Saturday, December 31, 2011

AS Homestay, Lenggeng.

Salam....

Terima kasih atas ucapan anniversary saya dari rakan2 semua terutamanya...Nieza, cikmanggis, JunAina, Pn Kartini, Acik Erna, MulutPayau, Lady Lavender, Ibundo, suri solehah, Ros dan Melor. Buat Melor kak Zai sertakan email....zaitun.mamasya@gmail.com

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Saya nak tunjukkan gambar2 tempat yang saya tinggal masa gathering tempohari. Tempat ini kepunyaan puan Saadiah dan suaminya bertempat di Lenggeng, Negeri Sembilan. Selain dari homestay mereka juga mengendalikan kuda, kalau saya tak silap ada 12 ekor kuda kepunyaan puan Saadiah. Kepada sesiapa yang nak belajar menunggang kuda datanglah ke sini sebabnya fees yang dikenakan amat murah.

Sebab utama saya suka tempat ini adalah suasananya yang tenteram, dikelilingi pokok2, angin sentiasa bertiup seolah2 kita berada ditepi pantai. Kedua... susun atur perabut dan perhiasannya, banyak terdapat perabut kayu jati dan english. Kawasan dalam dan luar rumah bersih dan yang paling saya suka sekali.... tuan rumahnya yang peramah dan low profille.


Rumah kayu tapi perhiasan cukup cantik
living kat atas
meja makan
master bedroom

 living kat bawah




Perabot dan perhiasan, ada banyak lagi yang saya tak ambil gambarnya. Dimana2 ada gambar kuda.Terdapat 3 living hall yang luas dalam rumah ini. Ada 3 bilik tidur dan disediakan juga tilam dan bantal extra. Kalau nak berkaroke pun boleh. Dry kitchen juga luas dan diluar juga terdapat tempat istirehat yang cukup selesa, 2 toilet didalam dan 1 diluar rumah. Disediakan juga segala jenis  minuman, coklat dan snek.


meja makan kat luar

Sesiapa yang nak buat gathering atau suka nak bersantai saya recommend tempat ini. Boleh menunggang kuda dan kalau nak rasa nak mandi boleh pergi ke Jeram Toi yang tak berapa jauh dari homestay ini.

Wednesday, December 28, 2011

Anniversary n Clossing 2011

Salam...

Terima kasih banyak2 pada rakan2 yang tinggalkan komen kat n3 saya yang lepas, terutamanya  cik mid, Pn Kartini, Nieda, azieazah, sal, Ladylavender, Tirana, saniah dan Acik Erna. Terima kasih atas nasihat dan simpati. Alhamdulillah adik sekarang dah beransur pulih dari kejutan.

        *********************************************************


homestay di Lengging N9

Cerita ni dah basi tapi saya masukkan juga dalam blog sebab nak buat kenangan dimasa akan datang.

25.12.2011 adalah hari anniversary saya bersama hubby yang ke 28 tahun.Tahun lepas saya honeymoon  ke Singapura tapi tahun ini saya menyambut hari bersejarah kami bersama adik beradik n keluarga. Kami satukan hari anniversary saya dengan hari keluarga sekali harung dan kebanyakkan perbelanjaan di tanggung oleh my brother.Tempatnya tak mewah, rumah kampung saja tapi sebab  dah lama tak merasai suasana kampung kami suka dan terhibur. Suasana, perabut yang ada didalam dan diluar rumah, layanan, makanan yang disediakan amat selesa, sedap dan yang paling bestnya anak2 dan anak2 buah saya dapat menunggang kuda. Saya suka dengan hiasan dan perabut yang ada di homestay ni, susun aturnya cukup cantik dan menarik. Dilain n3 saya akan tunjukkan perabut dan hiasan yang ada disana.

rumah yang my brother sewa

Nama tempat ini AS Equestrian tak jauh dari Kl, kalau dari highway kena keluar ke pekan Mantin. Masuk ke dalam sikit jumpalah rumah ini. On the way masa nak pergi saya singgah dulu di Kerinci sebab nak menghadiri kenduri kahwin saudara hubby. Kami sampai ke homestay lebih kurang pukul 1 tengahari. Makanan tengahari dah pun disediakan, menunya ayam goreng, sambal sotong, gulai labu, ikan dan ulam2an. Petangnya pula berbagai kuih muih disediakan untuk minum petang.

