Salam...
Sambutan Hari Raya Haji biasa2 aje, saya masak nasi kurma, kek dan agar2. Seharian duduk rumah, makan2 dengan anak2. malamnya mengadap tv, tak ada sesiapa yang datang. Esoknya pergi Alamanda jalan2 cuci mata. Tak beli apa pun cuma beli roti boy, roti kegemaran lepas tu makan kat food court.
Adik yang sibuk membeli belah, dia ke Parkson dengan hubby, saya dan Mimi pula ke Habib Jewel cuci mata juga. Agak lama menunggu tak muncul2, cal hubby katanya dia ada kat Carrefour tapi adik masih di Parkson. Saya tunggu mereka kat food court, agak lama baru muncul. Adik dengan bungkusan ditangan tak tahu apa yang dia beli. Hari Sabtu tak ada plastik so barangnya di isi ke dalam beg kertas.
Masa makan saya tanya apa yang dia beli, katanya rahsia, tengok macam banyak sebab begnya agak besar. Tak kan beli baju lagi sebab masa pergi Melaka Prade tempohari dah beli 2 helai baju. Sampai kat rumah begnya masih tak dibuka. Bila jam mencecah ke pukul 12 tengah malam ramai2 wish my hubby. 28th October birthday hubby yang ke 57th, semoga baba panjang umur, dimewahkan rezeki dan yang paling penting sihat sampai bila2.
Bila dah habis sesi peluk2 baru adik serahkan beg ke tangan hubby. Owhh...hadiah untuk hubby rupanya. Pakai duit sendiri...iyalah dulu masa birthday saya dia belikan blood presure machine, tentulah nak adil katanya. Nak tahu apa yang dia belikan kat baba dia... sehelai baju Jeep, tali pinggang, sebatang pen dan wallet. Senyum kambing baba dia...senyum perli agaknya sebab saya tak beli apa2 hadiah. Bukan tak nak beli cuma bertangguh sebab nak cari kat tempat lain. Apa2 pun bukan hadiah yang penting tapi kasih sayang yang tak pernah berbelah bagi sampai bila2, insyaAllah.
Monday, October 29, 2012
Tuesday, October 23, 2012
Tersalah Kira...Tapi Seronok
Salam...
Salam sejahtera buat rakan2 blogger yang saya sayangi semoga semuanya sihat dan gembira. Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban dan mungkin ada rakan2 yang sibuk membuat persiapan. Mungkin terlalu awal tapi dari saya buat semua rakan2 dan juga semua umat Islam, Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Terima kasih buat yang sudi singgah dan meninggalkan comment. Menurut sal, cik Na, azieazah, Kamariah Awang, PINATBATE dan azi, mereka dah lama tak pergi ke PD. Saya cadangkan cuti sekolah nanti bolehlah bawa anak2 berkelah ke sana. Mamawana, MulutPayau dan Nieda kata bestnya berpicnik ke PD, manakala Acik Erna kata rumahnya tak jauh dari tempat makan yang saya cerita kan, dah tentu rumah Acik Erna juga tak jauh dari pantai kan. Cik Na pun pernah ada gathering kat PD tapi tak dapat pergi katanya, anak2 azieazah pula lebih suka mandi kat sungai berbanding laut. Tiga tahun lepas anak2 Kamariah Awang juga pernah buat family gathering kat PD, PINATBATE pula bercadang nak pergi masa cuti sekolah nanti. Meriah kalau pergi dengan keluarga tapi lebih elok bermalam disana, bolehlah anak2 puas mandi manda.
................................................
Ahad semalam saya sekeluarga ke Melaka, bawa anak buah hubby yang dah lama tak ke sana. Kesian pulak mak dan ayah dah tak ada, anak bongsu kepada arwah kakak hubby. Siapa lagi yang nak melayan kalau bukan mak dan bapa saudara. Walaupun adik beradik yang lain ada tapi mereka agak sibuk dengan keluarga masing2. Dulu masa arwah maknya masih hidup pernah berpesan kepada saya supaya menjaga anak2nya kalau dia dah tak ada nanti. Jadi dah rasa tanggung jawab kami kalau ada keperluan yang mereka perlukan.
Kami terus ke bandar Melaka sebab dah tengahari, singgah dimenara Taming Sari, Maritime Museum lepas tu kami mencari tempat makan. Disebabkan hari panas malas nak mencari tempat yang jauh kami makan dikawasan yang berdekatan saja walaupun asalnya kami bercadang nak makan di Restoren Ikan Bakar Malim.
Saya memilih makan berhidang, ayam goreng kampung, ketam masak lemak, asam pedas daging tetel, asam pedas ikan pari, gulai daging salai, kepah goreng dan beberapa lagi lauk lain menjadi pilihan. Restorennya agak sempit, pekerjanya agak kelam kabut mungkin sebab terlalu ramai pelanggan. Satu yang saya perhatikan kat restoren ini belum habis kita order dia dah ambik order orang lain, terpaksalah menunggu dan order berulang kali. Air minuman pun lambat sampai, nak habis makan baru datang. Lepas habis makan kami cepat2 beredar sebab terlalu ramai orang. Kami ke Melaka Prade untuk solat dan jalan2, dapat sehelai blouse, sempat juga tu hehehe...
Masa dalam kereta hubby tanya saya berapa bil kami makan tadi, saya pun bagitau membuatkan muka hubby berkerut seribu. Boleh agak kan kalau dah biasa makan kat luar. Katanya makan kat Umbai pun tak semahal itu, lagi banyak hidangan yang dipilih. Hubby tanya lagi ada mintak bil ke? saya jawab ada dan keluarkan dari handbag. Jarang saya mintak bil kalau kami makan direstoren tapi kali ini saya minta sebab harga makanan macam tak munasabah.
Bila hubby suruh cek baru saya perasan ada yang tak betul, harga makanan yang ditulis diulang 2 kali. Kami pun pergi semula ke restoren tadi dan tunjukkan bil yang tak betul. Taukeh restoren minta maaf atas kesilapan dan memulangkan kembali duit yang tersalah kira. Lega sikit hati sebab dapat semula duit yang agak banyak, nak tahu berapa?...hampir sebelah tangan. Boleh bayar bil kalau nak makan menu goreng2 sekali lagi hehehe.... Pelajaran buat saya lain kali kalau makan kat mana2 kena ambik bil dan make sure cek sebelum beredar. Sebelum balik ke KL kami singgah makan mee soto kat Mydin Mall dan lepas itu kami meneruskan perjalanan balik. Sampai rumah lebih kurang pukul 10.30 malam.
Perjalanan cuma sehari tapi anak2 gembira.....itu yang penting.
Gambar dari ihsan google

