buat ayah sebab dia tidak lagi berapa kuat terutamanya waktu malam. Umur ayah sekarang sudah 89 tahun tapi masih dalam kategori sihat cuma kaki yg kurang stabil. Masih boleh berjalan tapi menggunakan tongkat. Masih boleh membaca tanpa menggunakan spek dan boleh bersembang mcm2 cerita.

Ayah sangat bertuah kerana merasa kesenangan berbanding arwah mak. Arwah mak meninggal masa itu abang2 baru bekerja dan adik2 masih belajar. Ayah dikurniakan umur yang panjang dapat menikmati dan melihat kejayaan anak dan cucu. Nasib baik tidak ada pemilihan atok mithali klau tidak ayah mesti tercalon hihihi....Syukur alhamdulillah. Mudah2an akan menjadi ikutan cicit2nya dikemudian hari.




13 comments:

saniahibrahim said...

Alhamdulillah ayah kak zai sihat lagi.Kagum bila kak zai kata ayah kak zai membaca tak guna spek...
Semoga ayah kak zai sentiasa diberi kesihatan yang baik

Kakzakie Purvit said...

Lebih kurang bapak kakak KakZai. Bapak kakak 87 tahun tapi masih kuat jalan.
Betul bersyukur dapt melihat kejayaan anak-cucu-cicit berbanding awah mak
Mak kakak pergi uisa muda juga. Kakak belum menikah lagi waktu itu.

Ana Jingga said...

alhamdulillah kak zai,semoga kita masih boleh berbakti kepada kedua ibu ayah selagi mereka masih ada,amiin.in shaa allah.

Normala Saad said...

Alhamdulillah..masih sihat ayah Zai. Saya rasa sedih betul bila baca bab melihat & merasa kesenangan dgn anak2 cucu ni...teringat kat arwah ayah & mak sendiri. Dua2 tak sempat nak merasa kenikmatan tersebut..saya selalu ralat bila terkenang hal ini...kalaulah mak & pak masih ada...

aizamia3 said...

Moga ayah kak Zai kuat dan sihat dalam menjalani rutin harian hendakNYA.

PBS SK (RTBK) PONDOK TANJONG said...

alhamdullillah , beroleh usia yang panjang.

kakrose said...

alhamdhulillah..dapat lagi adik beradik Zai membela ayah dan ayah zai merasai nikmat kesenangan anak2..

babYpose said...

Alhamdulilah membaca tanpa spek, ada anak-anak menjaga dan meneman. Betul Atok mithali tu bila semua berjaya, inshaAllah anak cucu dapat mengikut jejak Atok.

OKje said...

Ohhh kuat lagi ayah kak Zai ye....
Gitulah kehidupan kan Kak Zai. Saya pulak ayah yg tak dpt merasa kemajuan zaman sekarang ni. Kadang kadang rasa sedih mengenangkan arwah abah. Tp dah bahagian abah. Moga abah bahagia di sana.

Abah tak pulak bergilir dengan semua anak anak dia yer kak Zai...

OKje said...

Ohhh kuat lagi ayah kak Zai ye....
Gitulah kehidupan kan Kak Zai. Saya pulak ayah yg tak dpt merasa kemajuan zaman sekarang ni. Kadang kadang rasa sedih mengenangkan arwah abah. Tp dah bahagian abah. Moga abah bahagia di sana.

Abah tak pulak bergilir dengan semua anak anak dia yer kak Zai...

Qhaifa Nur said...

Alhamdulillah...rezeki ayah dpt merasai kejayaan ank2..
boleh membaca...syukur..moga d panjangkn usia ayah akak

Qhaifa Nur said...

Alhamdulillah...rezeki ayah dpt merasai kejayaan ank2..
boleh membaca...syukur..moga d panjangkn usia ayah akak

paridah said...

syukur alhamdulillah zai masih miliki ayah utk menumpang kasih syg n doanya.