Monday, September 26, 2011

Beli lagi....dan... Harapan

Pergi menemankan adik membeli segala peralatan untuk peperiksaan yang tak lama lagi akan menjelma.Sementara adik mencari barang yang diperlukan saya pula sudah semestinya ke area yang menempatkan segala novel. Wajib tawaf beberapa kali kalau tidak nanti habis segalanya masuk ke dalam bakul. Novel yang dibeli tempoh hari ada lagi satu yang belum habis dibaca, banyak halangan kalau tidak sekejap aje dah tamat.

Dalam mencari2 terjumpa novel yang ada dalam blog azieazah, menurutnya novel ni boleh tangkap nangis. Saya ambik dan masukkan ke dalam bakul, ambik pula buku cerita kanak2 yang memang dah lama nak beli tapi masa tu belum ada jual kat kedai. Buku ni saya beli sebab penulisnya kawan Mimi yang juga cikgu tution adik. Masih ingat tak kawan Mimi yang belajar kat Uk, buku ini adalah hasil tulisannya yang pertama. Kalau sesiapa yang belum pernah pergi ke London bolehlah baca buku ni.


cerita kanak2

Nurisha dah pun balik semula ke Uk untuk menyambung pengajiannya pada hari Ahad lepas. Flight dia pukul 3 petang, pukul 2.30 sempat lagi hantar mesaj pada Mimi...'doakan selamat perjalanan saya, mudah2an jumpa lagi dan bye'... itu mesaj yang dihantarnya. Sedih pula rasanya walaupun dia hanya kawan kepada anak tapi rasa dekat dengannya. Hari khamis masih sempat meluangkan waktu mengajar adik dan dia beberapa kali berpesan supaya adik buat yang terbaik semasa peperiksaan nanti. Walaupun hanya 3 bulan dia mengajar adik tapi hasilnya memang memberangsangkan. Alhamdulillah adik dapat menguasai maths dengan baik berbanding sebelumnya.

Doa saya semoga adik mendapat keputusan yang terbaik begitu juga dengan Nurisha semoga pulangnya nanti membawa segulung ijazah yang di idamkan, insyaAllah.

20 comments:

che mid said...

Salam, selamat membaca!

MulutPayau said...

Akak...novel andai itu tkdirnya memang best..tak rugi beli...selamat membaca..

Acik Erna said...

assalam zaitun..saya pun dah baca novel tu.
semog naka2 kita yang akan menghadapi PMR berjaya dalam peperiksaan mereka..

Zaitun said...

che mid

Salam...terima kasih sudi singgah.

Zaitun said...

MulutPayau

kak Zai ni pantang tahu cerita best tak lepas peluang.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...Owh... dah baca ya.

Harap2 macam tu lah biar mereka beroleh kejayaan dengan cemerlang

ibundo said...

kpah kalau ke kedai buku terus tuju buku masak2 haha..
semuga adik berjaya .

kpah k-poh Sharifahnor said...

bestnya kalau dpt membaca...sy ni ada lagi yg belum abis baca..tu yg tak beli yg lain tu..

Nieda said...

Novel yg atas tu dah baca . Syok gila.

Kakzakie Purvit said...

Kakak nak cari buku yg kedua itu utk anak kakaklah kak zai...

Betul bila dah mesra kita pun dah rasa sayang. Apa lagi kalau dah lama saling mengenali...

Zaitun said...

ibundo

Dulu saya pun macam kakpah kalau pergi kedai buku mesti beli buku recepi,buatnya tidak lama2 dah malas nak beli.

Terima kasih.

Zaitun said...

kpah k-poh

Kalau beli buku banyak pun takpe bila ada masa terus baca.

Kak Zai ni pantang nampak.

Zaitun said...

Nieda

Kak Zai tak sabar nak habiskan hehehe...

Zaitun said...

KakZakie

Elok untuk pengetahuan kanak2 nanti kalau ada peluang pergi dah tahu tempat mana nak dikunjungi.

Dah macam anak sendiri.

sekadar satu coretan said...

mmg sedih citer tu kak zai..saye pun nangis jugak bile bacenye...

ibuintan said...

moga anak kakzai berjaya dalam exam nanti


kalau cerita sedap, kejap je habis baca

azi said...

Salam Kak Zai..
Akak...komen saya tak keluar ye...?

Saya pun suka baca novel tapi buku tu tak baca lagi...
Semoga anak2 kita akan menghadapi PMR dengan tenang ye kak...

cikmanggis said...

good luck adik..do yr very best.Untuk mamanya marilah kita berdoa pada yg Maha Esa agak anak anak kita dapat menghadapi peperiksaan ini dengan tenang.Insyallah.

Nida n' Hanafi said...

Salam Kak Zai

Lama dah tak membaca novel....

azieazah said...

Thanks Kak ZAI....:)