bandar melaka

menara taming sari
maritime museum

Friday, October 19, 2012
Picnic di PD
Salam...
Terima kasih buat yang sudi singgah khasnya buat Nieda, Acik Erna, MAMASYAZA, saniah, marinahanny, Kamariah Awang, JuneAina, nur-nba, kakzakie dan MulutPayau.
Ramai juga yang minat dengan drama Adam & Hawa ini, maklumlah ramai yang dah baca novelnya. Banyak adengan sedih tapi kalau ikut cerita novelnya ending storynya happy.
................................
Selalunya kalau pergi ke Port Dickson saya akan tunggu anak yang tinggal di UK balik. Kami akan sewa hotel dan tinggal beberapa hari disana. Masa yang terluang akan kami habiskan dengan bersembang, makan2 dan mandi-manda. Anak2 lebih suka mandi di swimming pool, kalau ke pantai pun hanya main air ditepian saja.
Ahad lepas saya ke PD walaupun tanpa kehadiran anak yang jauh. Terasa rindu pula nak berkelah dan mandi laut. Saya, hubby dan dua orang anak perempuan juga seorang anak buah hubby turut serta. Kami pergi balik hari saja, saya bawa bekal nasi lemak, sandwish dan jagung rebus. Kami berkelah dan mandi ditempat yang ramai orang, kalau saya tak silap tempat ini namanya Telok Kemang batu 8. Agak jarang ke tempat ini sebab kalau ke PD selalunya kami tinggal dihotel yang ada private beach. Anak2 rasa seronok dapat mandi ditempat yang ramai orang. Part yang agak kurang selesa bila nak salin pakaian sebab bilik mandinya terhad lagi pun ramai orang yang menggunakanya.
Rasa terkilan sebab tak singgah kat Warung Cowboy yang terletak di batu 6 Port Dickson, bukan tak sempat tapi semua kata dah kenyang. Feedback dari ramai yang dah pergi makanannya sedap dan murah. Mungkin lain kali bila ke sana lagi saya akan singgah. Kami teruskan perjalanan balik, dekat maghrib baru sampai ke KL tapi sebelum hantar anak buah ke TTDI Shah Alam kami makan malam dulu sebelum balik rumah.

