Salam buat semua yang sudi singgah dan juga yang sudi meninggalkan jejak di N3 saya. Terima kasih juga buat semua rakan2 blogger terutamanya...Sue@Nenie, makchaq, Nieda Ramly, sal, saniah, Acik Erna, IndahMaya, ibuintan, azi, Kamariah Awang dan Azieazah....sayang kamu semua....
...................................
Hari ini nak cerita berkaitan dengan kenduri lagi harap2 jangan ada yang jemu dan muntah hehehe...Zaman sekarang kalau kita pergi kenduri selain ada nasi dan lauk pauk ada juga disediakan manisan seperti bubur atau jelly dan juga buah2an. Selain itu ada juga yang menyediakan bermacam2 kuih muih.
Satu lagi seingat saya kalau pergi kenduri kendara disebelah Melaka pasti tak tinggal desert yang mereka sediakan iaitu tapai. Selalunya tapai dibungkus dengan daun pisang atau daun keladi sebagaimana cara arwah mak saya dulu tapi sekarang tapai dibungkus dengan daun getah. Ia kelihatan unik bila dibungkus dalam daun getah yang bertangkai.
Selain tapai satu lagi menu adalah acar buah tapi tidak semua orang dapat menyediakannya. Ada juga acar tapi selalu dipanggil jelatah. Saya pernah pergi kenduri yang menyediakan acar buah tapi dalam quantiti yang sedikit. Rupa2nya baru saya tahu acar buah agak mahal untuk membuatnya, ini adalah kerana harga buah2an yang diperlukan untuk membuat acar buah agak mahal.
Tapai dan acar buah adalah dua makanan yang saya cari kalau pergi kenduri dimana saja. Bukan saja makanan kegemaran saya tapi juga buat hubby dan anak2. Kalau adik dapat acar buah tak payah lauk lain itu sudah mencukupi dia makan dengan nasi dan dia akan makan bertambah.
Masa majlis anak saya tempohari saya dapat tapai sponser dari sahabat saya Ani dan acar buah pula dari adik yang tinggal di kemunting Perak. Terima kasih daun keladi....
Syukur Alhamdulillah................
tapai dalam daun pisang
tapai dalam daun getah
acar buah ditabur bijan
buah prune banyak lagi sedap
Semua gambar diatas adalah ihsan dari google. Yang saya punya tak sempat nak ambik gambar licin tinggal bekas.....kihkihkih.....