Nak tunjuk makanan yang saya jumpa semasa bercuti di Kota Kinabalu, Sabah...kuih yambok orang Sabah panggil, rasa dia macam kuih cakoi tapi bentuknya bulat. Ada juga yang berinti kacang merah, kelapa dan coklat tapi saya lebih suka yang kosong.
kuih yambok
Kalau di Klebang, Melaka fames dengan coconut shake tapi di Jalan Sulaman, KK terdapat gerai yang menjual puding kelapa. Kalau sesiapa pergi jangan terkejut sebab gerai dia agak daif sikit mungkin kalau kat sini saya tak masuk tapi sebab terkenal dengan makanan yang tak pernah jumpa pejam mata ajelah. Rasa puding kelapa ini macam dadih dalam kelapa muda dan disejukan dalam bekas simpanan air batu. Lagi sedap kalau dimakan masa cuaca panas. Kat gerai ini juga ada jual lokan bakar tapi yang paling sedap sos dia, manis, masam dan masin serba lengkaplah.
puding kelapa
lokan bakar
Gambar kat bawah ini pula barang untuk diri sendiri, ada juga belikan untuk sahabat dan jiran. Dah sampai rumah baru rasa menyesal tak beli brooch lebih untuk diri sendiri. Gelang pun beli satu aje. Ada beli brooch lebih tapi dah niat nak bagi kat kawan2 dan jiran. Tak rasa nak beli mutiara set (rantai & gelang) sebab sebelum ini adik dan anak buah yang pernah bercuti ke Sabah pernah belikan, satu set mutiaranya warna hitam dan satu set lagi warna hijau.
brooch & pin mutiara
brooch...warna silver
gelang mutiara
Tak dapat sama warna dengan brooch
fridge magnet & key chain
Ini pula kuih cincin...saya beli 5 paket. Rasa dia manis, rangup macam keropok memang sedap. Mulanya tak nak beli tapi peniaga tu kata kalau orang datang KK mesti beli. Kalau tahu rasa dia sedap tentu beli lebih .Bila dalam flight masa nak balik nampak orang makan.
kuih cincin
Beli ikan kering nak diagihkan pada kawan2 dan jiran...ikan bilis, udang kering, sotong kering, ikan kurau masin dan ikan terubuk masin. Ikan terubuk masin fames kat Sarawak tapi kat Sabah pun ada jual. Ikan kurau tu agak mahal rm40 sebelah, bukan seekor ya itu pun setelah puas tawar menawar.
terubuk masin
Ada juga pergi ke tempat lain tapi tak ambik banyak gambar sebab saya cuma jalan2 seperti Center point shopping mall, 1Borneo hypermall dan beberapa tempat lain lagi.
Rasanya itu saja cerita Sabah ...Kalau sesiapa yang nak pergi ke sana bolehlah dijadikan serba sedikit panduan....
Tamat....