Friday, May 20, 2016

Hari2 Roti?

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang barakah.


Boleh tak kawan2 semua makan seperti diatas setiap hari untuk sarapan pagi. Saya boleh tidak akan menolak. Saya boleh makan 3 keping roti toast dengan lapisan butter dan jem. Anak2 selalu cakap mama tak jemu ke hari2 makan roti.

Jawapannya tidak pernah malahan saya rasa sangat kenyang bila makan roti. Pernah sekali Mimi belikan saya nasi lemak berlaukkan sambal sotong telor mata tapi bila makan separuh perut sudah menolak rasa macam nak muntah. Belilah kat mana pun ianya tetap sama. Bukan disengajakan tapi itulah kenyataanya.

Yang menjadi tanda tanya kalau nasi lemak dimasak sendiri atau makan diluar saya boleh makan. Jangan nasi lemak dibeli dan dibawa balik ke rumah. Kadang2 rasa bersalah dengan anak2 bila diaorang nak beli saya menolak. Saya cuba bila sudah berbulan tak makan tapi masih tak boleh masuk. Jadinya saya pesan dengan anak2 kalau nak mama makan nasi lemak kita masak atau makan diluar saja. Pelik tapi benar kan.




8 comments:

Mummydearie said...

Oh, saya ingatkan akak tak makan makanan berat masa sarapan pagi. Rupa-rupanya tak boleh terima nasi lemak kalau dibawa balik rumah. Kenapa ek, kak? Mungkin sebab dah sejuk kaku ke?

Saya pun boleh makan makanan yang sama sampai naik jemu. Masa saya belajar kat uni dulu, saya pernah sebulan makan McD, menu yang sama dan duduk di tempat yang sama. Tapi itulah sekali sehari saya makan. Berat maintained je 42kg tapi la ni kalau buat, mahu maintain naik berkg-kg pulak!

Unknown said...

saya pun boleh kakzai
sbb kdang2 yang berat2 hari2 mmg menjemu kan
yang berat tu hanya utk anak2
kita tetap ambik yg ringan2
mungkin sbb dah terlalu banyak makan sngt kot kan
jadi boringgg

kakzai tkdpt terima nasi lemak tu kenaapa kak
sbb wangi sngtk ke or sebab sejuk

saniahibrahim said...

Saya kalau sesekali boleh lah kak zai,tapi kalau hari2 roti memang tak jalan lah.
Kenapa ya kak zai tak boleh makan nasi lemak bungkus...ialah mungkin dah sejuk kot perut kak zai tak terima.

makchaq said...

Senang la kakZai kalau hari2 boleh makan roti.. roti kat mana pub senang dapat.
Makchaq ni roti kalau dengan butter & jam ni pilihan terakhir la kot.. tapi kalau roti cicah kuah gulai ka asam pedas.. tu boleh makan setengah buku...

Bunda_nora said...

Selera masing2 kak zai.. bunda sekarang ni pun pagi2 banyak makan roti wholemeal dan segelas susu... kadang2 susu campo oat...

paridah said...

KAK MMG SUKA MKN ROTI UTK SARAPAN PAGI N MALAM ZAI..

OKje said...

Kalau selalu sangat saya rasa saya boleh jemu jugaklah Kak Zai....
Tapi suami saya mmg saya bekalkan roti hari hari Kak Zai.... Dah bininya pemalaskan haha.... Tapi sebenarnya dia pun tak nak sebab susah nak makan dalam keta, kalau roti kan senang....

Ohhh Kak Zai ni kena makan kat kedai nilah kekdahnya ek hihi....

babYpose said...

Kami sekeluarga makan roti jugak, kalau bungkus bawa balik, kuey teow tak berapa sedap , betul makan kat keluar lagi sedap dari yang bungkus.