t.shirt semasa meyertai tunas budaya.
Pagi semalam bila siadik turun kebawah dia memakai t.shirt yang bertulis seperti diatas. Dah lama t. shirt tu tak dipakai dan tersimpan dalam almari.
Mama : kenapa adik pakai baju tu?
Adik : Rindu...
Mama : Nak joint balik ke?
Adik : Nak ke pak ngah (dato' Suhaimi) terima adik, adik dah bertudung.
Mama : Ha'ah... mana ada penari pakai tudung kan, selalunya penari bersanggul lepas tu rambutnya dihias dengan bunga atau perhiasan rambut.
Adik : Tu la.
Mama : Menari ajelah kat rumah.
Adik : Tak best, not in group.
Mama : Kalau gitu lupakan aje lah.
Alahai anak... rupanya ada lagi terselit keinginan tapi disebabkan kuatnya iman aurat tak mahu didedahkan dan keinginan itu dipendamkan. Tak macam si ibu semasa bersekolah di form 5 masih lagi memakai skirt dan bila dirumah memakai seluar pendek. Disebabkan dah terbiasa dengan pakaian sebegitu makanya ia berterusan sampailah umur si ibu puluh2. Syukur... anak2 begitu cepat mendapat hidayah dan kalau dizinkan Allah biarlah ia berterusan sampai bila2, insyaAllah.