Wednesday, April 10, 2013

Frozen...Tapi... Memang Sedap

Salam...

Nak bagi tau pada kawan2 murtabak sedap yang boleh dibeli di Airport Subang.

Kalau hubby pergi ke Terengganu (melawat projek) dia akan menaiki Firefly dah tentulah naik kat Subang Airport. Bila balik mesti hubby belikan murtabak frozen ini. Rasanya memang sedap ...isinya padat dan kulitnya pun tak tebal. Sizenya agak besar tak habis makan seorang. Hubby akan beli murtabak yang berinti ayam dan daging. Bila nak panaskan saya sapukan sedikit butter...rasa dia lagi bertambah sedap.

Kalau sesiapa yang nak mencuba bolehlah...tapi saya tak tahu sama ada murtabak ini ada dijual ditempat lain.


murtabak ayam



10 comments:

penDragon said...

Haah...mmg sedap. I pun sempat beberapa pek pelbagai perisa di airport KB

pB said...

saya tak berapa gemar murtabak raja .

terlalu tebal ...

saya suka yang biasa biasa jer.

Acik Erna said...

assalam zai..teringin pulak bila tengok gambar ni zai..mesti sedap kan zai

Nieda Ramly said...

nampak tebal . harga pun tebal kak zai ....hehehe

saniah said...

Kak zai...kat wangsa melawati ni ada kedai jual murtabak raja...mmg tebal pun...sy tak pernah beli lg...duk mkn yg org bagi je..:))

makchaq said...

Kawan pakchaq orang KB pernah bagi beberapa keping mertabak raja ni dulu...sekeping memang boleh makan sekeluarga...

Kakzakie Purvit said...

Kalau ada tempat kakak nak juga kakak beli - tapi macam tak pernah jumpa di JB ni. Kakak teringat ada teman blogger juga buat N3 pasal murtabak ini. Maknanya memanglah sedap kalau Kak Zai pun kata sedap...

lady lavender said...

senang ada yg frozen mcm ni.Yg penting jugak sedap..

Azie said...

Masa balik dulu, inin membelinya di airport, tapi dah habis

Mamu Sham said...

Bismillah, As salam.... sesekali cubalah murtabak frozen dari kami iaitu A.Ghaffur Murtabak... kami di Taman Melawati dan Bangi (Bandar Seri Putra).... Boleh lawati blogspot kami for details... Jemput datang hari Jumaat nie, 24hb May (Wesak Day), 3pm~9pm kerana kami buat kenduri kesyukuran.... Call Shamsul @ 019 3555 818

http://murtabakghaffur.blogspot.com/