Telok Kemang

warung cowboy
Gambar ihsan dari google.
Tuesday, October 16, 2012
Adam & Hawa
Salam...
Selamat sejahtera buat rakan2 blogger saya semoga semuanya sihat2 belaka. Mungkin ibu2 sibuk dengan anak2 yang menghadapi exam hujung tahun dan mungkin ada juga yang dah mula sibuk buat perancangan untuk bercuti hujung tahun. Tak kiralah bercuti dalam atau luar negara asal dapat meluaskan pandangan, betul tak? hehehe...
.................................................
sweet couple

Tentu ramai yang dah baca novel Adam & Hawa kan...termasuklah diri saya sendiri. Kalau saya tak silap novel ini saya baca pada tahun 2006, Mimi yang beli saya tumpang baca, memang selalu macam itu kalau saya beli dia pula tumpang baca. Saya bukan nak cerita pasal novel tapi nak cerita pasal drama yang ditayangkan di Astro Mustika. Dah banyak episod ditayangkan tapi saya tonton di laptop sahaja selepas Mimi mendownloadnya.
Saya lebih seronok menonton cerita ini berbanding membaca novelnya. Banyak drama yang saya tonton yang diadaptasi dari novel tapi cerita Adam & Hawa lebih menarik dan banyak mengeluarkan air mata. Sedih sangat masa episod dia terpaksa dan dipaksa bernikah untuk menjaga maruah. Saya rasa air mata saya mencurah2 tak tahu sama ada ceritanya terlalu sedih atau saya yang lebih feel dan boleh jadi pelakon air mata hehehe....
Pelakon utama dalam watak Adam ialah Aaron Aziz (artis pujaan ramai) dan pasangannya Nadiaa Nisaa. Lagunya pula memang syok gila nyanyian Hafiz berduet dengan Siti Nurhaliza. Kalau sesiapa nak tengok cubalah memang mengasyikkan tapi taklah leka sampai lalai semuanya. Tak salahkan kita berhibur asal jangan lalai diri sebagai hambaNya, lalai sebagai isteri dan lalai sebagai ibu.
Episod yang paling saya suka semasa di Madinah dan di Mekah, ianya membuatkan saya rindu pada tempat suci ini. Scene yang paling menyetuh hati saya pula ialah apabila Ain dan Am terserempak ketika mengambil kasut mereka yang kebetulan bertindih di Masjidil Haram. Disini juga bermulanya pertemuan demi pertemuan antara Ain dan Am setelah 8 tahun berpisah. Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut ceritanya silalah tonton di Astro Mustika atau download sahaja.
sweet couple
.
.
.
.
.
.
.
.
.
,
,
,
,
,
adengan yang menyayat hati ketika Ain dipaksa bernikah
Semua gambar2 adalah ihsan dari google.
Selamat menonton :)
Friday, October 12, 2012
Berubah Selera
Salam...
Alhamdulillah berkat doa dari rakan2 blogger, saya telah sihat dan kembali segar seperti sediakala. Terima kasih buat semua rakan2 khasnya pB, Deru Ombak, saniah, Lemongrass, Nieda, Kamariah Awang, azieazah dan azi. Saya sayang semua.
Saya baru teringat apa yang ditulis Kamariah Awang...kemungkinan selepas saya makan ubi saya ada makan vitamin. Memang rutin harian, saya akan mengambil beberapa jenis vitamin selepas breakfast tapi pada hari tu saya ambil selepas makan ubi bukan selepas sarapan pagi. Terima kasih ma ...lain kali kena ingat pantang, jangan makan ubi bersama dengan ubat2an atau yang seangkatan dengannya.
.............................................
Kalau dulu setiap kali Chinese New Year saya akan menunggu makanan kegemaran saya ini. Saya akan makan berulang kali selagi tak habis tamat tempohnya. Tapi sekarang tak perlu menunggu setahun sebab sudah ada satu lagi makanan yang saya suka. Ianya bukan di McD tapi di KFC. Saya tak tahu berapa lama ianya akan berada dipasaran. Ianya bukan burger tapi ayam, kat tengah2 ayam tu ada cheese, daging dan rasa dia pedas2 sikit, bagi saya memang sedap memenuhi citarasa tekak saya. Tentu rakan2 semua dah rasa makanan ini kan....

