Friday, January 21, 2011

Cemas....sedih

Pagi ni sedang asyik berborak dengan hubby di laman tiba2 dengar panggilan yang mencemaskan...pak... ada benda meletup...kami berdua berlari ke dalam dengan keadaan badan menggigil, terus ketempat yang di arahkan, teringat gempa, tsunami dan macam2. Mulanya saya ingat ada kerosakan letrik, bila dah masuk dengar bunyi crack dan semua tiles yang ada di sekeliling bilik air tapi bahagian luar retak dan timbul. Menurut pekerja tu bila bunyi meletup serpihan tiles serentak naik keatas siling.

Badan menggigil bila tengok lantai terangkat seolah2 ada benda nak keluar dari bawah. Hubby mengarahkan saya keluar rumah tapi saya tetap berdiri dan saksikan benda yang tak pernah saya tengok.Saya berdiri dekat hubby sambil mulut terkumat kamit minta dijauhkan dari segala mala petaka.Sekeping demi sekeping tiles pecah dan bunyi crack masih kedengaran. Dekat 15 minit baru  bunyi crack hilang dan pekerja yang melakukan ubah suai segera mengutip tiles yang timbul dan pecah. Ianya bukan saja di sekeliling bilik air tapi sampai keruang tv. Memang luas... rupanya kawasan tu terdapat berair dibawah tiles. Kata hubby disebabkan lembab, pressure dan temperature membuatkan dia meletup dan retak.

Rasa nak nangis bila tengok lantai dah gondol yang tinggal hanya simen, nasib baik ia berlaku masa  kerja2 ubah suai belum selesai. Kalau tidak berapa banyak kerugian yang ditanggung. Harap2 tak ada lagi benda ganjil yang berlaku.

Ya Allah ampunkan dosa2 kami dan jauhkan kami dari sebarang mala petaka.

30 comments:

cikceriacorner said...

salam akak..
yeke kak..sabau ye kak...
sy penah alaminye..
ianya crack dan meletup depan mata..
lantai umah..

anie,Nagoya said...

sib baik tah crak seluruh umah.

azieazah said...

Syukur tiada kecederaan pada keluarga Kak ZAI.

Memang kakak saya pun pernah alami kejadian sebegini. Ada pressure dari bawah tanah, maka retak akan berlaku.

JunAina said...

zaman sekarang banyak benda2 yang tidak terduga dan berada diluar jangkauan pemikiran kita berlaku...itu baru tiles yang crack agaknya bagaimanalah perasaan orang yang merasa gempa bumi dan tsunami...

minta di jauhkan...

Acik Erna said...

salam zaitun..saya pun pernah berhadapan dengan kejadian tu..tapi bukan dirumah..dopis..dulu..semua terkejut dan lari keluar..
bila dah habis bunyi..masuk balik tengok..tiles semua dan retak dan pecah..

Zaitun said...

cikceriacorner

Salam...kak Zai tak pernah tengok first time terkejut sesangat.

Zaitun said...

anie,Nagoya

Simpang malaikat 44,nak nangis tengok lantai crack depan mata,sekeping demi sekeping.

Zaitun said...

azieazah

Syukur yang amat sangat.Barang boleh ganti tapi nyawa nauzubillah...

Owh... ya ke,kak Zai first time tengok.

Zaitun said...

JunAina

Salam...terima kasih sudi singgah.
kejadian macam ni pun kak Zai dah menggigil apa lagi kalau gempa dan sebagainya.Semoga di jauhkan dari kita semua.

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna...agak macamanalah perasaan masa tu ya,takut dan macam2 dalam fikiran kan...

iina said...

Syukur berlaku masa tgh renovate umah.. setidak2nya masih boleh buat baikpulih.. kalau dah siap baru buat emmm lagik byk kos ye kan.. InsyaAllah kak semoga selesai dgn selamat

Anonymous said...

meletup? ayoooo... hati2 yer kak

lady lavender said...

kesiannya ka.zai..betul ckp k.zai nasib baik jadi ms tengah renovation, kalau dah siap satu hal pulak nak betulkan balik.

Zaitun said...

iina

Harap2 semuanya selamat dan siap sebagaimana yang dirancang.

Zaitun said...

fa10

Ha'ah...meletop kemudian baru tiles crack.Agaknya macamanalah kalau gempa bumi.

Zaitun said...

Lady Lavender

Nak ganti tiles yang crack pun banyak belum lagi upah tapi nak buat macamana dah nak jadi.Mungkin ada hikmah disebaliknya.

kasihibu said...

salam ziarah
setakat ni dah 2 kali sya dengar ada tiles pecah
harap bersabar dgn dugaan dariNya ini

sal said...

nasib baik tak de apa2 kemalangan..

brsabarlah ye..
moga dpt ganti jenis tiles yg lebih baik..

ibuintan said...

syukur tiada kecederaan pada kak zai dan yang lain-lain


ada juga baiknya berlaku semasa kerja masih berjalan, kalau tidak bertambah lagi kosnya

Zaitun said...

sayangsayangibu

Salam, terima kasih sudi singgah.

Kak Zai baru pertama kali dengar dan tengok,terkejut dibuatnya.

Zaitun said...

sal

Alhamdulillah.

Tambah kos kalau yang lebih mahal lari bagget hehe...

Zaitun said...

ibuintan

Memang syukur sangat2 tak ada sesiapa yang cedera.

Kalau dah siap kena panggil contrctor semula lagi mahal kosnya.

Ibu Sayang said...

Salam kak Zai,

Alhamdulillah...kak Zai & hubby x apa2. Tapi kalau ada gambar lagi best boleh tengok dgn jelas.

Tirana said...

Salam Kak Zai...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan alhamdulillah juga kak zai dan keluarga selamat..Kerosakan rumah boleh dibaiki...

Zaitun said...

Ibu Sayang

Salam...syukur takde yang cedera.

Panic... tak teringat langsung nak ambik gambar,badan pun menggigil bila tengok tiles retak sekeping demi sekeping.

Zaitun said...

Tirana

Ya mungkin juga ada hikmahnya.

Nyawa lebih penting dari segala2nya.

hnyhar said...

syukur alhamdulillah kak zai sekeluarga tiada apa2..redhalah dgn apa yg terjadi..mudah2an kita sentiasa dilindungi-Nya..

cikmanggis said...

salam zai.Lama tak singgah ke rumah Zai ni kerana tak sempat...eh teruk jugak nak baiki tu zai..semoga semuanya ok selepas diperbaiki.Nanti jangan lepa letakkan gambar ya:)

Zaitun said...

hnyhar

Syukur sangat2 tak ada kecederaan,semoga kita semua dalam peliharaannya insyaAllah.

Zaitun said...

cikmanggis

Salam cm...busy nak dapat menantu hehe...

Banyak juga tiles nak diganti tapi syukur tak ada yang cedera.