Selepas makan, solat dan berehat sebentar kebanyakkan yang hadir pergi menunggang kuda dan ada yang pergi jungle tracking berkuda. Adik tak menunggang kuda sebab dia alergik dengan binatang. Selepas menunggang kuda mereka bermain pulak pyramid slipper (permainan kampung).

dah bersedia nak menunggang 

masih dalam pembelajaran
adik ipar menunggang untuk suka2
Azalea pernah menang beberapa kali  dalam pertandingan





Main pyramid slipper

brother dengan gayanya
sangat meriah


Malamnya kami berbbq tajaan dari saya tapi tuan rumah yang menyediakan, kami cuma sediakan perut saja. Part yang paling terharu bila adik ipar menyampaikan sejambak bunga ros untuk anniversary saya. Speechless tapi selepas my brother berucap saya sambung untuk mengucapkan setinggi2 penghargaan pada semua yang hadir.



Selepas tu berkaroke, saya mengetuai menari bila salah seorang anak buah menyanyikan lagu Anuar Zain. Enjoy sangat rasa macam muda2 dulu. Gambar bbq, aerobik dan berkaroke tak ada pada saya, mungkin bila saya dah dapat dari yang lain akan saya masukkan.

Hari kedua selepas solat subuh kami bersenam aerobik masa ni paling best sebab semua turut serta termasuk warga emas. Kelakarnya my hubby memakai kain konon nak jadi macam orang kampung. Saya dan along (anak buah) paling aktif dan ceria sekali. Selepas tu kami membuat aktiviti yang telah disediakan adik ipar dan anak buah. Permainan dibahagi kepada 4 kumpulan, ia nya terdiri dari kumpulan kelentong, taiko, bistari dan otai. Habis membuat aktiviti baru kami bersarapan pagi tapi tidak warga emas yang dah makan lebih awal. Menunya meehoon goreng dan ubi rebus yang dimakan dengan kelapa muda.

salah satu pertandingan

Selepas sarapan kami ke Jeram Toi untuk mandi manda, tak jauh sangat dari homestay. Ianya terletak diantara Seremban dan Kuala Kelawang. Tempat dia agak berbukit tapi disediakan tangga untuk naik keatas. Sungainya ada tujuh tingkat air terjun dan airnya pula sangat sejuk. Disebabkan dah lama tak ke sungai saya gagahkan juga mendaki. Kalau sesiapa yang nak berkelah dan mandi air terjun bolehlah ke sini sebab tempatnya cantik dan banyak pondok2 yang disediakan. Lebih kurang pukul 2 petang kami balik semula ke homestay untuk makan tengahari.



Saya dan beberapa orang saja yang main air kat kawasan cetek yang lain semua naik keatas, airnya agak dalam dan sesuai untuk orang dewasa.



Tengahari kami dijamu dengan daging salai, ayam merah, ikan dan berbagai sayur dan ulam2. Semua makanan yang disediakan atas permintaaan kita yang menginap dihomestay. Sebut saja makanan yang nak dimakan semua disediakan. Masakkannya pula sedap2 belaka.

Selepas makan tengahari ada penyampaian hadiah yang disampaikan oleh my brother yang menyumbang percutian ini.

hadiah tajaan dari along

my hubby pakai kain menang cabutan bertuah
along(anak buah)yang menyumbang hadiah


fairuz(anak buah) cameraman
group yang paling banyak mendapat hadiah

Selepas makan kami bersiap2 untuk pulang tapi sebelum tu sesi bergambar buat seluruh keluarga dan tuan rumah yang sangat baik dan peramah. Kami meninggalkan memori yang sangat indah untuk dikenang dan mungkin dimasa akan datang kami ke sini lagi sebab utama tempatnya yang nyaman, makanan yang sedap dan layanan yang baik


aksi gembira dengan kemenangan

keluarga yang hadir

 seronok sangat

 Diantara kanak kanak yang menceriakan suasana

hip hip horey

Saturday, December 24, 2011

Kecewa...Jatuh Sakit.

Salam...

Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah buat calon2 PMR yang mendapat 8A dan tahniah juga buat ibubapa yang mendidik. Buat hero bongsu Acik Erna tahniah juga saya ucapkan.

Berusaha, berdoa, tawakkal dan akhir sekali redha itulah petua yang selalu saya ingatkan pada anak2 kalau menduduki peperiksaan besar. Tapi lain bagi adik yang tak boleh menerima keputusan PMRnya. Adik sangat kecewa sampai jatuh sakit. Balik dari sekolah selepas ambik keputusan tempohari air mata tak pernah kering, makan tak lalu dan asyik baring akhirnya dia jatuh sakit. Semalam pukul 3 pagi muntah atas lantai bilik kebetulan sejadahnya diatas lantai habis semua kena muntah.

Kami semua sudah menasihatinya supaya lupakan yang lepas dan cuba dimasa akan datang. Berusaha dengan lebih gigih untuk SPM sebab peperiksaan SPM lebih mustahak untuk menentukan masa hadapan. Home tusyenya Isha dari UK dari awal nak tahu keputusan adik, bila dapat tahu dia cukup bangga sebab adik lulus dengan cemerlang subjek yang dia ajar. Mimi juga menasihati dan memberi contoh salah seorang kawannya pernah mendapat Keputusan yang sama macam adik tapi akhirnya dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan sekarang dia menuntut di UM jurusan arkitek.

Adik terlalu kecewa sebab dia tak menjangka mendapat keputusan yang sedemikian rupa. Rasa malu pun ada sebab katanya mama dan baba dah bagi macam2 sebelum keputusan diumumkan. Kalau dibandingkan dengan semua rakan2 karibnya adik selalu mendapat keputusan yang lebih bagus  dari mereka. Saya sebagai ibu juga merasa sedih dengan keputusan yang diperolehinya. Inilah yang dikatakan nasib.

Adik adalah termasuk dalam golongan murid yang pintar, belajar dalam kelas harapan tapi tak tahu dimana silapnya dia hanya mendapat 4A, 3b dan 1C. Alhamdulillah subjek sains dan mathematik dia mendapat keputusan cemerlang dan saya berharap sangat2 ditingkatan 4 nanti dia dapat masuk ke aliran sains.

Wednesday, December 21, 2011

Semoga Selamat ...dan...Coklat Tempe

Salam...

Pagi ni bila bw saya terbaca satu n3 yang membuatkan saya rasa terharu sebab ada orang yang ingat pada saya. Terharu sangat2 dan terima kasih banyak2 atas ingatan lg pada kak Zai.

Lg balik ke Malaysia sebab nak tengok dan jaga ayah dia yang akan menjalankan pembedahan jantung pada hari Jumaat ini. Saya berharap mari kita sama2 mendoakan semoga pembedahan tu nanti berjalankan dengan lancar dan semoga ayah lg cepat sembuh. Amin.

        ...........................................................................................

Saya dah lama mencari jenis makanan kalau nak kata coklat bukan gula2 pun bukan tapi dalam kategori itulah agaknya. Beberapa tahun dulu hubby ke Australia bila balik dia bawa coklat ni. Tengok rupa dia macam tempe, bila digigit keras tapi bila dikunyah alangkah nikmatnya, sedap sangat.

Puas saya mencari  dimerata supermarket dan bertanya dikedai2 yang menjual coklat tapi jawapannya hampa, ada yang jawab tak pernah tengok. Saya pernah pergi expo dah tak ingat bila dan dimana ada menjual coklat ni, terus saya beli. Harganya memang agak mahal tapi tak kisahlah asalkan sedap dan saya suka. 

Kebetulan masa saya membeli coklat untuk Mimi tempohari saya terjumpa, puas baca dan telek adakah benda yang sama yang dah lama saya cari2. Bila dah confirm betul terus ambik dan bayar. Dah tak sabar nak makan masa kat Restoren Saba buka kotak terus makan. Sukanya tak terkata sebab dah lama cari. Alhamdulillah rezeki yang diberiNya memang sangat2 melimpah ruah.............

Saya rasa coklat ni kat Australia aje yang ada sebab kat Uk pun anak saya tak jumpa.



Luaran dia manis dan kacang didalamnya