dulu...hanya ada setahun sekali
menu kegemaran baru
Gambar diambil dari google...
Wednesday, October 10, 2012
Beransur Pulih
Salam...
Apa khabar semua? Terima kasih buat semua rakan2 blogger saya yang sudi singgah khasnya buat yang meninggalkan comment. Mungkin ramai ibu2 yang sibuk dengan anak2 yang menghadapi peperiksaan PMR. Semoga semua calon2 PMR dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan juga mendapat keputusan yang cemerlang.
.......................................
Alhamdulillah saya sudah beransur sihat dan bertenaga sedikit. Dua hari tumbang, mulanya muntah-muntah dan pada ke esokkan harinya pula sakit perut. Mungkin saya salah makan tapi sebelum ini tak pernah terjadi macam ini. Siangnya saya makan ubi rebus dengan kelapa lepas itu dengan sambal tumis. kemungkinan makanan yang saya makan bercampur manis dan pedas.
Pada malamnya saya sudah mula muntah berkali2. Hubby nak bawa ke hospital tapi saya menolak. Esoknya muntah dah berhenti tapi perut pulak bergelodak. Seharian saya mengerang kesakitan. Alahmdulillah sekarang dah mula sihat tapi badan masih lemah.Selera makan pun langsung tak ada. Perut memang terasa lapar tapi tak berselera. Semalam hubby belikan porrigde kat M&D, kurang sedap tapi paksa juga makan untuk dapatkan tenaga. Harap selepas ini kena jaga makan, dah rasa fobia.

Friday, October 05, 2012
Dan Lagi...
Salam...
Terima kasih buat yang sudi singgah dan meninggalkan comment semoga semuanya dalam keadaan sihat dan gembira selalu.
Kawan anak bujang saya pergi holiday ke Bandung bersama keluarganya. Belikan kek untuk saya ...sedap... rasa coklat dan kacang. Alhamdulillah dan terima kasih atas ingatan....
Kek dari Bandung...

tak tahu nama keknya
topping ada hirisan kacang badam
Monday, October 01, 2012
Manjanya Dia....
Salam...
Semoga rakan2 blogger saya bahagia disamping keluarga.
...................
Tengoklah betapa manjanya Nepo...baring sambil tengok tv...dia pun tumpang sekaki. Mulanya dia mengadap muka saya dan baring atas lengan. Tak ada anak kecik kucing pun jadilah. Sebelum ini saya tak berapa 'mesra' dengan kucing tapi tak tahu kenapa dengan Nepo saya kalah. Apa saja yang dilakukannya saya akur aje mungkin sebab dia baby kot, tak sampai hati nak marah.
Abaikan gambar sebelah Nepo....

baring atas lengan
sama2 tengok TV
kepala bertemu kepala
Subscribe to:
Posts (Atom)