Weekend yang sibuk tapi bukan sibuk apa pun cuma sibuk dengan anak2. Anak bujang saya balik jadinya meriahlah sedikit penghuni dalam rumah ini.
Janjinya hari Jumaat nak balik, saya pun sibuklah nak masak makanan kegemaran dia. Cuba cal tanya apa dia nak untuk makan malam, "mama masak simple aje sebab tak tahu sampai pukul berapa". Saya pun ke pasar untuk mencari apa yang perlu dimasak, nampak labu kuning terus teringat nak buat gulai lemak sebab dia suka sangat dengan masakkan ini.
Tunggu punya tunggu tak juga tiba sampailah ke malam, bila hubby cal rupanya dia masih ditempat kerja. Rasa hampa sangat sebab tak dapat makan malam bersama dia. Hari Sabtu ingat nak pergi ke One Utama, nak cuci mata tapi cancel sebab dapat mesaj mengatakan anak dah on the way nak balik.
Saya masak western food... ayam panggang, mashed potatoes dan salad untuk makan malam kami. Tak sempat nak ambik gambar sebab dah kena sambar, macam bertahun2 tak jumpa makanan. Katanya masakan mama tak ada tolok tandingnya kat mana2 restoren hehehe...bodeklah tu. Saya teringat salah seorang kawan Mimi ada mengatakan goreng telor yang dimasak oleh maknya lebih sedap dari mana2 kedai atau restoren. Itu baru goreng telor haha...
Semalam hari Ahad pula kami ke rumah adik hubby yang baru mendapat cucu pertama, tumpang seronok sebab masing2 dah punya cucu, cuma saya aje yang belum ada. Malamnya kami anak beranak makan kat Chop n Steak kat Kampung Baru. Kali ini anak bujang pulak yang belanja.
Dah agak lama tak ke sini, restoren dia dah dibesarkan, dah ada tempat makan bersila dan ada ruang yang ber aircond. Pada saya makanan dia ada sedikit perbezaan dari yang dulu, lagi sedap sebelum ini. Daging dia agak liat tapi sos black peppernya memang sedap, sampai menjilat jari hihihi....Kami balik lewat malam terus tidur.....
di Kg baru
kaunter pembayaran
Restoren dia berbentuk sebuah kapal, didalam pun ada hiasan macam dalam kapal. Dulu masa saya datang ada pokok getah sempatlah saya menunjukkan pada menantu (masa diorang balik) bagaimana rupa pokok getah dan siap ada mangkuk disangkutkan dibatang pokok seolah2 susu getah mengalir.
Gambar ihsan dari google....