Friday, April 13, 2012

Tetamu...Pengantin Baru

Salam...

Petang semalam dapat cal dari husband sepupu yang buat kenduri tempohari, katanya nak datang rumah nak bawa anak2 dan kedua2 menantu barunya. Hubby mencadangkan supaya datang malam minggu dan kalau boleh tidur sekali kat rumah saya. Sepupu minta saya menyediakan masakan kampung untuk makan malam kami nanti. Boleh suruh ikut suka hehehe...sebenarnya saya dan hubby sepupu agak rapat berbanding yang lain. Nanti dilain n3 akan saya ceritakan bagaimana dan bila kami mula rapat macam adik beradik

Selepas talian dimatikan saya berbincang dengan hubby menu apa yang patut disediakan. Hubby kata janganlah kejam sangat paksa budak2 makan sayur2 kampung dan ikan, biarlah ada ayam atau daging. Saya memutuskan untuk buat ayam panggang walaupun terpaksa juga masak masakkan kampung. Bukan apa bila saya masak menu yang diminta takut nanti menantunya tak makan sangat sebabnya anak2 saya pun kurang makan masakan macam itu. Agaknya... apalah yang patut saya masak supaya semua yang datang termasuk penghuni dalam rumah ni boleh makan sekali, tak payah saya mengasingkan lauk pauk yang berjenis2.

Mimi akan balik petang nanti cuti sampai Selasa jadinya saya ada assistant tapi adik esok nak ke Taman Tasik Permaisuri ada jemputan kahwin (garden weeding) abang kawan sekolahnya. Saya tak dapat pergi sebab hubby ada kerja. Pesan dengan adik kalau boleh balik cepat tapi takkan nak paksa, adik pun menumpang keluarga kawannya. Atleast kalau adik balik petang pun bolehlah tolong mana yang patut. Jadinya saya tak payah risau kalau pun terpaksa memasak lebih sedikit dari biasa.

17 comments:

Acik Erna said...

assalam zai..siap dapat pesanan penaja tu,,"jangan la kejam sangat"
budak2 muda sekarang ni klau tak de ayam tu macam tak de lauk je..

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Zai..

Bila tetamu yang dtg Ada permintaan istimewanya gitu, mmg bnyk nak di pikir an pasal menu. Anak2 sekarang agak susah mkn mknan kampung.

Penuh meja la ni jwbnya,, selera kampung dgn selera anak2..

pB said...

ikan bakar cicah budu ...

sedap tuuuuu

lemongrass said...

sedapnya masakan kampung. Sejak meningkat umur ni, saya lagi suka masakan kampung dr ayam or daging tp budak2 memang kurang gemar sikit simple food.
Balik2 nak ayam goreng, hehehe

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...Haha...wajib kan...baru diorang makan berselera.

Zaitun said...

Deru Ombak

Salam kakya...Pilihan ayahnya memanglah sedap tapi mungkin tak sesuai buat budak2 sekarang.

Penuh tu taklah... buat yang termampu.

Zaitun said...

pB

Tuan tanah tak makan budu hehehe....

Zaitun said...

lemongrass

Kak Zai pun suka lauk kampung dah asalnya pun dari kampung tapi anak2 tak berapa suka.Lebih lama dia termenung dari menyuap bila dihidangkan masakan sebegitu.

Kakzakie Purvit said...

Huhu... bingung Kak Zai ada tetamu nak datang. Masak kampung ala kadar je kak zai. Masak yg macam hubby kak zai kata tu kena ada juga sebab anak-anak sendiri pun nak makan sama - kesian pulak sedia utk tetamu tapi anak sendiri tak selera....

Zaitun said...

Kakzakie

Hehehe...itu sebabnya kak Zai cadangkan ada menu ayam,tetamu dan penghuni kat rumah boleh makan sekali harung.Tapi kan kakzakie kalau goreng ikan masin lagi bertambah selera kan.

Pn Kartini said...

Salam my dear Kak Zai:)

pastinya bestttt masakan akak :)
teringat masa kenduri umah nenek kat kampung dulu2...pasti habis hidangan..;)

saniah said...

Masakan kmpg mmg sedap..ada ulam sambal belacan..pastu tenggiri jeruk berlada...ishh dah teringin dah ni...:)
Selamat memasak k.zai..

Kamariah Awang said...

Betul kata hubby Zai tu... Kadang2 sedap dan berselera bagi kita, tapi orang muda2 tak pandai makan. Mereka nak ada ayam, ayam, ayam jugak. Keh3...

aNIe said...

Assalamualaikum kak zai... apa resepinya... kalau anie kan... anie suka ayam tu masak lomak cili padi...

MulutPayau said...

Assalamualaikum kak zai...

masakan kg memang sedap dan mnyelerakan.......

Kalau saya, mmng pening jugak nak memkirkan menu yg nak dimasak tu...

sal said...

memang klu ada org nak dtg kita akan sibuk membuat persiapan sekadar yg mampu..suka kan jika dikunjungi sedara mara..

Nida said...

Masakan kampung yg Nida paling suka ialah pucuk ubi maak lemak atau ikan duri msaak asam pedas..:)